Asam Pedas Ayam Lada Hitam Geng Nya Di Hari Ke 4 Pkpb 2 0
Assalamualaikum...
RINDU betul nak makan nasi berlaukkan Asam Pedas Ayam Masakan sendiri. Kalau ikutkan orang Johor masak asam pedas, wajib ada daun kesom tapi memang dah tak ada menanam pokok kesom dan malas pulak nak mencari daun kesom di kedai, Sk hanya memasukkan daun limau purut. Bagi menambah aroma Johorean, Sk tambahkan lada hitam yang ditumbuk kasar serta yang masih berbiji, berasap betul asam pedas bonda, kata Iman, hehehe
Ada yang merajuk kalau tidak digorengkan ayam nanti. Tapi yang geram, bila ada ayam goreng, ayam gulai pula tidak dimakan. Sk jer la yang syok sendiri makan dua keping ayam dari gulai asam pedas. Sk sejak kecik memang tak diajar makan ayam goreng. Kalau jumpa pun bila pergi kenduri tahlil atau doa selamat, itupun dapatlah secubit dua sebab katanya budak-budak tak bagus makan ayam banyak-banyak. Sebab tu samapai tua ni pun Sk lebih suka ayam yang dimasak gulai, tapi kalau dah ada depan mata, kita balun juga, hihi
Memang masa ke kedai hari tu, Sk beli seketul kubis kecil, jadi hari-hari bersayur kubislah kita. Ini pun setiap kali dimasak, cuma masak suku aje dan SK jugaklah yang syok menambah-nambah sayur masa makan. Sk adik beradik memang jenis pemakan sayur. Kalau masak sayur harus sebeban tapi tulah pelik, kuat makan sayur dan besar pulak badan masing-masing. No wonderlah lembu makan rumput jer pun bukan main tebal lemaknya kan, hahahaha
Pelengkap geng asam pedas, tentulah telur dadar. Kalau dalam family Sk dulu, goreng telur dadar mesti ada hirisan lada merah dan bawang tapi untuk dua beranak ni takyah membazir sebab hanya telurnya yang dimakan. Takkan Sk aje nak jadi tukang perabih bawang dan lada, hahaha. Sk ni pulak, dalam pemikiran setiap benda yang dimasak tu ada khasiat. Contohnya, dalam cili merah tu.. banyak vitamin C tau dan juga megandungi antioksidan yang boleh mencegah pelbagai penyakit. Ni, semua tu susun kat tepi pinggan, kalau dengan ibu Sk memang tak berani laaa kitorang susun bawang dengan cili tepi pinggan, semua kena kasi licin, hahahaha
Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam
Setengah ekor ayam (potong kecil atau ikut citarasa)2 batang serai diketuk1" halia hiris 1/2" lengkuas hiris2 senduk cili kering yang dikisar bersama bawangMinyak untuk menumis1 sudu asam jawa adabi + 1/2 cawan air (kacau rata)Garam secukup rasaDaun limau purut2 sudu lada hitam ditumbuk kasar1/2 sudu lada hitam biji
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama serai, halia dan lengkuas
2. Tumis bahan tersebut hingga pecah minyak, tambah air jika perlu dan tumis lagi hingga cantik tumisan, tambah air sedikit-sedikit secukupnya
3. Masukkan ayam, masak ayam hingga empuk dan lembut barulah masukkan air asam jawa, daun limau purut, lada hitam dan garam
4. Renihkan sebentar dan bolehlah ditutup apinya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/asam-pedas-ayam-lada-hitam-geng-nya-di.html