Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa


Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA
PETALING JAYA, 25 Okt (Bernama) — Malaysia muncul antara negara terawal ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang melancarkan padang mini menerusi projek  Arena FIFA, inisiatif global bagi membina 1,000 padang kecil untuk manfaat kanak-kanak di seluruh dunia.
Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelana di sini dipilih sebagai sekolah pertama di negara ini yang terlibat dalam projek berkenaan, yang merupakan komitmen disuarakan Presiden FIFA, Gianni Infantino, ketika Sidang Kemuncak Sukan Mampan di Paris, Julai tahun lalu.
Setiap padang mini direka berukuran 20×40 meter dan dilengkapi rumput tiruan berkualiti tinggi, pagar keselamatan, dinding serta jaring keliling bagi memastikan keselamatan pemain muda.
Infantino yang hadir bagi merasmikan pelancaran projek berkenaan hari ini yakin inisiatif itu bakal mencetuskan domino effect yang mampu menarik lebih banyak pihak membina kemudahan sama di seluruh negara.
“Ini hanyalah satu contoh usaha yang boleh kita lakukan untuk kanak-kanak. Apabila masyarakat melihat hasilnya, pasti ramai yang mahu mewujudkan FIFA Arena di seluruh Malaysia.
“Kami di sini untuk membantu merealisasikan projek ini bersama kerajaan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FIFA agar lebih banyak padang seperti ini dapat dibangunkan di negara ini,” katanya pada sidang media di SK Sri Kelana di sini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin; Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John.
Infantino menegaskan komitmen badan induk bola sepak dunia itu untuk memperluas akses kepada kemudahan bola sepak di peringkat akar umbi yang selamat dan inklusif, dengan sasaran membina lebih 1,000 padang mini di seluruh dunia menjelang akhir tahun depan.
Presiden FIFA berusia 55 tahun itu berkata kerja pembinaan sudah dimulakan di kira-kira 20 negara, manakala beberapa lagi projek sedang dijalankan.
Setiap padang mini Arena FIFA dibangunkan dengan penekanan terhadap aspek kelestarian, menggunakan kontraktor tempatan bagi pemasangan rumput tiruan khas serta pagar keselamatan di sekeliling kawasan permainan.
FIFA pula membekalkan sistem padang berkenaan selain menyediakan latihan, panduan dan peralatan untuk penyelenggaraan berterusan.
FIFA melancarkan inisiatif Arena FIFA buat pertama kali di Pusat Bola Sepak Varketili, Georgia, yang dimiliki oleh Persekutuan Bolasepak Georgia (GFF), pada April lalu.
Inisiatif berkenaan bertujuan menyediakan lebih banyak peluang permainan kepada kanak-kanak sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain memupuk semangat inklusif melalui sukan bola sepak di seluruh dunia.
Sumber: Bernama
BACA: PM Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden FIFA The post Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/malaysia-antara-negara-terawal-lancar-padang-mini-bawah-projek-arena-fifa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Lancar Terrax 1 Satelit Sar Pertama Negara

Malaysia Lancar Terrax 1 Satelit Sar Pertama Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 256 hits
Malaysia Lancar TerraX 1 Satelit SAR Pertama Negara Malaysia mencatat sejarah baharu dalam bidang angkasa apabila satelit pertama negara yang menggunakan teknologi Synthetic Aperture Radar dikenali sebagai TerraX 1 berjaya dilancarkan pada ...
Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 216 hits
Presiden FIFA Merasmikan FIFA Arena Pertama di Malaysia Hari ini Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa Gianni Infantino telah merasmikan FIFA Arena yang pertama di Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Kelana Jaya Selangor Majlis ...
Malaysia Antara Negara Pengeluar Senjata

Malaysia Antara Negara Pengeluar Senjata

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 175 hits
Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai syarikat pengeluar kenderaan dan kelengkapan tentera yang bertaraf antarabangsa DRB Hicom Defence Technologies Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar telah beroperasi sejak tahun 1996 dengan kilang pengelu...
Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 322 hits
HarapandailyOctober 27 2025OLEH A ZAHIDPelancaran FIFA Arena di SK Sri Kelana baru baru ini menandakan detik bersejarah buat Malaysia apabila menjadi antara negara pertama dalam kalangan ahli FIFA melancarkan projek mini padang yang dibiaya...
Inilah Pengkhianat Negara Kita Malaysia

Inilah Pengkhianat Negara Kita Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 215 hits
Saya Jom Media Kantoi Fast Track Bawa Masuk Warga Asing Pada 15 Oktober 2025 sekitar jam 3 petang pegawai bertugas di KLIA Terminal 2 mula syak sesuatu pelik Ada seorang wanita tempatan bernama Nuraidah kononnya tengah off day tapi datang k...
Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 209 hits
Firdaus HashimKUALA LUMPUR Sijil kelahiran tujuh pemain antara dokumen penting diserahkan Persatuan Bolasepak Malaysia kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dalam proses rayuan yang sudah dibuat sebelum ini Ahli jawatankuasa eksekutif F...
Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 249 hits
Bank Negara Malaysia baru baru ini mengumumkan bahawa rizab antarabangsa negara berada pada tahap yang solid dengan nilai terkini mencapai USD123 4 bilion pada 15 Oktober 2025 Jumlah ini mencukupi untuk menampung import barangan dan perkhid...
Lagu Malaysia Antara Top 3 Paling Terpendek Didunia

Lagu Malaysia Antara Top 3 Paling Terpendek Didunia

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 261 hits
Gambar dari babak movie Gila gila Pengantin Remaja Ini dikira fakta kot setakat ini Huhuhuuu Tahu kah anda Filem Malaysia kita secara tidak langsung ada satu lagu paling terpendek berada nombor 3 di dunia Eh Tiberrr Yang nyanyikan lagu soun...
Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 331 hits
Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar Seperti yang diketahui Malaysia dikenali sebagai negara yang rakyatnya majoriti beragama Islam Namun keharmonian dengan penganut agama lain juga sentiasa dija...
Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Nasi Ayam Briyani

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Of Thralls Who Bind Their Own Souls

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Ketegasan Bos Di Sebalik Tangan Keras