Istana Pahang Tidak Akan Buat Kenyataan Berkaitan Titah Adendum Dikemukakan Dato Sri Najib Tun Razak




KUANTAN: Istana Pahang tidak akan membuat kenyataan berkaitan titah adendum dikemukakan bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di mahkamah bagi menyokong permohonan membenarkannya menjalani baki tempoh penjara bawah tahanan rumah.
Menurut Penasihat Undang-undang Pahang, Dato' Sri Saiful Edris Zainuddin, beliau menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyembah maklum berhubung titah adendum baginda yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 dikemukakan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan afidavit Exco Pahang Dato' Mohd Nizar Najib.
“Di atas nasihat Menteri Besar Pahang (Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail) dan saya serta bagi menghormati prosiding mahkamah, maka pihak Istana Pahang tidak akan membuat apa-apa kenyataan tentang perkara ini.
“Kerana boleh mengakibatkan subjudis ke atas kes rayuan telah di hadapan Mahkamah Rayuan Malaysia di dalam Rayuan Sivil yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada 6 Jan 2025 di mana keputusan berkenaannya masih belum dibuat oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan.


Pada 5 Dis lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan bagi membuktikan wujudnya perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.
Namun, tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan 6 Jan 2025.
Bekas Presiden UMNO itu bergantung kepada bukti baharu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman agar kerajaan melaksanakan titah diraja dikeluarkan Sultan Abdullah.
Dokumen mahkamah mendapati permohonan Najib termasuk afidavit ditandatangani anaknya, Nizar, yang juga exco Pahang.
Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB) mengumumkan bahawa hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dihadapinya dikurangkan separuh dari 12 kepada enam tahun dan dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Beliau kini menjalani hukuman di penjara Kajang.
Dalam permohonan kebenarannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 1 April, Najib mendakwa bekas Agong itu turut mengeluarkan dekri tambahan yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara yang dikurangkan bawah tahanan rumah, pada mesyuarat FTPB, 29 Jan lalu.
Bekas perdana menteri itu berkata FTPB tidak mengumumkan syarat dekri tambahan itu dan kerajaan melakukan penghinaan kerana tidak mematuhinya.
Najib mahu mahkamah memaksa kerajaan melaksanakan dekri tambahan itu, jika ada, dengan meletakkannya di bawah tahanan rumah. #FreeMalaysiaToday
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/12/istana-pahang-tidak-akan-buat-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 224 hits
PUTRAJAYA Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum Bercakap kepada p...
Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Mohamad Nizar membuat afidavit tambahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya berkaitan hukuman tahanan rumah ke atas bapanya iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berlandaskan fakta dan kebenaran Menu...
Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 247 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan adendum penahanan rumah Beliau berkata kenyataan media tersebut adalah palsu Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungja...
Sri Pahang Tunjuk Selangor Fc Jalan Keluar

Sri Pahang Tunjuk Selangor Fc Jalan Keluar

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 104 hits
PETALING JAYA Sri Pahang berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menyingkirkanSelangor FC dengan agregat 3 2 pada aksi peringkat 16 terbaik Piala Malaysia 2024 Kemaraan itu disahkan selepas Tok Gajah mencatat kemenangan 2 1 ke atas...
Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 415 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar Jabatan Meteorologi Malaysia serta pihak berkuasa terbabit lebih kerap mengemas kini data ramalan cuaca dan kejadian banjir di negara ini Al Sultan Abdu...
Najib Dah Lama Tib4i Tun M Diparlimen Pas Bersatu Pula Pertahankan

Najib Dah Lama Tib4i Tun M Diparlimen Pas Bersatu Pula Pertahankan

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 173 hits
Perbahasan Najib Razak di Parlimen 2021 mengingatkan dan tidak puas hati mengenai keputusan Tun Mahathir untuk tidak membuat rayuan kepada ICJ Kenapa pula pimpinan Perikatan Nasional beria ia mahu pertahankan Mahathir
Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon Mb Pahang

Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon Mb Pahang

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man beranggapan kenyataan dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai parti Bersatu menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang pada pilihan raya umum akan datang adalah ...
Najib S Son Received House Arrest Addendum From Pahang Palace Says Shafee

Najib S Son Received House Arrest Addendum From Pahang Palace Says Shafee

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 300 hits
Datuk Seri Najib Razak wants to adduce fresh evidence for his house arrest addendum appeal as his eldest son had received the document from the Istana of Pahang Najib s lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said the former premier s son D...
Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Bakwan Cucur Sayur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

An Old Article The Contemptible M Y Power Elites

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Di Mana Keberkatan Sahur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akaun Bank Dibekukan Jangan Panik Ini Cara Buka Semula Akaun Anda

Pagi Lagi Dah Lagu Raya

Jom Jadi Boss Buka Branch Mixue Di Lokasi Anda Dengan Modal Yang Rendah Sahaja

Permohonan Ismp 2025 Biasiswa Perguruan Persekutuan

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More