Awak Nak Saya Pecat Zuraida Tun M


Dr Mahathir Mohamad berkata, Syazlin Mansor sepatutnya terus mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues yang hampir berakhir, jika beliau mahu mencari kebenaran bagi kematian anggota bomba itu.

Perdana menteri berkata, Syazlin tidak boleh mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta keluarga Adib pada masa sama bagi mengelakkan berlaku konflik kepentingan.

“Dia patut terus menjadi peguam bagi keluarga Adib, tapi dia tarik diri (daripada mewakili) semua (pihak). Dia jadi peguam keluarga, lepas itu nak jadi peguam kerajaan, mana boleh?

“Jika dia mahu mencari kebenaran, kebenaran itu boleh dapat dalam mahkamah.

“Sekarang ini, perdana menteri tidak berkuasa di mahkamah, kalau tidak percaya pada mahkamah, kita nak percaya kepada siapa untuk buat keputusan?” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini.

Beliau mengulas penarikan diri Syazlin secara mengejut daripada prosiding inkues semalam, susulan arahan Jabatan Peguam Negara kepada KPKT pada 23 Mei lalu untuk  membatalkan pelantikannya.

Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan berkata, Syazlin memalukan dirinya sebagai peguam KPKT kerana sering mengambil pendirian bercanggah dengan timbalan pendakwa raya.

Katanya, Syazlin sepatutnya menolak pelantikan KPKT dan bomba kerana beliau turut mewakili keluarga Adib “yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues itu”.

Beliau berkata, mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendapatkan nasihat dan hanya boleh melantik peguam luar melalui Jabatan Peguam Negara.

Mengenai gesaan sesetengah pihak untuk peguam negara meletak jawatan, Mahathir berkata, tiada sebab Thomas perlu berbuat demikian kerana isu pelantikan Syazlin dalam inkues Adib.

“Orang bercakap tentang perkara ini (gesaan pecat peguam negara) secara membabi buta. Apa pun yang dia buat ada sebabnya.”

Mengenai kesilapan dalam pelantikan Syazlin, pengerusi PPBM itu berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tidak sedar peguam dari Majlis Peguam itu turut mewakili keluarga Adib.

“Adakah awak nak (saya) pecat Zuraida juga?” soalnya.

Terdahulu, setiausaha politik Zuraida dilaporkan berkata, tiada bantahan daripada mana-mana pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara terhadap pelantikan Syazlin untuk mewakili KPKT dan JBPM sepanjang inkues diadakan.

Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Syazlin yang juga isteri kepada setiausaha akhbar Zuraida, Ahmad Soffian Mohd Shariff, dilantik mewakili KPKT dan JBPM tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Timbul percanggahan pendapat antara 2 saksi, iaitu Prof Shahrom Abd Wahid (bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr Ahmad Hafizam Hasmi (pakar perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur) yang melakukan bedah siasat ke atas Adib, yang boleh memberi petunjuk bagaimana anggota bomba itu cedera sebelum meninggal dunia pada 17 Disember 2018.

Kedua-dua doktor berhujah mengenai pengiraan daya impak van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan yang menyebabkan tulang rusuk Adib patah.

Adib, 24, yang merupakan anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, pada 27 November 2018.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/awak-nak-saya-pecat-zuraida-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Perlu Berhenti Mengulang2 Janji Nak Serah Kuasa Yang Penting Tetapkan Tarikhnya Segera

Tun M Perlu Berhenti Mengulang2 Janji Nak Serah Kuasa Yang Penting Tetapkan Tarikhnya Segera

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 316 hits
Untuk kesekian kalinya rasanya sudah lebih 15 kali Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim Bercakap di Tokyo sempena lawatan rasmi ke negara tersebut Tun Mahathir b...
Cakap Sapa Orang Nak Dengar

Cakap Sapa Orang Nak Dengar

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 365 hits
LGE cakap gini Daim cakap gitu Wow Bingung pelabur biznesman dan pelaksana polisi
Issey Nak Kahwin Tahun Depan

Issey Nak Kahwin Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 423 hits
Pelakon pelawak dan penyampai radio Issey bertekad menjadikan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sebagai tahun terakhirnya bergelar duda Issey 32 atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata dia kini sedang mengenali seorang wanita yang ...
Nak Bahagia Tak

Nak Bahagia Tak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 341 hits
Assalammualaikum wbtNAK BAHAGIA TAK Bak kata kumpulan nasyid Raihan iman mutiara kalau tak silap PC tajuk lagunya iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa iman tak dapat dijual beli ia tiada di tepian pantai Begitu juga denga...
Nak Anak Cepat Berjalan Banyakkan Berkaki Ayam Merangkak Bergolek Menguatkan Otot

Nak Anak Cepat Berjalan Banyakkan Berkaki Ayam Merangkak Bergolek Menguatkan Otot

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 447 hits
Tanpa guna walker si kecil boleh belajar berjalan sendiri Mama papa wajib cuba bantu bayi bertatih dan memulakan langkah pertamanya Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan bayi Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dun...
Bila Anak Nak Dukung Bukan Mengada Ngada Tapi Dia Rindu Pelukan Dari Ayah

Bila Anak Nak Dukung Bukan Mengada Ngada Tapi Dia Rindu Pelukan Dari Ayah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 580 hits
Pernah tak bila kita bawa anak keluar berjalan jalan atau ketika di rumah tiba tiba anak minta dukung Tapi jawapan kita bila anak berbuat demikian mesti akan cakap kakak abang atau adik dah besar Papa mama tak larat nak dukung dah Perasan t...
Kenapa Seorang Peaceful Phlegmatic Susah Nak Ngam Dengan Seorang Powerful Choleric

Kenapa Seorang Peaceful Phlegmatic Susah Nak Ngam Dengan Seorang Powerful Choleric

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 404 hits
Semenjak tempoh hari aku buat something yang dah lama sangat aku tak buat Nak tahu apa Pergi library Serius lama dah kot aku tak pergi library dan baca buku sebelum ni Aku pergi library yang dekat dengan rumah aku je Memang hambar teruk Aku...
Lelaki Bunuh Jiran Kerana Selalu Tanya Bila Nak Kahwin

Lelaki Bunuh Jiran Kerana Selalu Tanya Bila Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 260 hits
Gara gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya bila hendak berkahwin seorang lelaki nekad membunuh jirannya yang juga seorang wanita hamil Alias Nunur 28 membunuh Lis Aisyah 32 di rumah wanita terbabit pada 19 Januari 2018 lalu di Ga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt