Astaghfirullah Kasihan Sungguh Dengan Tun
Nor Salimah Abu Mansor
Astaghfirullah, kasihan sungguh dengan Tun.
Takutilah kita bila dilingkungi istidraaj, kelebihan, kekuatan dan segala kehebatan,atas perbuatan mungkar. Seolah Allah swt naikkan setinggi2nya, untuk Ia jatuhkan seranap2nya dengan dahsyat sekali.
Saya teringat kata2 beberapa ulama dan agamawan semasa isu DSAI pada 1998, mudah2an Allah swt panjangkan umur Tun M utk dia melihat sendiri kejayaan DSAI jd PM kelak, bhw kudrat manusia sama sekali tidak dpt melawan kehendak Allah swt!
Dan jika dgn umur panjang masih juga meneruskan agenda jahat, dibimbangi Allah swt akhiri segalanya dgn KEHINAAN!
Bukan shj Tun M, tp semua yg berhasad dan sedang melaksanakan hasadnya!😓
Zainuddin Omar
Berehatlah Dr Mahathir. Masa mu telah berlalu.
Ini sahaja perjuangan mereka untuk menakutkan orang melayu dari 50 tahun yang lalu untuk dapat kuasa.
Ahaks.
***********
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) bersatu untuk melawan “musuh bersama” orang Melayu.
Bekas perdana menteri itu berkata, hak orang Melayu dirampas secara beransur-ansur di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan ini mendorong mereka bersatu bagi memperjuangkan hak masyarakat itu.
“Kuasa orang Melayu ke atas Tanah Melayu akan hilang jika tiada apa dilakukan untuk menghalangnya. Kami setuju ada musuh bersama. Kami perlu bersatu lawan musuh bersama ini.
“Kami setuju untuk bersatu bagi memastikan orang Melayu tidak hilang kuasa…untuk mewujudkan perpaduan Melayu bagi memastikan mereka tidak hilang semua kuasa,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bersama pemimpin yang hadir.
Turut hadir Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa dan bekas timbalan presiden Pejuang Marzuki Yahya.
Mahathir yang juga bekas pengerusi Bersatu, mendakwa ramai orang Melayu lantang bersuara berdepan tekanan kerajaan.
“Ancaman dibuat bahawa mereka akan didakwa di mahkamah sebagai penjenayah, ditahan dan didenda. Disebabkan itu, ramai orang Melayu merasakan mereka perlu bersatu kerana ia masalah umum kepada mereka semua.
“Ini tidak terikat kepada parti (politik) tertentu saja.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/12/astaghfirullah-kasihan-sungguh-dengan.html