Makan Di Ojju Malaysia Nu Sentral Kuala Lumpur
MAKAN DI OJJU MALAYSIA NU SENTRAL KUALA LUMPUR - Haritu aku dijemput untuk merasai keenakan ayam gulung cheese di Ojju K-Food, bertempat di NU Sentral Kuala Lumpur. Ojju adalah sebuah restoran Korea dan menyediakan konsep fusion di dalam menu mereka.
Ojju K-Food di NU Sentral baru dibuka pada 14 Oktober 2018. Sebelumnya, restoran ini telah dibuka terlebih dahulu di Jakarta, Indonesia. Kalau korang nak tahu, Dolly Dimsum juga di bawah pemilik yang sama dengan Ojju K-Food, iaitu Asia Mex Concept.
Makanan di Ojju memang lain daripada makanan di restoran Korea yang lain. Kebanyakkan restoran makanan Korea menyediakan makanan Korea yang klasik, lain pula di Ojju. Makanan di Ojju berkonsepkan fusion, dan lebih moden. Kalau korang tak pandai makan makanan Korea Klasik, boleh cuba makan di Ojju sebab ianya melebihkan citarasa tempatan
Antara menu yang menarik perhatian aku adalah Birdy Burger, iaitu burger yang mempunyai ayam rangup, sos BBQ special dan hirisan kimchi. Juga The Triple B burger, yang mempunyai daging bulgogi dan hirisan kobis ungu
Memang buntang mata sikit aku dengan menu di Ojju sebab ianya lain dari yang lain. Aku sempat mencuba beberapa jenis makanan iaitu Chicken Rolling Cheese, Hot & Spicy Fried Chicken, Gyeran Jjim & Milo Sonata Bingsoo.
CHICKEN ROLLING CHEESE : Ayam goreng yang disalut dengan perasa yang istimewa, dan digulung dengan cheese. Untuk pengetahuan korang, dalam cheese tu ada cili jeruk dan jagung. Memang meletup-letup dalam mulut, sedapnya Ya Ampunnnn..
Selain ayam, mereka juga menyediakan Beef Ribs. Kalau nak cuba kelainan, ini menu yang harus korang cuba. Rasanya tak ada lagi kedai yang buat Beef Ribs Rolling Cheese ini, hanya di Ojju
Oh ya, untuk tidak membazir bahan-bahan lebihan hasil Chicken / Beef Ribs Rolling Cheese tu, mereka akan masak dengan nasi pula ya. Nasi dia pun memang sedaplah sebab ada butter dan seaweed di dalam. Hoiii ngencess pula sambil menaip ni
Photo Credit : Ojju Indo
HOT & SPICY FRIED CHICKEN : Aku paling suka menu ni sebab pedas. Pedas dia memang berair mata juga lah. Menu ini dihidangkan dengan kerepek ubi ungu yang manis. Sos dia manis-manis pedas. Memang layan sangat
GYERAN JJIM : Ini kegemaran tuan suami. Telur kukus yang memang fluffy sampai kau tak sedar kau dah habis makan. Tapi memang sedap sangat. Aku dapat rasa ada soy sauce didalam
MILO SONATA : Bagi penggemar milo, mesti sukakan dessert Bingsoo ini. Snow Ice memang sedap, tak manis. Dan manisnya datang daripada milo je. Kalau tak suka manis tapi suka milo, aku prefer Milo Sonata Bingsoo. Sebab aku tak kuat manis, tapi aku suka bingsoo ni
Aku faham, dikalangan kita orang Muslim, pasti mencari kedai makan Halalan Toyibban kan? Jujurnya, Ojju tidak mempunyai sijil halal dari Jakim, tetapi barang mentah yang digunakan adalah halal dan mempunyai sijil halal. Korang boleh minta untuk tengok sijil halal tu kalau rasa was-was
Kalau korang nak datang, make sure datang awal. Sebab masa aku datang waktu lunch, memang full house
~ RATING ~
Food 4.5 / 5.0 | Price 3.5 / 5.0 | Enviroment 4.5 / 5.0
OJJU K-FOOD NU SENTRALNo. L4.01 (03 & 04),
Level 4 NU Sentral Shopping Centre
No, 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/OjjuMalaysia
012-384 1008 (contact)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2018/11/makan-di-ojju-malaysia-nu-sentral-kuala-lumpur.html