Artwork Teknik Pointillism Menggunakan Oil Pastels
POINTILLISM MENGGUNAKAN OIL PASTELS
Hi, entri kali ini UA nak berkongsi serba sedikit tentang artwork yang UA hasilkan pada bulan lepas, Cactus yang UA hasilkan menggunakan medium oil pastels. Oil pastels merupakan salah satu medium paling mudah digunakan untuk menghasilkan artwork kerana berbentuk stick. Oil pastel ini merupakan antara medium paling menjimatkan kos dan sesuai untuk kanak-kanak juga.
UA pelajari teknik menggunakan oil pastel ini waktu zaman belajar dulu masa itu part 2 di dalam subjek drawing. Masa itu ada dua teknik yang diajar tapi UA memilih teknik pointillism untuk assignments waktu itu. Sebenarnya ada banyak teknik menggunakan oil pastels ini. Kalau berminat boleh google, ada banyak info tentang teknik in oil pastels.
Pointillism ini merupakan antara teknik yang popular dan ada beberapa artist barat yang menggunakan teknik ini dalam menghasilkan oil painting. Antara yang paling popular adalah Georges Seurat. Antara karya Seaurat yang paling popular ialah Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)
Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)
Teknik pointillism ini sebenarnya memakan masa untuk menghasilkannya dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Walaupun memakan masa tapi menyeronokkan bagi UA sebab kita bermain dengan banyak warna untuk hasilkan ton pada artwork. Walaupun agak rumit untuk menghasilkan puluhan dot tapi hasil nya memang sangat menarik jika betul teknik yang digunakan. UA memang sukakan teknik ini. Waktu belajar dulu puas juga UA mengetuk siang malam tapi hasilnya memang buatkan UA sangat berpuas hati, sayangnya UA tak ada gambar artwork UA itu, kalau tak boleh share di sini.
TUTORIAL | Teknik pointillism menggunakan oil pastels
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Antara bahan yang diperlukan untuk hasilkan pointillism menggunakan oi pastel ini adalah
- Board
- masking tape
- Sugar Paper
- Oil pastels (UA guna brand buncho sbb mudah lekat pada kertas)
- cutter
CARA MENGHASILKAN POINTILLISM ARTWORK MENGGUNAKAN OIL PASTELS
1. Ukur dan gunting sugar paper mengikut saiz yang diingini. Saiz besar lebih baik sebab kalau kecil sangat agak sukar untuk menghasilkan dot apabila saiz oil pastel semakin mengecil. Saiz paling kecil paling elok adalah sebesar A4. Kalau telah sediakan frame, ukur kertas mengikut saiz frame agar artwork itu tidaklah terlebih atau terkurang pada frame,baru cantik.
2. Setelah itu lekatkan sugar paper pada board menggunakan masking tape. Board mestilah yang keras seperti playwood atau papan kek yang lebih dikenali sebagai MDF. Sebab kenapa kena keras? sebab untuk memudahkan proses dot atau dalam bahasa UA ketuk. hihi.
3. Setelah itu bolehlah pilih subjek apa yang ingin dilukis. dan lukis menggunakan pensel terlebih dahulu.
4. Selesai melukis boleh mulakan memilih warna yang paling sesuai dan mulakan menghasilkan dot secara berselerak terlebih dahulu. Campur dua warna berbeza untuk pastikan dot kelihatan dengan jelas.
5. Setelah dot memenuhi permukaan kertas sehingga tidak menampakkan warna sugar paper, bolehlah fokus pada ton dan detail subjek.
Mungkin ada yang rasa rumit sangat kan, tapi yang rumit tulah yang best pada UA. Jadi kalau ada yang betul-betul berminat,bolehlah mencuba ya! UA ada buat video pendek cara buat dot diinstagram,
bolehlah tengok di @ummulazkeearts. Kalau ada pula yang berminat tapi rasa tak mampu nak buat, bolehlah beli atau buat tempahan dari UA. Boleh lah deko rumah dengan artwork , mesti bertambah berseri rumah apabila kita hias rumah dengan lukisan selain dari gambar family kan? betul tak?
Jadi sampai sini saja bebelan UA buat kali ini, Nanti UA share lagi tentang oil painting artwork yang UA hasilkan bulan ini.Tunggu!!! Good nite. Assalammualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2017/02/artwork-teknik-pointillism-menggunakan.html