Asean Lancar Laporan Daya Jangka Dalam Membentuk Masa Depan Sti Serantau


ASEAN Lancar Laporan Daya Jangka Dalam Membentuk Masa Depan STI Serantau
KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2025 – ASEAN hari ini melakar satu detik bersejarah dalam usaha merangka masa depannya secara kolektif dengan pelancaran laporan “ASEAN Ahead:  ASEAN Science, Technology, and Innovation (STI) Ecosystem Foresight 2035 and Beyond”  (ASEAN Ahead).
Laporan ini dibangunkan di bawah kepimpinan ASEAN Foresight Alliancedan diterajui oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sebagai satu pelan strategik untuk memperkukuh kedudukan ASEANsebagai kuasa besar global.
Laporan ASEAN Ahead, yang diluluskan oleh Menteri dan Jawatankuasa ASEAN pada Jun2024 di Siem Reap, Kemboja, telah diiktiraf secara rasmi sebagai tunjang kepada ASEAN Plan of Action on STI (APASTI) 2026-2035.
Ia merupakan latihan daya jangka serantau pertama seumpamanya yang direka untuk melengkapkan ASEAN dengan strategi berdaya masa hadapan dalam menghadapi perubahan global yang pesat.
Pelancaran laporan ASEAN Ahead yang diadakan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, telah disempurnakan oleh Menteri Luar, YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan yang mewakili Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau diiringi Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang dan Presiden ASM merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Perdana Menteri dan Negara, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc.
Laporan ASEAN Ahead turut menerima maklum balas yang baik oleh Setiausaha Agung ASEAN, Menteri MOSTI dan Presiden ASM, seperti yang dinyatakan dalam prakata laporan tersebut.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, berkata, “Penerbitan penting ini menyediakan pandangan strategik menyeluruh mengenai hala tuju masa depan ASEAN, menekankan peranan kritikal sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi mampan dan pengukuhan integrasi serantau.
Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang pula menyatakan, “MOSTI kekal komited memajukan penyelidikan, teknologi dan inovasi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dan serantau.
Pendekatan ini memastikan rantau ini kekal tangkas dan responsif terhadap perubahan global serta peluang baharu yang muncul.”
Presiden ASM, merangkap Penasihat STI kepada Perdana Menteri dan Negara berkata, “Laporan ASEAN Ahead menyediakan kerangka strategik untuk meletakkan rantau ini sebagai kuasa besar global, memastikan kita bukan sekadar bertindak balas terhadap perubahan, tetapi turut membentuk perubahan tersebut.”
Laporan ini membentangkan kemungkinan empat senario masa depan ASEAN menjelang tahun 2035, yang menekankan bahawa peralihan ASEAN ke arah masa depan berasaskan inovasi tidak hanya bergantung kepada pelaburan kewangan, tetapi juga pada amalan tadbir urus berasaskan nilai yang menjunjung keterangkuman, kemampanan dan pemikiran strategik jangka panjang.
Senario yang disasarkan, iaitu “Kemakmuran Bersama” (Collective  Prosperity), menggambarkan sebuah rantau di mana kemajuan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan perpaduan sosial bergerak seiring.
Untuk merealisasikannya, laporan ini menegaskan keperluan kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, sektor perniagaan dan institusi penyelidikan di seluruh ASEAN.
Di teras laporan ASEAN Ahead ialah sebuah rangka kerja baharu yang progresif bagi memacu kemajuan serantau yang mampan iaitu Rangka Kerja Triple-10 STI ASEAN.
Berdasarkan Rangka Kerja 10-10 MySTIE Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2020, pendekatan ini menyepadukan sepuluh pemacu sosioekonomi dengan sepuluh pemacu sains dan teknologi bagi menjana inisiatif berimpak tinggi yang mempercepat pertumbuhan.
ASEAN kini membawa model ini ke tahap seterusnya dengan memasukkan sepuluh Kuasa Perubahan Global (Forces of Change) yang dijangka membentuk semula masyarakat dan ekonomi ASEAN dalam dekad akan datang.
Kuasa-kuasa transformasi ini, termasuk peralihan demografi, gangguan teknologi dan reformasi tadbir urus, mengutamakan keperluan mendesak bagi ASEAN untuk memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan STI, bukan sekadar untuk mengekalkan daya saing, tetapi juga bagi mempertingkatkan integrasi serantau ASEAN dalam era penuh ketidaktentuan.
Dengan mengguna pakai rangka kerja bersepadu yang digariskan dalam laporan ini, rantau ini berpotensi untuk melangkah maju dari segi ekonomi, sosial dan kemampanan, sekali gus mengangkat ASEAN menjadi sebuah kuasa besar global.
Baca laporan penuh ASEAN Ahead dit htps://www.akademisains.gov.my/asean-ahead/.
The post ASEAN Lancar Laporan Daya Jangka Dalam Membentuk Masa Depan STI Serantau appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/asean-lancar-laporan-daya-jangka-dalam-membentuk-masa-depan-sti-serantau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inovasi Teknologi Membentuk Masa Depan Dunia Digital

Inovasi Teknologi Membentuk Masa Depan Dunia Digital

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 177 hits
Inovasi teknologi kini menjadi kuasa utama yang memacu perubahan dunia digital yang berkembang dengan sangat pantas Dengan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan Internet of Things dan rangkaian 5G kita dapat melihat transformasi besa...
Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 234 hits
Penulis Dr Noor Azliyana Azizan Dr Sumaiyah Mat Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia Menuju Negara Tua Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2030 ...
Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 135 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Kristalina Georgieva di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 pada 28 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 28 O...
Asean Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin

Asean Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 168 hits
ASEAN Perlu Kekal Sebagai Platform Utama Dialog Kerjasama Serantau Khaled Nordin Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa ASEAN mesti kekal sebagai platform utama bagi dialog dan kerjasama serantau sambil menyer...
Transistor Organik Teknologi Fleksibel Menuju Elektronik Masa Depan

Transistor Organik Teknologi Fleksibel Menuju Elektronik Masa Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 178 hits
Penulis Dr Ahmad Ghadafi Ismail Felo Penyelidik Institut Kejuruteraan Mikro Nanoelektronik Universiti Kebangsaan Malaysia Apabila kita membayangkan revolusi teknologi pada masa ini kebanyakannya didorong oleh kemunculan bahan dan komponen b...
Kbs Lancar Projek Dengar Rakan Muda Sokong Emosi Belia

Kbs Lancar Projek Dengar Rakan Muda Sokong Emosi Belia

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 199 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata projek itu sediakan ruang selamat belia berkongsi dan didengari tanpa penilaian stigma atau prejudis Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata isu kesihatan mental kini menjadi antara cabaran so...
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 197 hits
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA PETALING JAYA 25 Okt Malaysia muncul antara negara terawal ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang melancarkan padang mini menerusi projek Arena FIFA in...
Durioo Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif Lancar Movie Pack Bernilai Rm10 Sebulan

Durioo Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif Lancar Movie Pack Bernilai Rm10 Sebulan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 118 hits
Durioo Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif Lancar Movie Pack Bernilai RM10 Sebulan Durioo platform penstriman selamat dan menghiburkan untuk anak anak terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan tayangan...
Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 176 hits
Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030 KUALA LUMPUR 23 Oktober 2025 Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWi...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Jabatan Perikanan Sahkan Kehadiran Ubur Ubur Kotak Di Perairan Langkawi

St Rosyam Mart Lancarkan Peraduan Misi Mencari Raja Konten Tawar Hadiah Wang Tunai Rm20 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah