Asam Pedas Melaka Original Mak Haryati




Sebelum kita sentuh bab resepi, meh kita saling ingat mengingati bab kehidupan kita yang kekal abadi. Bukan di dunia tapi di akhirat. Jadi kita kena perbanyakkan bekalan untuk di bawa di sana. 
Yang paling mudah ialah berzikir. Tak perlu usaha yang lebih seperti solat, puasa sunat atau bersedekah. Macam macam cara boleh berzikir. Jika tidak di mulut, boleh berzikir di dalam hati. Yang penting sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. 
Saya kongsikan petikan tazkirah Ustaz Wadi Anuar berkenaan basahi lidahmu dengan Zikrullah. Sebut nama Allah. Kenapa Nabi Muhamad SAW menyuruh kita sentiasa berzikir pada Allah. Ia selau memperingatkan kita pada Allah, ia akan mendekatkan kita pada Allah. 
Nabi ajar satu zikir selepas baginda menyebut wahai Muaz aku menyayangi kamu. Zikir yang diajar baginda ialah "Allahumma a’inni ala zikrika, wa shukrika, wa husni ‘ibaadatik." “Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad). 
Zikir ini ialah wasiat Rasulullah sambil memegang tangan Muaz baginda berpesan supaya jangan sesekali meninggalkan zikir ini. Seorang Muslim yang dapat 3 benda ini, berbahagia lah dia di dunia dan akhirat. Ini antara sunnah Nabi yang boleh bawa kita ke syurga. 
Kita tahu sesuatu amalan yang memberi pahala yang besar. Contoh ialah pahala yang sangat besar buat seorang lelaki yang solat berjemaah di masjid. Tapi apa yang menghalang untuk kita melakukan ibadah tersebut. Setiap kali melakukan kebaikan pada Allah dan ibadah pada Allah dan melakukan sunnah adalah kerana ia mendapat hidayah Allah. 
Siapa yang menjentik hati kita untuk ingat melakukan sesuatu dengan nama Allah. Untuk meringankan anggota badan kita untuk melakukan ibadah pada Allah. Jawapannya ialah Allah. Jadi kena kita mohon dengan Allah bantu untuk kita sentiasa mengingati Nya, untuk sentiasa mensyukuri Nya dan bantulah aku untuk sentiasa perbaikkan ibadah ku pada Mu. Bila Allah sentiasa memandang dan memilih kita untuk melakukan kebaikan, 24 jam kita akan mengingati Allah. 
Baca kisah Nabi Yunus yang terlepas dari perut ikan kerana berzikir pada Allah. Diceritakan seperti dalam al-Quran mengenai kisah ini, di mana Nabi Yunus diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk berdakwah kepada kaumnya. Kaum Baginda sangat ingkar dan enggan beriman kepada Allah, sehingga membuatkan Nabi Yunus berasa amat marah kepada mereka dan membuat keputusan untuk meninggalkan kaumnya. 
Baginda seterusnya menumpang di atas sebuah kapal yang berlayar. Pada suatu ketika, di saat kapal hampir karam akibat laut bergelora, anak-anak kapal terpaksa mengambil keputusan untuk membuang banyak peralatan kapal termasuk penumpang untuk mengelakkan kapal karam. Atas hikmah Allah untuk memberi pengajaran, ketika sesi cabutan undi untuk menentukan siapa yang perlu terjun dari kapal tersebut, nama Nabi Yunus A.S. yang muncul sebagai orang yang perlu terjun dari kapal.
Maka, Baginda pun terjun dari kapal hingga akhirnya ditakdirkan pula oleh Allah S.W.T. Baginda ditelan oleh seekor ikan nun yang besar. Ketika tersedar, Baginda sudah pun berada dalam perut ikan, dan ikan tersebut membawanya jauh ke dasar lautan membelah kegelapan malam. Maka, ketika itu Nabi Yunus berasa amat takut kerana berada dalam kegelapan di dalam perut ikan sehingga Baginda mula menangis.
Setelah itu, Baginda mula bertasbih dan berzikir kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan tidak berhenti sehinggakan tidak makan, tidak minum dan tidak bergerak. Baginda hanya berpuasa, dan hanya berbuka puasa dengan bertasbih. Ketika inilah Nabi Yunus A.S. membaca zikir di atas, dan beliau benar-benar bertaubat kepada Allah S.W.T. serta menangis tanpa henti.
Ketika berada dalam perut ikan tersebut dalam keadaan gelap gelita, sakit dan tersepit tapi tetapi mulut dan hati Nabi Yunus tidak berhenti berzikir pada Allah sepanjang masa. Ia juga dikenali sebagai doa Nabi Yunus, iaitu "Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”. 
Akhirnya Allah mengampunkan Nabi Yunus dan mengarahkan ikan memuntahkan Nabi Yunus. Allah S.W.T. berfirman yang antara lain bermaksud "Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit". Inilah pengajarannya kelebihan bila kita berzikir dan mengingati Allah. 
Kedua, Wa Syukirika, bantulah kami untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Allah. Susahkah untuk kita menyebut Alhamdulillah bila diberi satu nikmat. Adakah kita bersyukur pada Allah dengan kemewahan yang diberikan dengan menyebut Bismillah dan Alhamdulillah. Kenapa susah? Jawapannya kerana kita tidak dipilih oleh Allah. Jadi kena banyak doa untuk Allah bantu kita supaya sentiasa mensyukuri nikmat Allah. 
Untuk ikat nikmat yang Allah dah bagi supaya tak lari dari kehidupan kita ialah dengan perbanyakkan ucapan Alhamdulillah. Inilah kuncinya. Alhamdulillah adalah pengikat segala nikmat yang Allah berikan. Dapat rumah selesa, sebut Alhamdulillah. Sentiasa berterima kasih pada Allah. Inilah orang yang cerdik kerana Allah berjanji sesiapa bersyukur, Aku tambah. 
Ketiga, Wa Husni Ibaadatik. Ya Allah, bantulah aku untuk perelokkan ibadah ku. Badan jadi ringan untuk digerakkan kaki ke rumah Allah. Dalam bukan Ramadhan, Allah permudahkan untuk kita beribadah pada bulan Ramadhan. Cuma kita doa. Mesti perbanyakkan berdoa. Allah suka manusia yang banyak permintaannya kepada Allah. OK cukup setakat ini dahulu, jom kita masuk pula bab masakan.

Hari ini saya memasak asam pedas Melaka yang original ikut zaman zaman dulu. Saya belajar dengan Haryati, sahabat saya zaman universiti dulu. Kata Yati, dia suka asam pedas yang dimasak oleh Bonda beliau sahaja. Versi yang simple tapi sedap. 
Saya dengan Yati memang geng semasa tinggal di Kolej Ketiga. Setiap kali balik dari kampung, beliau akan bawa macam macam lauk pauk yang sedap sedap. Antara yang sangat saya ingat ialah sambal ikan bilis yang kami cicah dengan roti. 
Zaman sekarang, di Melaka pun terdapat pelbagai jenis asam pedas yang telah diubahsuai. Ada yang masukkan belacan, ada yang masukkan halba, ada yang masukkan rempah. Sayuran pula ada yang masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kalau yang original, tak letak serai dan daun limau purut pun tak apa. 
Saya memang penggemar asam pedas dan lebih lebih lagi dimasak menggunakan ikan jenahak yang segar. Baru terasa kemanisan ikan tu. Saya tidak memasak semua 1 ekor ikan jenahak kerana rasa macam banyak lah pula. Baki lagi 2 keping, boleh digunakan untuk masakan lain pula macam ikan jenahak goreng berlado ke.  
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Asam Pedas Ikan JenahakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:¾ ekor ikan jenahak3 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang putih - ketuk pecah50 gram asam jawa - bancuh dengan 150 ml air1 sudu kecil garam kasar400 ml air1 batang serai/2 helai daun limau purut10 batang kacang bendi ½ cawan minyak 
Bahan tumbuk:8 biji bawang merah 1 inci kunyit hidup2-3 biji buah keras
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Masukkan juga daun limau purut.

Setelah garing, masukkan air asam jawa dan sedikit garam. Masukkan sedikit dulu air. 
Setelah mendidih, masukkan ikan. Boleh tambah air sehingga kuah menutupi ikan. 
Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Biarkan dalam 10 minit, bolehlah ditutup api. 

Nota: Kalau daging, letak halia. Jika suka, boleh juga letak 1 sudu kecil halba.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/11/asam-pedas-melaka-original-mak-haryati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple

Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 427 hits
Assalamualaikum semua Harini mama nak share Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple yang mama buat dah beberapa bulan lepas Tersangkut dalam draft gambar asam pedas mama ni Korang suka tak makan asam pedas ayam Selain dari ikan ayam da...
Resepi Singgang Masak Asam Pedas Cara Kampung Dan Sesuai Untuk Yang Sedang Pantang

Resepi Singgang Masak Asam Pedas Cara Kampung Dan Sesuai Untuk Yang Sedang Pantang

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 353 hits
Singgang masak asam bagi orang kampung ia sudah cukup memadai untuk disatukan bersama nasi putih namun lauk yang sesuai adalah ikan kembung Selit pula dengan ulam lepas tu cicah budu atau tempoyak memang menambah nasi la korang Artikel ini ...
Asam Pedas Ayam Lada Hitam Geng Nya Di Hari Ke 4 Pkpb 2 0

Asam Pedas Ayam Lada Hitam Geng Nya Di Hari Ke 4 Pkpb 2 0

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 523 hits
Assalamualaikum RINDU betul nak makan nasi berlaukkan Asam Pedas Ayam Masakan sendiri Kalau ikutkan orang Johor masak asam pedas wajib ada daun kesom tapi memang dah tak ada menanam pokok kesom dan malas pulak nak mencari daun kesom di keda...
Mak Oi Backdated Dari Januari

Mak Oi Backdated Dari Januari

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 181 hits
Mak Oi Backdated dari Januari Beliau juga ada menyebut penyelarasan itu bermula Januari tahun ini Ini bermakna Ahli Mesyuarat Kerajaan dan Adun bakal memperolehi kenaikan gaji sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Menteri Besar dan Timbalan Mente...
Mak Aiii Macam Kedarah Duit Laju Bebenor

Mak Aiii Macam Kedarah Duit Laju Bebenor

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 266 hits
RINA HAMZAHKENAPA KERAjaan PN terpaksa bazirkan RM2 6 juta semata mata nak pantau skodeng 3 negeri pembangkang sahaja Kenapa tidak pantau keseluruhan negeri LEPAS TU MINTAK LAGI RM8 5 JUTA Guna duit rakyat untuk kepentingan diri dan parti s...
Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 388 hits
Anak anak yang manja biasanya adalah paling sukar untuk anda minta pertolongan darinya sehingga kena tinggikan suara Namun kalau nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal Jadi bagaimana ca...
Mak Dalam Tempoh Iddah Biar Kakak Ganti Kerja Gadis Tingkatan 5 Jadi Cleaner Sara Keluarga

Mak Dalam Tempoh Iddah Biar Kakak Ganti Kerja Gadis Tingkatan 5 Jadi Cleaner Sara Keluarga

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 315 hits
Penularan pandemik Covid 19 turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara Bahkan seperti semua sedia maklum ramai ada diantara kita telah hilang pekerjaan dan dipotong gaji oleh majikan Pelajar tingkatan 5 jadi cleaner untuk sara k...
Kisah Joe Biden Dan Mak Mertua Beliau

Kisah Joe Biden Dan Mak Mertua Beliau

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 620 hits
Joe Biden Mak Mertua 1st time Biden jumpa bakal mak mertua tahun 1966 Bakal mak mertua dia tanya Nak kerja apa nak tanggung anak aku ni Biden jawab Saya nak jadi presiden US Tersedak makcik tu Tapi dia bagi jugakla anak dia kawin dengan Bid...
Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 273 hits
Perasan tak bila anak mula buat drama kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah Selalu mak ayah akan tanya nak be...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba