Persembahan pembukaan oleh kumpulan dikir barat Arjuna Sukma
Art In The City bertujuan mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat anak seni tempatan sekaligus menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat. Ini kerana, mengikut statistik, betapa kurangnya masyarakat berkunjung ke muzium ataupun galeri seni. Oleh yang demikian, pihak mereka mengambil kesempatan ini dengan membawakan seni itu sendiri kepada masyarakat. Satu langkah yang saya rasa cukup bagus dan kreatif.
Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin, berkata pihaknya berharap Art In The City akan menjadi platform dalam membangunkan dan mempromosikan ekonomi budaya. Tambah beliau lagi, CENDANA berharap kempen yang berlangsung selama enam bulan itu akan mengetengahkan dan memperkukuhkan lagi dunia seni tempatan.
Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad. Menurut YB Menteri, sejajar dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan, Art In The City adalah peluang bagi mereka meningkatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka. YB Menteri juga berkesempatan untuk melawat sendiri pameran yang ada selain bertemu mesra dengan pelukis lukisan tersebut.
YB Menteri bersama pelukis lukisan.
Untuk kempen Art In The City ini, pihak CENDANA telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Balai Seni Negara, LETRONICS, KL Citywalk, Permodalan Nasional Bhd, Lot 10, Bursa Malaysia Bhd, Wisma Maran, Maybank Foundation The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Wariscan dan KL Hop-On Hop-Off bagi menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak sempena kempen berkenaan.



|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |