Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif Menarik
Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 ~ Sambutan Hari Raya pada tahun ini boleh dikatakan yang paling meriah sejak negara dilanda pandemik.
Mana taknya, dah dua tahun kita tak dapat beraya dan pulang ke kampung halaman. Kemeriahannya juga masih terasa.
Buktinya, pada hujung minggu pasti ramai yang luangkan masa untuk kunjungi rakan dan sanak saudara.
Dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, masih belum terlambat untuk kita sampaikan ucapan Hari Raya buat sahabat dan keluarga sebagai tanda peringatan.
Jom kita tengok koleksi ucapan Hari Raya Ailidfitri yang menarik untuk disampaikan.
Baca Juga : Tarikh Hari Raya Haji 2022 / Hari Raya Aidil Adha 1443H
Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik Untuk Keluarga dan Rakan
Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
Ketika tangan tak mampu berjabat,
Kaki tak dapat melangkah,
Hanya hati yang mampu berbisik,
Mohon maaf atas segala kesalahan.
Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun jauh beribu batu,
Tapi ingatan tetap selalu,
Kukirim ucapan pengganti diriku,
Agar Aidilfitri indah buatmu.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Koleksi Pantun Ucapan Hari Raya Aidilfitri
Penutup muka melindungi kita,
Mengelak Covid-19 virus merbahaya,
Raya tahun ini berbeza gaya,
Namun maknanya tetap sama.
———————————————–
Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
——————————————-
Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut Hari Lebaran
————————————————
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Mesej dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati.
——————————————————
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa
——————————————————
Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.
—————————————————-
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri;
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
———————————————-
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah memaafkan.
————————————————
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.
Ucapan Sunnah Terbaik Sesuai Syari’e
Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain. Kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah :
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ
TaqabbalAllahu minna wa minkum
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”
“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,” tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari
Lalu bagaimana jawapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum?Dalam riwayat sahabat dan salafush shalih yang sampai kepada kita, jawapan terbaik Taqabbalallahu Minna Wa Minkum adalah doa yang sama: Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
Ianya sunnah untuk mendoakan Muslim yang lain dengan doa yang baik.
Semoga ucapan Hari Raya yang disampaikan dapat eratkan lagi hubungan anda dengan keluarga dan rakan terdekat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
Rujukan: BAYAN LINNAS SIRI KE-23: ADAB BERHARI RAYA DAN KESILAPANNYA
Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri