Lebih Mulia Jika Pas Akui Kerajaan Pn Telah Gagal



Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad baru-baru ini yang cuba menyalahkan rakyat kerana gagal membantu Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 adalah tidak bertanggungjawab.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, kenyataan Najihatussalehah itu seolah-olah memperkecilkan pengorbanan rakyat yang selama ini mematuhi setiap peraturan yang dikenakan kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga 3.0 bagi melandaikan keluk jangkitan Covid 19, biar pun tidak menunjukkan sebarang hasil.
“PKP 1.0 – 3.0 menyaksikan rakyat mematuhi setiap peraturan yang dikenakan walaupun mereka resah dengan peraturan yang tidak menentu dan sering berubah-ubah.
“Hampir dua tahun tidak bersemuka dengan yang tersayang, premis ditutup kerana dikategorikan perniagaan yang tidak essensial, berdepan masalah penjagaan anak-anak kerana pusat penjagaan dan sekolah ditutup, sehingga ada yang sanggup menjadi gelandangan kerana tidak mampu lagi menampung sewa rumah dan macam-macam lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Dr Zaliha, sebelum menyalahkan rakyat pemimpin Pas yang berada dalam kerajaan PN perlu bermuhasabah. Adakah semua keputusan dan dasar yang menyebabkan jangkitan Covid 19 berleluasa itu dibuat oleh rakyat atau pun kerajaan?
“Keputusan rakyatkah apabila Pilihanraya Negeri Sabah diadakan? Keputusan rakyatkah apabila kilang-kilang masih beroperasi walaupun PKPD diumumkan dan dilaksanakan? Keputusan rakyatkah apabila pembelian vaksin terlalu banyak protokol?
“Keputusan rakyatkah bila negara masih lembab dalam pemberian vaksin kepada penerima?
“Trending #kerajaangagal itu adalah luahan hati rakyat yang telah satu tahun tujuh bulan berhadapan dengan pelbagai masalah kehidupan serta berdepan dengan ekosistem kehidupan bercelaru. Mereka hilang punca pendapatan, hilang pekerjaan dan mata pencarian, hingga terpaksa meminta ehsan dan pertolongan orang lain dengan mengangkat bendera putih, seperti yang semua maklum,” ujar Zaliha.
Menurut Pengerusi Biro Dasar, Strategi dan Latihan, Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu lagi, rentetan dari dasar kerajaan yang separuh masak hari ini rakyat dibebani hutang bertimbun tambah, manakala banyak perniagaan dan perusahaan terpaksa gulung tikar.
“Ini bukan cakap kosong tapi penemuan dari pelbagai kajian termasuk kajian oleh Institut Penyelidikan dan pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaya Kelantan (UMK), mendapati hampir semua responden yang bekerja sendiri hilang punca pendapatan.
“Mereka menyatakan wang simpanan pula susut sebanyak 65%, peningkatan kos utiliti pula sebanyak 37.3% dan peningkatan hutang sebanyak 27.2% (Berita Harian Online 22hb Mei 2021).
“Tahukah pemimpin Pas kesihatan mental rakyat semakin parah? Hari-hari kita dihidangkan berita kejadian membunuh diri. Talian psikososial kerajaan dan NGO menerima ratusan ribu panggilan dan ia bukan panggilan palsu tetapi meminta tolong, luahan perasaan, kesengsaraan mental dan emosi, panggilan akibat didera pasangan dan pelbagai lagi
“Lebih parah apabila kerajaan yang sama-sama diterajui Pas ini memperlekehkan sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan yang menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.
“Membiarkan Dewan tidak bersidang lebih dari enam bulan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka menolak untuk berbincang dan berbahas tentang masalah rakyat dan negara di Parlimen dengan pelbagai alasan dan ironinya sehingga mengenakan Ordinan Darurat untuk membenarkan tindakan menggantung Parlimen dan rakyat masih bersabar,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Zaliha berharap pemimpin Pas turun padang untuk menyaksikan sendiri penderitaan rakyat dan jangan bercakap seperti orang yang duduk di atas kahyangan.
“Sebagai orang yang dikelilingi para ulama, hadis dan al Quran sentiasa meniti dibibir, lihatlah kembali sejarah Rasul dan para sahabat. Telaah kembali bagaimana Umar Abdul Aziz turun ke bawah mencari rakyat yang susah, merasa tersangat bersalah apabila ada rakyatnya tidak makan dan memikul sendiri gandum dari gudang kerajaan untuk diberikan kepada keluarga miskin
“Anologinya seperti orang yang sakit, mengakulah bila kita tidak sihat dan ambil ubat untuk mengubatinya, barulah betul. Jangan terus berada dalam “denial syndrome” dan membiarkan diri terus musnah. Dan lebih dahsyat apabila sikap itu juga memusnahkan
orang lain,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32595

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 261 hits
The text is taken from here Also reported here https negaramerdeka com bukan kerajaan sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan muslimat pas Cukup cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah olah kerajan gagal tetapi pada masa yang s...
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 336 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 304 hits
Yes kalau nak cerita Failed State or Kerajaan Gagal the UK is more qualified than Malaysia to be called one Hence if the UK is not a Failed State or Kerajaan Gagal how can Malaysia be one NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Malaysia is a F...
Betul Ke Kerajaan Tak Gagal

Betul Ke Kerajaan Tak Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 278 hits
Kalau di compare dengan dengan Najib Mahathir BN dan PH Kena tanya rakyat bukan penyokong Persepsi kerajaan gagal ini sudah melekat sukar nak tepis Mahathir 22 bulan failed Najib skandal Anwar terpalit kes liwat zahid korup Azmin semburit l...
Apa Lah Masaalah Kerajaan Gagal Ini Nak Tamatkan Kontrak Diketika Pandemik Gagal Dikawal

Apa Lah Masaalah Kerajaan Gagal Ini Nak Tamatkan Kontrak Diketika Pandemik Gagal Dikawal

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 291 hits
NOOR AZIMAH RAZALIMasa kes covid 19 tinggi Kerajaan nak tamatkan kontrak doktor Apa masalah ni Pecat je menteri yang makan gaji buta tu
On The Lips Of Many But Kerajaan Gagal Won T Matter Says Analyst

On The Lips Of Many But Kerajaan Gagal Won T Matter Says Analyst

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 362 hits
A Kerajaan Gagal protest held in Batu Pahat Johor in May PETALING JAYA The KerajaanGagal hashtag first emerged on social media as a frustrated response to the rise in Covid 19 cases during the Emergency but has become a war cry for governme...
Apa Maksud Kerajaan Gagal

Apa Maksud Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 325 hits
Kerajaan gagal bukan sahaja dari segi vaksin tetapi dari pelbagai sudut lain Darurat PKP setengah masak PKP tutup pintu depan buka pintu belakang Tiada persidangan Parlimen Lambat membuat KEPUTUSAN I sinar moratorium Harga vaksin tinggi Lam...
Kalau Bukan Kerajaan Gagal Apa Lagi Namanya

Kalau Bukan Kerajaan Gagal Apa Lagi Namanya

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 215 hits
Kata Mahiaddin Md Yasin jangan peduli dan terpedaya dengan kempen kerajaan gagal Menurut beliau kerajaan tidak gagal dan terus berfungsi dengan baik malah data bantuan untuk rakyat sentiasa ada di setiap kementerian Untuk itu tambahnya lagi...
Himpunan Kerajaan Gagal Di Dataran Merdeka Polis Keluarkan Kompaun

Himpunan Kerajaan Gagal Di Dataran Merdeka Polis Keluarkan Kompaun

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 418 hits
Himpunan Kerajaan Gagal di Dataran Merdeka polis keluarkan kompaun Polis akan memanggil tiga individu yang juga penganjur berhubung perhimpunan membabitkan 20 individu di Dataran Merdeka petang tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Kom...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches