Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya


Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya hidangan sate yang sedap. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!
1. SATE AYAM

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan5 sudu makan maduBAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah8 ulas bawang putih2cm halia10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri7 batang serai2cm kunyit hidup1 sudu teh garam1 sudu makan jintan manis1 sudu makan jintan putih150gm gulaLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.Sedia untuk dinikmati. 
2. SATE DAGING

BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis30 ulas bawang merah | dikisar15 ulas bawang putih | dikisar20 tangkai cili kering | dikisar halus5cm kunyit hidup | dikisar halus3 batang serai | dikisar halus3cm lengkuas | dikisar halus3cm halia | dikisar halus3 sudu teh jintan manis | dikisar halus3 sudu teh jintan putih | dikisar halus3 sudu makan gulaGaram secukup rasaSedikit minyak sapi | dicairkan1 batang serai | dititikLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Bersihkan daging danperapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta  gula secukupnya. Perap semalaman.Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.Bakar sate sehingga masak.  Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .Sedia dinikmati. 
3. SATE HATI DAN PEDAL

BAHAN-BAHAN:
250gm hati ayam | dipotong dadu250gm pedal ayam | dihiris kecil50gm cili kering | dikisar10 ulas  bawang putih | dikisar17 ulas bawang merah | dikisar3cm lengkuas | dikisar2 batang serai | dikisar4cm halia | dikisar4 sudu makan serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.Sedia untuk dinikmati.Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
 
 4. SATE IKAN

BAHAN-BAHAN:
1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan10 ulas bawang merah | dikisar1 ulas bawang putih | dikisar1/2 sudu makan serbuk kunyit5 sudu makan gula perang1 sudu teh jintan manis | dikisar1 sudu teh jintan putih | dikisar4cm halia | dikisar4cm lengkuas | dikisar2 batang serai | dikisarGaram secukupnyaLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.Info chef:  Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
 5. SATE KAMBING

BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | dihiris nipis10 ulas bawang putih | dikisar20 ulas bawang merah | dikisar3cm lengkuas | dikisar2 batang serai | dikisar4cm halia | dikisar3 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh jintan manisGaram dan gula secukup rasaLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
 6. SATE LILIT

BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam kisar1 biji cili merah | dicincang1 biji putih telur2 sudu makan daun bawang cincang2 sudu makan daun ketumbar cincang2 helai daun limau purut | dihiris nipis1 sudu makan sos ikanGaram dan serbuk lada sulah secukup rasa1 sudu makan tepung jagungSerai secukupnya | dibersihkanSedikit minyak masakCARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.Sedia untuk dihidangkan.Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
 
7. SATE PADANG

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dihiris nipis800 ml air4 batang serai | dihiris nipis2 helai daun kunyit | dipotong kecil5 helai daun limau purut85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit airLidi sate secukupnyaBAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah7 ulas bawang putih7 biji cili merah4 biji cili api1 sudu teh biji ketumbar1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih5cm kunyit4cm halia2cm lengkuasGaram dan serbuk lada sulah secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak. Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
 
 8. SATE TULANG

BAHAN-BAHAN:
1 kg rangka ayam | dipotong kecil8 ulas bawang merah | dikisar halus5 ulas bawang putih | dikisar halus3cm lengkuas | dikisar halus3 batang serai | dikisar halus3cm halia | dikisar halus3cm kunyit | dikisar halus2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus3 sudu makan gula merahGaram dan gula putih secukup rasaSedikit minyak masakLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.Sedia untuk dihidangkan.Info chef: Semakin lama diperap, semakin enak rasanya.  
 
9. SATE PERUT

BAHAN-BAHAN:
1kg perut lembu | direbus empuk200 gm bawang merah | dikisar6cm lengkuas | dikisar2 batang serai | dikisar5 cm halia | dikisar2 sudu teh jintan manis | dikisar2sudu teh ketumbar | dikisar2 labu bawang putih | dikisar6 sudu makan serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaLidi sate secukupnyaCARA MEMASAK:
Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.Sedia untuk dinikmati. Info chef:  Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paling Sedap! Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti
Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya
Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!
10 Resipi Rendang Paling Popular, Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/resipi-aneka-sate-sedap-boleh-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Masak Sate Ayam Untuk Raya Ini Resipi Lazat Mudah Anda Boleh Cuba

Nak Masak Sate Ayam Untuk Raya Ini Resipi Lazat Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 308 hits
Koleksi Resipi Rendang Sedap Mudah Masak Di Hari RayaFeaturedRasa TVFizo Omar Kongsi Resipi Ayam Percik Kuih Akok Air Tangan IbuKek BiskutKoleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap Mudah Buat Resipi Kerepek Kudapan Ringan Popular Wajib Ad...
5 Resipi Kek Homemade Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Ketuhar

5 Resipi Kek Homemade Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Ketuhar

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 505 hits
Terasa nak buat kek tapi tak ada ketuhar Jangan susah hati kerana ada macam macam resipi kek tanpa ketuhar yang anda boleh cuba Ini antara resipi resipi kek kukus homemade yang sedap dan boleh anda cuba Pasti puas hati Bolehlah cuba buat un...
3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap Jimat Boleh Cuba Ni

3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap Jimat Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 498 hits
Ayam antara menu mudah diolah dan tidak perlu dimasak lama dan boleh dipelbagaikan menu yang boleh dimakan bersama nasi impit ketupat lemang mahu pun aneka nasi bertumis seperti Nasi Briani atau Nasi Minyak Untuk anda berikut disertakan tig...
Ini 3 Lauk Sedap Senang Masak Sesuai Sebagai Hidangan Lepas Raya

Ini 3 Lauk Sedap Senang Masak Sesuai Sebagai Hidangan Lepas Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 323 hits
Masih dalam mood raya dan cuti dah pening nak masak apa Masak rendang dan kari pun dah buat tekak pun dah mala muak Jadi Rasa kongsikan 3 menu lauk yang ringkas tapi sedap boleh menghabiskan nasi juga dibuatnya Cukuplah untuk menu sesisi ke...
Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 477 hits
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya Kalau nak tahu resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate Hirisan daging dalam kuah menaikkan la...
Ayam Masak Merah Ala Mamak Pun Sedap Jadi Lauk Raya

Ayam Masak Merah Ala Mamak Pun Sedap Jadi Lauk Raya

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 386 hits
Macam mana nak masak Lebih kurang je dengan masak ayam masak merah biasa cuba ada sedikit tambahan bahan dan rasa juga sedikit berbeza ia lebih peras dan kaya dengan rasa rempah ratusnya namun rasanya tetap sedap dan sesuai sangat dengan Na...
5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya

5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 375 hits
Hari Raya kini tiba lagi Sekejap saja rasanya telah hampir berakhir tempoh puasa sebulan Walaupun sedang berada dalam tempoh PKP tak bererti kita tidak boleh sambut raya 1 Syawal elok disambut cuma jika dulu meriah dengan kehadiran saudara ...
5 Tempat Pizza Sedap Di Sekitar Kl Boleh Order Untuk Hari Istimewa

5 Tempat Pizza Sedap Di Sekitar Kl Boleh Order Untuk Hari Istimewa

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 307 hits
5 Tempat Pizza Sedap Di Sekitar KL Boleh Order Untuk Hari Istimewa Tiba hari raya tak ada makanan di atas meja tidak akan sah kata orang lama Tapi dalam keadaan pandemik sekarang ini kita perlu bataskan pergerakan Kunjung mengunjung itu hen...
Aneka Jenis Minuman F N Yang Boleh Dibuat Di Bulan Ramadan Raya Kongsi Kegembiraan Fn Life Dengan Yang Lain

Aneka Jenis Minuman F N Yang Boleh Dibuat Di Bulan Ramadan Raya Kongsi Kegembiraan Fn Life Dengan Yang Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 604 hits
hai assalammualaikum Aneka Jenis Minuman F N Yang Boleh Dibuat Di Bulan Ramadan Raya Kongsi Kegembirann FN Life Dengan Yang Lain Air bikarbonat F N ni tak kira puasa atau raya mesti beli Kalau sebelum ni pergi pasaraya beli sekarang tak sus...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities