Art In The City Kuala Lumpur Sebagai Bandaraya Yang Kaya Seni Budaya



ART IN THE CITY: KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDARAYA YANG KAYA SENI BUDAYA



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Art In The City yang dianjurkan oleh CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) . Art in The City bertujuan untuk mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat mereka, sambil menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat.

Untuk pengetahuan semua pembaca setia Blog Along Murni,  Kempen ini menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan juga akar umbi  dimana karya mereka akan dipamerkan dengan jelas di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.


Art In The City adalah kempen yang dijalankan selama 6 bulan bagi mempamerkan 14 karya seni dari 13 pelukis ulung dan juga akar umbi untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang dikenali sebagai bandar budaya dan kreatif. Kempen ini berusaha untuk memastikan Kuala Lumpur dikenali sebagai hab budaya dan kreatif yang giat membangun.

Selain itu, Art in the City juga menampilkan pelbagai aktiviti yang dapat dinikmati oleh masyarakat tempatan termasuk lukisan mural, persembahan kebudayaan bulanan secara percuma dengan kerjasama PUSAKA, program mentor serantau dengan OUR ArtProjects, forum seni visual dengan RogueArt, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan yang dipanggil SHIFT.

Art in The City berhasrat untuk mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni di sekitar kota, menjanjikan sebuah pengalaman visual seni yang tidak dapat dilupakan, terutama bagi pencinta seni. Memang menakjubkan hasil karya seni yang dipamerkan. AM melihat hasil kreativiti pelukis yang begitu indah, menarik dan sangat unik.

Antara kegiatan strategik yang akan dijalankan bersempena kempen ini termasuklah lukisan mural, persembahan tradisional, forum seni visual untuk penggiat seni tempatan, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap dunia seni dan budaya tempatan. 

           
Satu gabungan kerjasama yang hebat AM rasakan apabila CENDANA, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 12 rakan kongsi lain telah bekerjasama untuk menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak ramai dengan mempamerkan dan mempromosikan hasil karya artis-artis tempatan sambil membuktikan betapa pentingnya seni dalam penentuan identiti negara kita. Hasil usaha ini diperkuatkan dengan gabungan sinergi bersama pihak awam dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On Hop-Off. Satu gabungan yang hebat bukan??



Majlis Pelancaran Rasmi Art In The City turut disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.  

"Saya teruja dengan kreativiti dan semangat semua pihak yang telah menjayakan Art In The City dimana kerjasama ini menghasilkan platform kepada artis tempatan kami untuk mempamerkan dan memperkenalkan bakat mereka ke dunia luar. Seni dan budaya memainkan peranan sebagai akar umbi dalam pembangunan sesuatu bandaraya dalam melahirkan identitinya yang tersendiri. Kejayaan sesebuah bandar bergantung kepada peghuninya dan idea yang dikongsi. Oleh itu, kerjasama bersama CENDANA untuk membangunkan Kuala Lumpur dengan Art in The City bukan sahaja dialu-alukan, maka saya juga turut gembira dengan hasil usahasama ini yang dapat melindungi hasil seni tempatan lalu menyediakan ruang penerokaan bagi anak-anak seni kita,” kata YB Khalid Abd Samad.

Sebenarnya Kempen ini telah bermula pada Januari 2018 dan artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia. Pada mulanya, lebih 1,000 hasil karya seni telah dikemukakan. Kemudian, ahli panel yang terdiri dari para akademik dan ahli seni dan kebudayaan telah memilih 30 hasil karya untuk memasuki senarai pendek bagi pengundian awam. Setelah proses pengundian awam dijalankan, Art In The City akan menampilkan 10 karya seni dari Suzi Chua, Brindha Kumar, Samantha Cheah (YueYue), Syamsul Addenno, Nor Aziela binti Ahmad, ART:TECH, Natasha Iman, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, dan Jing Chung. Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan 4 karya seni daripada artis legenda seperti Dato 'Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah.

"Selaras dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan,  Art In The City adalah peluang bagi kami untuk meningatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka. Pelaburan bersama kami dalam seni juga memberi peluang untuk mewujudkan permintaan untuk hasil seni tanahair; untuk mewujudkan aksesibiliti bagi orang ramai untuk menerokai dan menghargai seni tempatan dan juga untuk meningkatkan kualiti hasil kerja artis negara." kata Izan Satrina Mohd Sallehudin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA.

Antara pelukis karya-karya seni yang sempat AM 'capture' bersama hasil seni lukisan mereka adalah: 





KATA ALONG MURNI

PLATFORM YANG DISEDIAKAN OLEH CENDANA DALAM MENYOKONG INDUSTRI SENI TANAH AIR DAPAT MEMPERKENALKAN HASIL SENI NEGARA DI MATA DUNIA DI SAMPING MENGASAH DAN MENGGILAP HASIL SENI YANG BEGITU INDAH, MENARIK DAN UNIK. SYABAS AM UCAPKAN PADA CENDANA DAN SEMOGA SEMUA PIHAK TURUT SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA HASIL KARYA SENI ANAK TEMPATAN.  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alongmurni.blogspot.com/2018/11/art-in-city-kuala-lumpur-sebagai-bandaraya-yang-kaya-seni-budaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 535 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang yang meminati seni lukisan ini adalah peluang untuk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpu...
Art In The City Hasil Seni Dibawa Keluar Muzium

Art In The City Hasil Seni Dibawa Keluar Muzium

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 312 hits
Jika anda jenis suka tengok hasil seni tapi tiada masa atau tidak tau dimana untuk mencarinya anda hari ini hanya perlu menyesatkan diri anda di Kuala Lumpur kerana sebanyak 14 hasil seni daripada 13 orang anak seni tempatan Kementerian Wil...
Art In The City Membawakan Seni Kepada Masyarakat

Art In The City Membawakan Seni Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 322 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Art In The...
Pavilion Hotel Kuala Lumpur Is Looking For Specialone For One Year Complimentary Stays Worth Rm35 000

Pavilion Hotel Kuala Lumpur Is Looking For Specialone For One Year Complimentary Stays Worth Rm35 000

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 344 hits
Hello lovely readers Pavilion Hotel Kuala Lumpur managed by Banyan Tree will be opening its door to the guest this coming December The new hotel will feature 325 tastefully appointed rooms and suites filled with unique charm for the discern...
Makan Di Ojju Malaysia Nu Sentral Kuala Lumpur

Makan Di Ojju Malaysia Nu Sentral Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 2196 hits
MAKAN DI OJJU MALAYSIA NU SENTRAL KUALA LUMPUR Haritu aku dijemput untuk merasai keenakan ayam gulung cheese di Ojju K Food bertempat di NU Sentral Kuala Lumpur Ojju adalah sebuah restoran Korea dan menyediakan konsep fusion di dalam menu m...
Universiti Wakaf Pertama Bakal Dibina Di Kuala Lumpur

Universiti Wakaf Pertama Bakal Dibina Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama seumpamanya di negara ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata bagi merealisasikan hasrat itu dua kolej iaitu Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pus...
Usung Seni Dan Budaya Pasar Rakyat Hut Korpri Ke 47 Resmi Dirilis

Usung Seni Dan Budaya Pasar Rakyat Hut Korpri Ke 47 Resmi Dirilis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 222 hits
Dibuka Sabtu program ini langsung mendapatkan perhatian besar publik Mereka terlihat memadati venue Pasar Rakyat Apalagi expo ini menampilkan beragam layanan publik dari sejumlah kementerian dan lembaga
Himpunan Besar Besaran 8 12 2018 Tolak Icerd Akan Diadakan Di Kuala Lumpur

Himpunan Besar Besaran 8 12 2018 Tolak Icerd Akan Diadakan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 814 hits
PASIR SALAK 17 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak mencabar orang Melayu dengan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Menurutnya jika t...
9 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Kanak Kanak

9 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 581 hits
Cuti sekolah telah bermula dan pastinya perkara yang merungsingkan ibu bapa adalah kemana hendak dihabiskan masa cuti sekolah ini bersama anak anak Jika anda bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur kami cadangkan supaya anda masukkan 9 sena...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game