Aplikasi Boost E Wallet Mudah Terbaik
Apa itu e-wallet?
Senang cerita dompet elektronik yang korang boleh gunakan untuk transfer duit keluar masuk secara online. Dompet yang bukan fizikal. Korang kena ada duit isi dalam e-wallet baru boleh guna. Ini bukan kad kredit ya.
So antara e-wallet yang saya paling suka adalah BOOST app. Gambar di bawah ni transaction yang saya screenshot dari boost saya. Dalam app boost ni, ada history setiap transaction keluar masuk. Ada simbol negatif berwarna merah menandakan wang yang telah dibelanjakan manakala simbol positif berwarna hijau menandakan wang deposit ke dalam akaun boost kita.
Dalam dua gambar transaksi boost saya, kalau korang perasan ada cashback, menarik tak?
Contoh saya berbelanja di Mydin pada 12 Mac 2020 dan keesokan harinya saya mendapat cashback sebanyak RM5. Wow, ibarat seperti kita mendapat diskaunlah. Lihat gambar di bawah pula, pada 13 April 2020 saya mendapat rakyat cashback grocery sebanyak RM10. Wow ke wow! Terbaikkan? Sebab itu saya sukakan boost app.
Fungsi boost app ni sangatlah pelbagai. Antaranya membantu memudahkan kita untuk membayar sesetengah bil, topap, bayar parking kereta, beli makanan, dan macam-macam lagi seperti gambar di atas. Untuk setiap pembayaran korang akan dapat cashback ataupun boost coin. Sebelum ni saya selalu dapat cashback, sekarang dah tukar boost coin. Boost coin yang terkumpul pula saya biasanya akan tebus reward.
Reward dia samaada dalam bentuk cash, gift ataupun voucher. Sila lihat gambar di bawah untuk senang faham
Contoh voucher reward.
Contoh cash reward.
Contoh gift reward.
My reward ni pulak antara reward yang dah ditebus. Saya lebih suka tebus cash reward sebab senang nak topap hehe. Jimatlah duit kan. Selama ni topap kat kedai. Sekarang beli barang kat luar dapat kumpul coin, coin dah banyak tukar pula jadi cash semula kemudian digunakan untuk topap. Bagi saya memang bermanfaat.
Yang paling penting nak guna boost app ni tempat tu mestilah ada internet coverage. Kalau tak, memang tak dapatlah nak guna. Ini pengalaman buruk saya. Sewaktu di satu shopping mall ni, tak dapat langsung line internet. Saya memang tak withdraw cash lagi. So plan nak guna boost saja. Malangnya loading tak sudah-sudah sampai customer belakang beratur panjang dekat cashier tu dan muka mereka macam marah. Malunya saya. Next time memang saya takkan guna boost dekat tempat yang bermasalah internet macamtu
Dan yang paling best sewaktu PKP/MCO ni, saya banyak guna boost app saja. Kalau guna wang tunai, saya rasa was-was takut ada kuman virus covid 19 melekat dan berjangkit kepada saya. Lagipun takkan nak sanitise setiap helai duit kertas dan kepingan syiling selepas setiap kali berbelanja. Sangat memenatkan. Jadi bila guna boost app ni, kita tak perlu bersentuhan antara satu sama lain. Hanya tunjukkan code dan mereka akan scan. Settle payment
Ini saja sedikit perkongsian mengenai boost app. Korang pun boleh try download dan cuba discover sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogmyhidop.blogspot.com/2020/06/aplikasi-boost-e-wallet-mudah-terbaik.html