Ariani Layar Raya 2023 Untuk Seisi Keluarga


ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA | Assalammualaikum semua! Pada 14 Mac 2023, Ruby telah hadir ke pertunjukan fesyen ARIANI Layar Raya 2023 bertempat di KL Convention Centre. Dekorasi di luar dewan meriah dengan bunga-bunga indah. Apabila masuk ke dalam dewan, masyaAllah luas dan cantik. 
Penataan cahaya dan lagu yang dimainkan memberi getaran zaman 80-an. Terus perasaan Nostalgia menjelma. Ruby yang berada jauh dari pentas boleh menyaksikan semua koleksi menerusi skrin layar. Meriah

ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA

Seindah majlis anugerah berprestij apabila melihat di skrin secara langsung. Kesemua koleksi yang diperagakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penonton. Dari tudung ARIANI yang digayakan bersama busana serba putih. Tampak naik semua corak, warna dan kilauan batu pada tudung ARIANI

Seterusnya, koleksi telekung dari ARIANI sangat unik dengan kilauan batu dan penambahan kain net. Macam baju pengantin tu, tapi ia adalah sepasang telekung. Memang cantik. Nanti Ruby nak beli satu apabila ia mula berada di pasaran. Serius cantik

Semasa lagu Bonnie Tyler - Holding Out For A Hero mula diputar dan kami ternanti-nanti apakah koleksi yang bakal diperagakan. Rupa-rupanya koleksi ARYAN! Gempak betul semua model lelaki memperagakan Baju Melayu, Kurta. Terus auto kacak! 
Penampilan Peter Hugh Davis lengkap berbaju melayu, bersongkok dan  bersampin. Fuhhh lain macam pengenalan jenama ARYAN dari ARIANI. Definisi sorang lelaki sememangnya Real Fighter

Kemudian ARIANI RTW tampil untuk koleksi ARIANI MINI RTW yang menyasarkan kepada bayi dan kanak-kanak sehingga usia 10 tahun. Meriah dan ceria di saat kanak-kanak dari Aurora Dance Studio membuat persembahan dengan pakaian-pakaian Layar Raya ARIANI 2023. Boleh lah seisi keluarga tampil sedondon

ARIANI LAYAR RAYA 2023

ARIANI kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini. Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab

HOUSE OF ARIANI

Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023. Bangunan tersergam indah bersaiz keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai 4 aras ini menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung


BERAYA DI PAGI RAYA BERSAMA ARIANI
Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu Sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant. 

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak. 
ARIANI LUXE
Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. 
ARIANI LUXE ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen. ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. 
Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia

PAKAIAN LELAKI ARYAN
Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub-brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti. 

Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani

DATIN LISA SURIHANI DUTA ARIANI
Pertunjukan fesyen Layar Raya ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally


Berikut adalah nama pakaian ARIANI RTW yang digayakan oleh mereka

Datin Lisa Surihani - Ariani RTW Teana Baju Kurung Rapsberry SorbetRM 260.10 (Harga Asal: RM 289)
Bella Dally - Ariani RTW Erina Baju Kurung LimeadeRM 260.10 (Harga Asal: RM 289)
Uyaina Arshad - Ariani RTW Nara Baju Kurung Lime GreenRM 278.10 (Harga Asal: RM 309)
ARIANI READY-TO-WEAR (RTW)
ARIANI RTW menampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri


Bersesuaian dengan konsep ready-to wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. 

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini juga, ARIANI RTW turut memperkenalkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.
THE PREMIUM SERIES BY ARIANI RTW
Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini

PENTAS FESYEN ARIANI LAYAR RAYA 2023 MEGAH DISERIKAN DENGAN 800 TETAMU

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

Dapatkan pakaian raya anda di House of ARIANI, butik-butik ARIANI berdekatan atau secara dalam talian

www.arianionline.my | www.shopee.com.my/ariani.os

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/03/ariani-layar-raya-2023-untuk-seisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Kembali Dan Sebiji Kereta Mitsubishi Xpander Menanti Korang

Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Kembali Dan Sebiji Kereta Mitsubishi Xpander Menanti Korang

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 249 hits
Hi Korang Jenama beli belah terbesar negara Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Menariknya program yang bakal berlangsung pada 13 hing...
Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 354 hits
KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby telah ke Melawati Mall Ruby nampak satu pop up store yang menampilkan Baju Kebaya Pendek Tie Die macam ais krim Paddle Pop Sempat juga lah Ruby tanya harga berapa ni ...
Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 375 hits
COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE Assalammualaikum semua Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri Kali ini bukan sekada...
Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 303 hits
Pakej Photo Studio Raya 2023 di The Empire Studio Johor Bahru Dekorasi studio tahun berubah lagi uolls Lebih cantik ceria dan aesthetic Ada 4 The post appeared first on
Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah ramai pastinya ketika ini sedang berkira kira untuk mencari barangan dan produk untuk hari perayaan seperi kuih raya baju raya dan pelbagai lagi Ya...
Kekasih By The Melvins Lancar Set Edisi Raya 2023 Istimewa Bersama Pembayang Mata Baharu

Kekasih By The Melvins Lancar Set Edisi Raya 2023 Istimewa Bersama Pembayang Mata Baharu

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 260 hits
KEKASIH BY THE MELVINS LANCAR SET EDISI RAYA 2023 ISTIMEWA BERSAMA PEMBAYANG MATA BAHARU Assalammualaikum semua Pertama kali Ruby dapat melihat keempat empat adik beradik The Melvins di acara pelancaran set Edisi Raya 2023 Mencuit hati meli...
Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif Menarik

Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif Menarik

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 601 hits
Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Sambutan Hari Raya pada tahun ini boleh dikatakan yang paling meriah sejak negara dilanda pandemik Mana taknya dah dua tahun kita tak dapat beraya dan pulang ke kampung halaman Kemeriahannya j...
Restoran Yong Tau Foo Tokmer Di Merlimau Pilihan Tepat Seisi Keluarga

Restoran Yong Tau Foo Tokmer Di Merlimau Pilihan Tepat Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 322 hits
Orang Malaysia memang sinonim dengan hidangan nasi sebagai makanan asasi dan seharian kita Maklumlah orang Asia kan Hidangan nasi memang menjadi makanan utama di setiap isi rumah Namun apabila makan nasi saban hari tentu ada masa kita teras...
Bantuan Bmt Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023

Bantuan Bmt Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 169 hits
Bantuan BMT Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 3 Tahun 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi bernafas dan diberikan nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My