Saya Tak Lobi Jawatan Ketua Penerangan Bersatu Kata Tun Faisal


Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tun Faisal Ismail Aziz (berdiri kiri) sebagai ketua penerangan Bersatu, Khamis lalu.
PETALING JAYA: Bekas pemimpin akar umbi Umno Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan beliau tidak melobi untuk dilantik ketua penerangan Bersatu yang mungkin menimbulkan persoalan kerana dirinya baru setahun menyertai parti itu.

Menyertai Bersatu lima bulan selepas dipecat Umno pada Januari tahun lalu, Faisal memberitahu FMT, beliau tidak meminta mana-mana jawatan sebaliknya mahu bertanding kerusi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada pemilihan lalu, tetapi tidak layak.
Menurut bekas timbalan ketua Umno Putrajaya itu, beliau dimaklumkan tidak boleh bertanding kerana belum cukup dua tahun dalam Bersatu.
“Saya tak minta jawatan, tak pernah lobi,” kata bekas setiausaha akhbar kepada Annuar Musa yang menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Wilayah Persekutuan dari 2020 hingga 2022.
Pelantikan bekas pegawai kanan di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu sebagai ketua penerangan Bersatu diumumkan Presiden Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.
Ada pemimpin Bersatu enggan dikenali memberitahu FMT, pemilihan Faisal menimbulkan persoalan kerana beliau baru setahun menyertai Bersatu dan menggesa peranan terbabit sebaiknya diberi kepada ahli lama.
Penggal 2021-2024 menyaksikan jawatan itu disandang pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan yang kemudiannya digantikan Exco Terengganu Razali Idris.
Faisal mungkin menganggap pelantikannya itu disebabkan pengalamannya selama 24 tahun dalam Umno dan pernah memegang pelbagai jawatan.
“Apabila diterima Bersatu, saya tak pernah minta sebarang ganjaran, tetapi secara rela hati bila Umno telah terpesong daripada perjuangan.
“Mungkin juga (dilantik ketua penerangan Bersatu) sebab orang menghargainya…tetapi saya tak tahu apa sebenarnya (sebab) di belakang,” katanya.
Beliau juga tidak menganggap pelantikan itu sebagai keistimewaan sebaliknya tekanan kepada dirinya untuk membantu parti masih baharu dibandingkan dengan Umno.
“Saya dulu dengan kerajaan dan dengan Umno yang mempunyai banyak sumber kerana usianya 78 tahun, semua sudah ada pada tempatnya,” katanya.
Umno pada Mac 2021 menggantung keahlian Faisal selama enam tahun kerana membuat kenyataan terbuka menentang Presiden Zahid Hamidi, sebelum dipecat dua tahun kemudian. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/a_27.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Is New Suffering Party Tun Faisal Jabs At Pkr

Bersatu Is New Suffering Party Tun Faisal Jabs At Pkr

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 98 hits
Newly appointed Bersatu information chief Tun Faisal Ismail Aziz described his party as a party of suffering due to its relative youth compared to PKR Umno PAS and DAP In a jab at PKR president Anwar Ibrahim he said that because of Bersatu ...
Tak Semestinya Ketua Pembangkang Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

Tak Semestinya Ketua Pembangkang Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 144 hits
Muhyiddin Yassin tidak semestinya dilantik ketua pembangkang untuk menjadi calon perdana menteri PN susulan cadangan supaya beliau terus menjadi komander gabungan itu kata penganalisis PETALING JAYA Muhyiddin Yassin tidak semestinya dilanti...
Mursyidul Am Pas Runding Jawatan Ketua Pn Poster Boy Pru16

Mursyidul Am Pas Runding Jawatan Ketua Pn Poster Boy Pru16

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 92 hits
Anne MuhammadHashim Jasin berkata perbincangan untuk membuat keputusan perlu berdasarkan keadaan sebenar dan kekuatan parti masing masing PETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menegaskan pemilihan ketua Perikatan Nasional yang sekali ...
Apa Kata Adun Bersatu Lepas Gugur Dari Exco

Apa Kata Adun Bersatu Lepas Gugur Dari Exco

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 111 hits
MB Perlis patut berani kata Adun Bersatu lepas gugur dari excoHaspaizi ZainAdun Tambun Tulang Wan Zikri Afthar Ishak memaklumkan dia hanya diberitahu bakal digugurkan daripada jawatan exco Perlis pada dua hari lalu Katanya Menteri Besar Moh...
Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 155 hits
Rafiq Abdullah berkata perkara itu perlu diputuskan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional Tidak salah bagi Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengeluarkan pandangan partinya lebih layak memimpin Perikatan Nasional kata seorang pemimpin Bersatu s...
Jelajah Pas Teraju Pahang Tiba Tiba Muhyiddin Pula Umum Bersatu Mahu Jawatan Menteri Besar

Jelajah Pas Teraju Pahang Tiba Tiba Muhyiddin Pula Umum Bersatu Mahu Jawatan Menteri Besar

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 172 hits
KUANTAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti itu menyasarkan jawatan Menteri Besar di Pahang jika Perikatan Nasional berjaya merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang Selai...
Bersatu Sasar Jawatan Menteri Besar Di Negeri Pahang Perak Dan Selangor Jika Pn Menang Pru 16

Bersatu Sasar Jawatan Menteri Besar Di Negeri Pahang Perak Dan Selangor Jika Pn Menang Pru 16

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 113 hits
SHAH ALAM Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan Menteri Besar di Pahang Perak dan Selangor jika Perikatan Nasional berjaya merampas negeri negeri itu pada piliha...
Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

Pemuda Umno Desak Ketua Menteri Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 117 hits
4 December 2024Pemuda Umno Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor supaya meletakkan jawatan susulan pendedahan dakwaan skandal rasuah melibatkan anggota dewan undangan negeri Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abd Karim berkata pihaknya...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Experts Warn Of Ripple Effect From Ummc Fees Hike

Mp Pas Dicabar Menamakan Biawak Baru Jantan Namanya

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Tanda Kolesterol Tinggi Yang Ramai Tak Sedar

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Filem Emp4t

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Rukun Solat

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Isnin 6 Januari 2025

Durian Durian Durian Imam