Asb Vs Emas Mana Lebih Menguntungkan




Entri kali ini saya kongsikan salah satu soalan yang pernah ditanya oleh prospek suatu masa dahulu serta jawapannya.  
Cara jawab pun berubah seiringi dengan peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan pengalaman diri. Adakah ini satu penanda kematangan?  
Soalan: Antara ASB dengan Emas, mana lebih menguntungkan?

Jawapan:  
1. Suatu Ketika Dahulu... (Semasa Tahun 1 Menjadi Dealer Public Gold)  
Adalah tidak adil membanding dua instrument kewangan yang berbeza dari segi fungsi dan cara menjana keuntungan. Ibarat membandingkan antara epal dengan oren.  
Keuntungan dalam ASB adalah dalam berbentuk dividen yang hanya diperolehi sekali dalam tempoh setahun. Keuntungan dari dividen ini akan bertukar menjadi modal bagi menjana lebih dividen walaupun nilai modal tak berubah. Peningkatan jumlah modal akan membantu menjana keuntungan yang lebih dalam bentuk dividen. Inilah yang dikata kesan 'Compound Effect'.  
Keuntungan dalam Emas adalah berkaitan dengan peningkatan nilai modal (harga segram). Lagi lama labur, lagi menguntungkan. Lagi banyak jumlahnya, lagi tinggi untungnya.  
Keuntungan dari Emas tak tetap waktunya bergantung kepada pergerakan harga. Mungkin ambil masa yang lebih pendek atau panjang dari ASB.  
Dari segi pulangan keuntungan (ROI) antara Emas dan ASB. Didapati Emas jauh lebih tinggi keuntungannya berbanding dengan ASB tidak kira dalam tempoh singkat atau pun panjang. Kita tidak boleh kawal keuntungan ASB, tapi kita boleh kawal keuntungan dalam Emas (dari segi jumlah gram).  
Nak menjana keuntungan maksimum dengan ASB, kita kena amalkan konsep simpan secara konsisten dan lupakan simpanan tersebut.  
Nak menjana keuntungan maksimum dengan Emas, kita kena amalkan konsep beli secara konsisten dan lupakan simpanan tersebut. Sentiasa pantau harga semasa supaya kita boleh tahu bila masa untuk beli emas, bila masa untuk borong emas.  
Jadi Saya Pilih Emas.  
Catatan Tambahan: Tanpa skrip memang tak sempatlah nak jawap sebegitu panjang. Biasanya perenggan pertama sahaja sempat ditulis sebelum kena cantas oleh prospek.  
Hendak nilai pelaburan itu mudah sahaja walaupun instrumen kewangan yang berbeza. Tengok pada pulangan dalam pelaburan (ROI) dalam tempoh tertentu. Itu sahaja.  
 
2. Beberapa Tahun Dahulu... (Selepas Beberapa Tahun Menjadi Dealer Public Gold)  
Dari segi pulangan dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih untung dari ASB tidak kira bagi tempoh masa yang pendek atau panjang. Dengan syarat tidak membuat kesilapan semasa dalam proses membeli emas.  
Pelaburan dalam ASB ini mudah sahaja. Hanya simpan wang dalam bentuk unit dan tunggu sehingga setahun untuk mendapatkan keuntungan. ASB pelaburan berisiko rendah tetapi memberi pulangan yang memuaskan.  
Pelaburan dalam Emas ini jauh lebih rumit kerana ia bergantung beberapa faktor. Keuntungan emas ditentukan saat mula beli emas bukan pada ketika jual semula.  
Oleh itu, ketahui cara yang betul dalam memilih jenama emas. Emas yang sama tetapi berbeza jenama membawa keuntungan yang berbeza dari segi tempoh dan jumlah. Emas juga pelaburan risiko rendah yang memberi pulangan yang memuaskan.  
Jadi Saya Pilih Emas.  
Entri Berkaitan: Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas

3. Terkini... (Tahun Keempat Menjadi Dealer Public Gold)  
Dari segi pulangan dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih menuntungkan dari ASB tidak kira bagi tempoh masa yang pendek atau panjang terutama dalam krisis ekonomi. Dengan syarat tidak membuat kesilapan semasa proses membeli.  
Mulakan dengan ilmu terlebih dahulu sebelum mula melabur dalam emas. Kerana pelaburan emas ini jauh lebih rumit dari ASB sekiranya ingin memaksimukan keuntungan.  
Ketika Mengumpul Kekayaan, Saya Pilih Emas. Ketika Ingin Menikmati Kekayaan, Saya Pilih ASB.  
Kumpul kekayaan dengan emas. Setelah cukup gramnya (mengikut matlamat), saya jual semuanya dan simpan wang tersebut ke dalam ASB untuk menjana dividen bagi kegunaan harian (setahun kemudian).  
Ibarat anda memiliki sebuah ladang yang ditanam dengan pokok balak (emas). Cukup tempoh, maka potonganlah semuanya untuk mendapatkan kembali modal serta keuntungan.  
Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli ladang epal. Setiap tahun dapat menikmati buahnya (dividen) tanpa perlu korbankan pokoknya (modal asal).  
Catatan Tambahan: Agak-agak mudah orang nak fahami penjelasan yang diberi? Mungkin kena jawapan seringkas yang boleh. Ini dikira versi panjang. Hanya sebahagian kecil saja yang rajin baca jawapan ini sehingga di ayat terakhir.  
 
4. Di Masa Hadapan... (Master Dealer Public Gold)  
Emas lebih menguntungkan dari segi pulangan pelaburan (ROI) berbanding Emas. Dengan syarat tak buat kesilapan ketika memilih jenama emas.  
Saya cadangkan beli emas Public Gold. Bukan sahaja dapat emas yang berkualiti bahkan dapat sistem yang terbaik secara percuma.  
Kumpul kekayaan bersama Emas. Nikmati kekayaan bersama ASB. Sekiranya anda ingin bersara dengan selesa dan tenang.  
Entri Berkaitan: 6 Sebab Kenapa Saya Memilih Produk Public Gold

Yang menulis,  
Mohd Faiz bin Abdul Manan Dealer Public Gold



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2021/07/asb-vs-emas-mana-lebih-menguntungkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Schema Markup Blog Blogposting Vs Newsarticle Mana Lebih Baik

Schema Markup Blog Blogposting Vs Newsarticle Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 275 hits
Sebelumnya CB sudah beberapa kali posting tentang Schema Markup untuk blog ini Di antaranya Cara Pasang Schema di Blogger dan Schema untuk Blog Berita Ada juga tentang cara mengatasi Error di Structured Data Testing Tools Google Kali ini CB...
Simak Perbedaan Kartu Atm Berbasis Magnetic Dengan Chip Mana Yang Lebih Aman

Simak Perbedaan Kartu Atm Berbasis Magnetic Dengan Chip Mana Yang Lebih Aman

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 292 hits
Kartu ATM magnetic stripe menyimpan data nomor kartu expiry date nama nasabah dan lainnya disimpan pada magnetic stripe
Antara Sinovac Dan Pfizer Yang Mana Lebih Baik

Antara Sinovac Dan Pfizer Yang Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 804 hits
Vaksin COVID 19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID 19 Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID 19 yang lebih t...
Warga Emas Edar Lebih 20kg Daun Ketum Diberkas Di Beaufort

Warga Emas Edar Lebih 20kg Daun Ketum Diberkas Di Beaufort

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 313 hits
Warga emas terbabit ditahan dan dibawa ke IPD Beaufort bersama barang rampasan untuk tindakan selanjutnya BEAUFORT Seorang lelaki warga emas diberkas selepas didapati membawa 24 8 kilogram daun ketum di Kilometer 8 Jalan Beaufort Membakut d...
Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com July 17 2021 11 45 PMAhli Parlimen Kapar Abdullah Sani berkata perubahan tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita PETALING JAYA Pertukaran tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dila...
Hiburan Trofi Ffm25 Berjaya Dijual Dengan Harga Rm10k Syafie Naswip Syukur Dapat Bantu Lebih Ramai Insan

Hiburan Trofi Ffm25 Berjaya Dijual Dengan Harga Rm10k Syafie Naswip Syukur Dapat Bantu Lebih Ramai Insan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 316 hits
Pelakon berbakat Syafie Naswip dilaporkan telah berjaya menjual trofi kemenangan yang diperolehnya ketika Festival Filem Malaysia ke 25 kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10 000 BACA AdvertisementJelas Syaf...
Lebih Mulia Jika Pas Akui Kerajaan Pn Telah Gagal

Lebih Mulia Jika Pas Akui Kerajaan Pn Telah Gagal

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 288 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Dr Najihatussalehah Ahmad baru baru ini yang cuba menyalahkan rakyat kerana gagal membantu Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 adalah tidak bertanggungjawab Menurut Ahli M...
Sokong Benderaputih Mrca Dan Dsam Bergabung Untuk Membantu Lebih 8000 Keluarga

Sokong Benderaputih Mrca Dan Dsam Bergabung Untuk Membantu Lebih 8000 Keluarga

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 384 hits
Sebagai tindak balas kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam tempoh PKP yang berterusan manakala Persatuan Rantai Runcit Malaysia dan Persatuan Jualan Langsung Malaysia telah berganding bahu untuk mengumpulkan dana kecemasan untuk membeli ...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


People First Lsh Capital Vows No Job Cuts In Kl Tower Takeover Focuses On Staff Welfare

Nothing Grows Forever

Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil