Restoran Yong Tau Foo Tokmer Di Merlimau Pilihan Tepat Seisi Keluarga
Orang Malaysia memang sinonim dengan hidangan nasi sebagai makanan asasi dan seharian kita. Maklumlah, orang Asia kan? Hidangan nasi memang menjadi makanan utama di setiap isi rumah. Namun, apabila makan nasi saban hari, tentu ada masa kita terasa bosan atau mahukan kelainan.
Kebanyakan orang kita akan beralih selera ke hidangan western seperti pizza atau chicken chop ataupun ke hidangan Korea yang kian meningkat popular seperti Korean Chicken Wings dan Hotpot. Bagi anda yang inginkan kelainan tetapi mahukan sesuatu yang sihat, mari kami kongsikan satu hidangan yang tidak asing lagi iaitu Yong Tau Foo!
Yong Tau Foo ialah sejenis hidangan yang bersalin dari masyarakat Cina dengan asal usul Hakka. Ia merupakan hidangan tauhu yang dicampur dengan pelbagai jenis daging, ikan, ayam, seafood dan macam-macam lagi. Yong Tau Foo boleh dinikmati dalam dua bentuk iaitu bersup ataupun kering. Yong Tau Foo seingkali dihidang bersama sos istimewa yang terasa manis, pedas dan lemak.
Kalau anda berada di Merlimau dan teringin nak makan Yong Tau Foo, Restoran Yong Tau Foo Tokmer adalah pilihan tepat untuk seisi keluarga anda. Jom, kami kongsikan sedikit.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Lokasi
Restoran Yong Tau Foo Tokmer ini terletak di Jalan BMU 7, Bandar Baru Merlimau Utara, Melaka. Kalau anda orang Melaka, pasti mudah nak cari. Tetapi, jika anda sedang melancong atau mencari tempat makan menarik di Melaka, bolehlah gunakan aplikasi Waze atau Google Maps dan gunakan nama Restoran Yong Tau Foo Tokmer di bahagian carian.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Apabila anda sampai ke sini, anda akan nampak kedai yang cukup ceria dengan hiasan serba kuning. Kedainya simple tetapi cukup luas untuk memastikan pelanggan mereka yang ramai berpusu-pusu selesa dan seronok sepanjang menjamu selera di sini. Kedai ini kami kira sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana kanak-kanak juga pasti seronok makan di sini.
Menu
Restoran Yong Tau Foo Tokmer ini memfokuskan menu mereka kepada hidangan Yong Tau Foo. Tetapi, mereka menyediakan pilihan isi yong tau foo yang cukup banyak. Kami pasti, anda sekeluarga pasti rambang mata. Mari kami kongsikan tips untuk anda apabila ingin memilih isi yong tau foo anda nanti.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Mulakan dengan tauhu kering kerana nama pon Yong Tau Foo kan. Kemudian buat pilihan seafood. Kami syorkan anda cuba setiap satu dari fishcake ke crabstick, fishball ke sotong. Selepas itu, boleh lah buat pilihan lain seperti bebola daging atau bebola ayam, sosej dan sebagainya.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Kanak-kanak tentu terkejar-kejar nak makan sosej. Akhir sekali, lengkapkan isi Yong Tau Foo anda bersama sayuran kegemaran anda. Di Tokmer ni, ada bermacam sayuran yang mereka sediakan termasuk cendawan dan sayur kangkung.
Harga yang mereka tetapkan adalah sangat berpatutan jadi jangan takut-takut nak pilih banyak-banyak. Setelah selesai memilih, anda hanya perlu hulurkan pada crew restoran Tokmer.
Mereka akan celurkan isi yong tau foo anda dan anda boleh memilih sama ada ingin menikmatinya secara bersup ataupun kering sahaja. Crew akan bawakan Yong Tau Foo anda bersama sos hitam istimewa mereka.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Kalau anda nak tahu, Restoran Yong Tau Foo Tokmer ni memang terkenal kerana sup dan sos istimewa mereka ini. Malah, pelakon terkenal Amar Ashraf juga suka makan di sini tau.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Tips terakhir yang boleh kami kongsikan untuk anda ini mungkin sesuatu yang anda tidak tahu tetapi perlu cuba. Sebenarnya, cara sebenar menikmati Yong Tau Foo ialah mencampurkan sos istimewa tadi ke dalam sup dan gaulkan bersama. Namun, jika anda lebih suka mencicah, takda masalah. Terpulang kepada selera masing-masing.
Cawangan & Waktu Operasi
Pasti anda sudah teringin nak mencuba kan? Berita baik buat anda terutama sekali orang Melaka, Restoran Tokmer ini sudahpun mempunyai 2 cawangan. Yang pertama di Merlimau dan satu lagi di Bukit Lintang.
Kedua-dua cawangan dibuka dari jam 4.30pm hingga ke 10.45pm. Cawangan Merlimau tutup setiap Isnin dan cawangan Bukit Lintang tutup setiap Selasa. Hidangan sihat, berprotein tinggi sebegini memang sesuai dinikmati pada sebelah malam. Jadi, jangan risau tentang diet ye, wahai kaum wanita. Dah sampai sini, mesti makan.
Sumber: Yong Taufoo Tokmer
Hidangan Yong Tau Foo memang mempunyai keistimewaan tersendiri yang mungkin tidak dapat ditandingini makanan western atau Korea. Sedap, lengkap dan sihat, Yong Tau Foo sudah menjadi salah satu makanan comfort food orang Malaysia. Dari budaya Cina, menjadi budaya Malaysia. Jadi, jangan lupa untuk cuba sendiri kelazatan dan keunikan Yong Tau Foo di Restoran Yong Tau Foo Tokmer. Selamat menjamu selera!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
Alamat: Jalan BMU 7, Bandar Baru Merlimau Utara, Melaka
Waktu Operasi: Cawangan Merlimau- 4.30pm-10.45pm (setiap hari, tutup setiap Isnin)
No. Telefon: +60 11-5559 4105
The post Restoran Yong Tau Foo Tokmer Di Merlimau | Pilihan Tepat Seisi Keluarga appeared first on Mai Singgah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisinggah.com/yong-tau-foo-tokmer/