Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Kembali Dan Sebiji Kereta Mitsubishi Xpander Menanti Korang


Hi Korang,
Jenama beli belah terbesar negara, Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023


Menariknya, program yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec). Setelah mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti, Starvendors akan mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung

Selain itu, Starvendors telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport, diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. Initiative yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP)


Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga

Ifa berkata, khabar gembira bahawa StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak

Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia

“Tahun lepas menandakan satu sukses untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah Negara bermula di Johor dan akan bergerak ke negeri lain termasuklah Kuala Lumpur, event terbesar kami,” katanya

“Seperti yang semua maklum, baru-baru ini kejadian banjir yang melanda di beberapa daerah di Johor yang kini melibatkan lebih dari 50 ribu orang mangsa telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan. Oleh itu, dengan inisiatif kami sendiri, kami telah membuat tabung bantuan banjir sepanjang perlaksanaan Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival yang bertempat di Pasir Gudang, Johor pada minggu lalu. Kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM4,615.50 dan telah diserahkan kepada Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, selaku Pengarah Tourism Johor. Semoga dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terjejas.”
“Seterusnya, kami sungguh bebesar hati menjadi pilihan eksklusif oleh pihak Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convec) untuk mengadakan Festival Raya tahun ini,” katanya lagi

Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu

“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,”

Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas

Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato Sri Siti Norhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin , Sharifah Rose dan ramai lagi

“Seramai 100 artis turut bergabung bersama kita selama 100 jam ini termasuk juga vendor Usahawan dari seluruh tanah air. Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat “Sakau” duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.”
“Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50.”

Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial

“Daripada pengalaman dari tahun-tahun sebelum ini, kita juga mahu mempertengahkan pembaruan dan mengambil berat akan pengalaman pengguna. Besar hati kami bila Setel turut serta sebagai rakan kongsi premier yang akan melancarkan pengalaman pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjung. Saya anjurkan semua untuk melayari Setel yang mempunyai pelbagai ciri aplikasi merentasi sepanjang perjalanan seharian termasuk pengisian minyak dan pengecasan EV di stesen, pembayaran parkir dan insurans dan bayaran tanpa tunai di kedai-kedai dan secara online. Dengan penglibatan Setel bersama kami di Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, saya pasti Setel Raya Kita!”
Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

“Hari kelima adalah hari kemuncak, di mana pada jam 10 atau 11 malam kita menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan malam kemuncak dan kita juga akan jemput beliau untuk membuat cabutan bertuah Hadiah Utama yang kita anjurkan. Kita juga akan bersama dengan Perdana Menteri dalam satu sesi lawatan bagi usahawan yang berniaga sepanjang malam itu.
“Kita juga akan mengadakan konsert bersama selebriti terbabit pada malam kemuncak itu. Dalam perancangan juga, kita mahu buat takbir raya bersama Perdana Menteri sekiranya ia diluluskan. Jika tidak diluluskan mungkin kami akan buat sendiri satu rakaman takbir raya khusus untuk Starvendors,” katanya

“Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon,” katanya

“Apabila kita buat acara ini sudah pasti semua orang akan melepaskan dendam masing-masing untuk membeli-belah bersama keluarga kerana tahun ini adalah tahun semua orang bersama-sama. Harapan saya, ia boleh melebihi rekod kita pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu.
“Kita sudah buat pelbagai pemasaran seperti billboard, iklan di radio dan video muzik bersama barisan artis atau selebriti yang mempunyai pengikut berjuta. Begitu juga vendor yang mempuntai pengikut mereka tersendiri.
“Jadi harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan kerana tagline Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Lebih Havoc, Lebih Meriah , Starvendors pasti Mega!"
Apa tunggu lagi, bolehla korang rancang masa untuk ke 
Starvendors KLCC Mega Raya Fest 202313hb  - 17hb April 2023 (100 jam Tanpa Henti)KL Convention Centre+6018-372 2977 HQ





#festivalno1negara #megaraya #hariraya #starvendors #starvendorsklccmegarayafest2023 #shoppingraya #malaysiabookofrecords

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/03/starvendors-klcc-mega-raya-fest-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah ramai pastinya ketika ini sedang berkira kira untuk mencari barangan dan produk untuk hari perayaan seperi kuih raya baju raya dan pelbagai lagi Ya...
Ariani Layar Raya 2023 Untuk Seisi Keluarga

Ariani Layar Raya 2023 Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 328 hits
ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA Assalammualaikum semua Pada 14 Mac 2023 Ruby telah hadir ke pertunjukan fesyen ARIANI Layar Raya 2023 bertempat di KL Convention Centre Dekorasi di luar dewan meriah dengan bunga bunga indah Apabi...
Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

Pakej Photo Studio Raya 2023 Di The Empire Studio Johor Bahru

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 194 hits
Pakej Photo Studio Raya 2023 di The Empire Studio Johor Bahru Dekorasi studio tahun berubah lagi uolls Lebih cantik ceria dan aesthetic Ada 4 The post appeared first on
Kekasih By The Melvins Lancar Set Edisi Raya 2023 Istimewa Bersama Pembayang Mata Baharu

Kekasih By The Melvins Lancar Set Edisi Raya 2023 Istimewa Bersama Pembayang Mata Baharu

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 187 hits
KEKASIH BY THE MELVINS LANCAR SET EDISI RAYA 2023 ISTIMEWA BERSAMA PEMBAYANG MATA BAHARU Assalammualaikum semua Pertama kali Ruby dapat melihat keempat empat adik beradik The Melvins di acara pelancaran set Edisi Raya 2023 Mencuit hati meli...
Prambors Kembali Hadirkan Audio Series The Stories Season 2 Balada Cerita Ramadhan 2023

Prambors Kembali Hadirkan Audio Series The Stories Season 2 Balada Cerita Ramadhan 2023

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 141 hits
Prambors kembali siarkan The stories Season 2 Balada Cerita Ramadhan 2023 yang bisa didengarkan melalui empat stasiun radio berbeda yakni Prambors Delta FM Bahana FM dan Female Radio
Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

Cosry Rtw Raya 2023 Sehingga Saiz 5xl Dan Perlantikan Puteri Sarah Sebagai Muse

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 275 hits
COSRY RTW RAYA 2023 SEHINGGA SAIZ 5XL DAN PERLANTIKAN PUTERI SARAH SEBAGAI MUSE Assalammualaikum semua Pada 25 Februari 2023 telah berlangsung acara yang Ruby nantikan iaitu pertunjukan fesyen koleksi busana Aidilfitri Kali ini bukan sekada...
Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

Koleksi Raya 2023 Bayu Somerset

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 237 hits
KOLEKSI RAYA 2023 BAYU SOMERSET Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby telah ke Melawati Mall Ruby nampak satu pop up store yang menampilkan Baju Kebaya Pendek Tie Die macam ais krim Paddle Pop Sempat juga lah Ruby tanya harga berapa ni ...
Budget 2023 Another Missed Opportunity

Budget 2023 Another Missed Opportunity

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 116 hits
From Ramesh Chander Murray Hunter and Lim Teck GheeMainly status quo part recovery and part election oriented various excuses can be made for the 2023 budget unveiled by the new government kicking the can of fiscal and institutional reform ...
Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023

Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 163 hits
Bantuan Ujian Memandu Percuma Kerajaan Tanggung Belanjawan 2023 untuk b2 teksi bas teksi ehailing seperti grab foodpanda lalamove Jumlah pemandu dan rider di Malaysia cukup ramai Ada yang memandu dan menunggang secara halal ada juga secara ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats