Durioo Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif Lancar Movie Pack Bernilai Rm10 Sebulan


Durioo+ Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif, Lancar ‘Movie Pack’ Bernilai RM10 Sebulan Durioo+, platform penstriman selamat dan menghiburkan untuk anak-anak, terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan tayangan filem animasi antarabangsa terbaru bertajuk Goldbeak The Movie mulai 20 Oktober 2025. 
Filem animasi yang sebelum ini pernah ditayangkan di peringkat antarabangsa ini kini hadir dalam versi bahasa Melayu eksklusif di Durioo+, menampilkan olahan semula dengan penerapan nilai Islamik dan mesej positif, menjadikannya pilihan tontonan yang sesuai untuk segenap lapisan umur.

Dalam sesi Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie di Durioo Studioo hari ini, para penonton yang terdiri daripada pempengaruh dan wakil media berkongsi rasa teruja dan positif dengan kehadiran filem ini. 
“Suka bila tengok anak-anak dapat tonton filem macam ini. Selain dapat pengajaran, anak-anak pun boleh belajar nilai Islamik secara tak langsung, contohnya babak sebut Alhamdullillah, Allahuakbar. Jarang kita nak jumpa filem luar negara ada nilai Islamik sebegini. Bila tengok pula perbandingan babak asal dengan babak yang dialih suara oleh Durioo+, rasa kagum dengan usaha gigih mereka untuk jadikan konten dari luar mesra anak-anak. Dengan adanya promosi
langganan bernilai RM10 sebulan, saya ajak mak ayah di luar sana cuba langgan sebab sangat berbaloi. Ini sebenarnya pelaburan kita untuk anak-anak,” kongsi salah seorang hadirin.

Kejayaan ini menandakan kali keenam Durioo+ berjaya menayangkan filem antarabangsa yang dialih suara ke bahasa Melayu secara eksklusif dan sebilangan daripadanya turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan, bagi menyesuaikan kandungan luar negara dengan nilai tempatan dan Islamik, sama ada dari segi visual mahupun audio. Terdahulu, Durioo+ mencipta impak besar menerusi tayangan Bilal: Lahirnya Wira Baru dan Cats The Movie yang mendapat sambutan hangat daripada keluarga di Malaysia. 
Goldbeak The Movie diarahkan oleh pengarah animasi Ireland Nigel W. Tierney, yang pernah mengarahkan dan menghasilkan muzik video terkenal seperti Bad Bunny, Little Dicky (Earth) dan Jaden Smith (Goku), selain terlibat dalam produksi besar DreamWorks seperti Kung Fu Panda 3, How to Train Your Dragon 2, The Croods dan Shrek Forever After. Filem ini turut diarahkan bersama oleh Dong Long, pengarah utama Liangzi Film (China) dan menampilkan pelakon suara antarabangsa David Henrie (Wizards of Waverly Place, How I Met Your Mother) sebagai Goldbeak serta Rachell Hofstetter (Valkyrae) sebagai adik perempuannya, Ratchet. 

Filem ini menelusuri kisah Goldbeak, seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam sejak kecil. Didorong keinginan untuk menjadi helang sebenar dan desakan ayam-ayam lain yang tidak selesa dengan kehadirannya, Goldbeak mengambil keputusan untuk keluar dari kampung dan menuju ke sebuah tempat yang dihuni helang lain untuk mencari asal-usulnya. Di sana, dia dan kakaknya Ratchet secara tidak sengaja telah membongkar sebuah rahsia hitam tentang ahli keluarga kandung Goldbeak yang bakal menjadi ancaman terhadap kampung mereka. 
Goldbeak turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 (Kategori Best Fine Arts), China International Children’s Exhibition – Favorite Cartoons, serta pengiktirafan oleh State Film Administration of China sebagai Excellent Chinese Film Project. 

Dalam sesi Tayangan Eksklusif hari ini, Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack yang menawarkan 15 filem antarabangsa dan tempatan bersama
20,000 kandungan di Durioo+. Pengguna boleh menikmati kandungan selamat tanpa had dan tontonan bebas iklan di empat peranti serentak, dengan langganan serendah RM30 untuk tiga bulan pertama, bersamaan hanya RM10 sebulan yang boleh didapati di laman web get.duriooplus.com. Dengan harga yang lebih rendah berbanding tiket pawagam, seluruh keluarga kini boleh menikmati konten selamat, ditapis dan menghiburkan di rumah atau di mana-mana saja tanpa perlu berbelanja tinggi. 

Nuown Zainal selaku pengasas bersama Durioo+ berkata, “Goldbeak ialah sebuah filem yang menarik untuk tontonan keluarga, tambah pula telah diolah dengan rapi supaya selamat dan sesuai untuk anak-anak kita. Ini adalah salah satu inisiatif Durioo+ untuk memasukkan lebih banyak filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Dengan langganan bernilai RM10 sahaja sebulan, waktu skrin bersama boleh dijadikan aktiviti keluarga yang sihat seperti menonton wayang, tapi lebih mudah kerana hanya di rumah, melalui platform selamat iaitu Durioo+.” 
Usaha ini meneguhkan lagi peranan Durioo+ sebagai platform penstriman yang bukan sahaja selamat dan menghiburkan, tetapi juga dalam misi yang lebih besar iaitu membangunkan generasi ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu melalui kandungan berkualiti.
Tentang Durioo+ 
Durioo+ ialah platform penstriman mesra kanak-kanak yang hadir bersama slogan “Fun & Safe Screen Time.” Dilancarkan pada Februari 2022 dengan sokongan daripada Y Combinator W22 dari Silicon Valley, Durioo+ kini telah menjadi aplikasi penstriman nombor satu dunia untuk kanak-kanak Muslim (Top #1 Muslim Kids Streaming App) di peringkat global. 
Menampilkan lebih 20,000 video merangkumi animasi, dokumentari, filem, lagu dan siri Islamik dengan kandungan baharu setiap minggu, Durioo+ kini mempunyai pelanggan aktif di lebih 80 negara dan telah dimuat turun lebih 1,000,000 kali di App Store dan Play Store. 
Selain menayangkan siri-siri popular tempatan dan antarabangsa seperti Baby Shark, Daniel Tiger, Bing dan Numberblocks, semua kandungan di Durioo+ telah
ditapis dan disemak oleh ibu bapa Muslim bagi memastikan setiap tontonan bersifat mendidik dan sesuai untuk seisi keluarga. 
Kini, Durioo+ bukan lagi sekadar platform menonton video, tetapi telah berkembang menjadi ekosistem digital lengkap untuk hiburan dan pembelajaran anak-anak. Melalui ciri baharu seperti DuDeen, anak-anak boleh belajar surah dan doa harian secara interaktif manakala DuReels pula membawakan video pendek vertikal seperti YouTube Shorts dan Reels tetapi hadir bersama ciri antiketagihan dan Durioo Games pula menawarkan permainan pendidikan yang ringkas,  menyeronokkan dan bebas unsur negatif. Semua ciri ini direka untuk menjadikan masa skrin anak-anak bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat dan penuh nilai. 
Dengan wajah baharu yang moden dan mesra pengguna, Durioo+ kini boleh dinikmati di pelbagai peranti termasuk TV, tablet dan telefon pintar dan diakses melalui empat peranti serentak. 
Durioo+ terus komited dalam menyediakan hiburan yang mendidik dan menghiburkan untuk keluarga Muslim masa kini dalam misi membina Ummah yang Beriman, Berakhlak dan Berilmu. 
Untuk maklumat lanjut, layari www.duriooplus.com atau ikuti @duriooplusmalaysia di media sosial.
The post Durioo+ Bawa Goldbeak The Movie Secara Eksklusif, Lancar ‘Movie Pack’ Bernilai RM10 Sebulan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/durioo-bawa-goldbeak-the-movie-secara-eksklusif-lancar-movie-pack-bernilai-rm10-sebulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 170 hits
Jenama kasut antarabangsa Skechers mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia sukan dengan pelancaran Skechers Football CTRL Pack koleksi kasut bola sepak baharu yang menggabungkan teknologi keselesaan dan kawalan maksimum di padang Majlis pe...
The Prophet By Kahlil Gibran

The Prophet By Kahlil Gibran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 516 hits
Norsanina blogspot comOf course Here s a blog ready summary of The Prophet by Kahlil Gibran written in a reflective human tone that suits a thoughtful or spiritual blog like yours The Prophet by Kahlil Gibran A Journey of the Soul Kahlil Gi...
Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 232 hits
A fragrance tailored with confidence precision and British eccentricity Penhaligon s the quintessential British fragrance house with a heritage spanning over 150 years proudly unveils The Cut a daring new chapter in the British Tales collec...
Speed Read The 2026 Ducati Multistrada V4 Rally And More

Speed Read The 2026 Ducati Multistrada V4 Rally And More

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 287 hits
This weekend we look at four escape vehicles to suit riders of all proclivities The mile munching Ducati Multistrada V4 Rally leads the charge followed by the new Husqvarna TE 300 Pro and FE 350 Pro enduro bikes A custom Husqvarna Svartpile...
Samsung Expands Its Tablet Lineup With The Launch Of Galaxy Tab A11 In Malaysia

Samsung Expands Its Tablet Lineup With The Launch Of Galaxy Tab A11 In Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 260 hits
An affordable feature packed tablet designed to fit every part of your daily life Samsung Electronics today officially announced the arrival of the Samsung Galaxy Tab A11 in Malaysia a tablet that brings together lightweight portability pow...
Design Of The Future How Modern Technologies Are Changing The Profession And Why Designers Should Embrace Ai

Design Of The Future How Modern Technologies Are Changing The Profession And Why Designers Should Embrace Ai

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 169 hits
Artificial intelligence and virtual technologies have already revolutionized interior design In this exclusive interview Olena Prykhodko founder of Kebeta Design studios in Ukraine and the U S shares how AI VR 360 and 3D visualization are r...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantyhose Newsbreak 2025 Part One

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return