Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga


Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga. Bila dah habis berpuasa, ibu-ibu kembali bertugas di department oil and gas seperti biasa. Tapi bila hari-hari masak, memang akan rasa buntu sampai tak tahu nak masak apa. Nak ulang resepi yang selalu masak, dah jemu. Apa kata ibu-ibu semua selang seli dengan resepi mee sedap dan mudah untuk dihidangkan dengan keluarga. Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga. 
Ada pelbagai resepi mee yang boleh dihidangkan kepada keluarga antaranya adalah mee kuah, mee hailam, mee goreng, mee goreng basah, mee champa, mee kuah terengganu, mee bandung, mee wantan, mee rebus dan banyak lagi. 
Semua resipi mee yang dikongsi ini adalah menu yang akan kita order bila makan di luar. Disebabkan kita tak boleh makan di luar, kita bawa menu restoren ke rumah. Pasti keluarga suka dan akan pesan lagi..

Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga

Berikut adalah resepi mee yang boleh di cuba

#1 RESEPI MEE KICAP DAN SUP WANTAN
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Mee Kicap 
Sepatutnya guna mee wantan tapi saya tak beli pulak. So, guna mee yang ada jer. Saya guna mee cintan. Sedap jugak (nak sedap guna mee wantan la boleh beli kat mana2 supermarket). Mee cinta tu celur dulu sehingga lembut

Bahan-bahan:
Minyak BijanKicap PekatKicap CairSos Tiram
Campurkan semua bahan-bahan di atas tu. Saya agak-agak je ikut banyak mana mee yang kita guna. Kemudian masukkan mee dan gaulkan rata. Tak perlu masak pun

Wantan
Kulit Wantan beli jer yang dah siap
Bahan Inti Wantan
Hancurkan isi udang dan ayamBawang putih dikisar hancurDaun bawang dihiris halusDaun sup dihiris halusCarrot disagat halusTepung JagungLada SulahGaramSos tiram
Gaulkan semua sehingga sebati. Pastu ambil kulit wantan tadi dan letakkan adunan isi wantan ni dan bentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Lepas dah siap bentukkan dengan pelbagai bentuk tadi, steamkan selama 15 minit. Kemudian boleh masukkan dalam sup

Sup Wantan 
Resipi Mee Sedap Dan MudahBahan-bahan:
AirKiub ayamLada SulahDaun SupDaun bawangGaram sikit
Didihkan air. Kemudian masukkan kiub ayam, lada sulah, garam, dan masukkan wantan yang dah siap ke dalam sup . Biarkan sekejap dan agak2 dah nak siap tabur daun bawang dan daun sup

Bahan lain WAJIB ada:
Sayur sawi (celurkan je)Sambal kicap (cili api + kicap cair)Minyak Bawang Putih (Bawang putih dicincang + minyak masak. Gorengkan sehingga garing)Bawang goreng
kredit kpd Madihah Mazha

#2 RESEPI YEE MEE SIZZLING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee5 ulas bawang putih - dicincang halus1/2 inci halia - dicincang halusAyam - dipotong kecil6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 44 biji cili kering - dipotong-potong4 sudu makan sos tiram3 sudu makan kicap cair3 sudu makan kicap pekat1 sudu makan serbuk lada hitam1 sudu teh minyak bijan2 sudu makan tepung jagung + secawan airMinyak untuk menumis4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air)
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee


#3 RESEPI MEE GORENG MAMAK
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Bahan:
Mee kuning 450g(5 org makan)Lada kering+Bwg Merah+Bwg putih (blend)Sayur Sawi@TaugehFish cake@Fish ballSotong@UdangTelur 2bijiKicapSeafood sos adabiSos CiliPerencah Maggi KariGaram
Caranya:
1. Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air
3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

#4 RESEPI MEE RACUN
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:
400gram daging atau tulang gear box6 biji bawang merah - dikisar/ditumbuk6 biji bawang putih - dikisar/ditumbuk1 senduk cili sos1 senduk tomato sos2 susu cili boh - yang tak tahan pedas boleh kurangkan/tahan pedas boleh tambahkan3 tangkai sawi3 helai daun kobis4 biji tomato6 biji telur1 kilo mee kuning
Cara-cara:
Daging dipotong kecil-kecil dan direbus
Telur digoreng dadar dan dihancurkan
Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili boh hingga garing
Kemudian masukkan tomato sos dan cili sos. Tambah air secukupnya

Bila sudah mendidih masukan telur dadar yang dihancurkan tadi dan masukkan sawi dan kobis yang telah dihiris
Taburkan garam secukupnya dan masukkan tomato yang telang dipotong

Akhir sekali, celur@rebus mee kuning dan hidangkan bersama kuah mee racun

*Bagi pengemar gearbox, daging itu boleh ditukar dengan gearbox


#5 RESEPI MEE KARI NYONYA
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
BAHAN² MEE KARI:
Setengah ekor ayam (potong kecik²)5 biji bawang merah kecil (kisar)1 labu bawang besar (kisar)4 ulas bawang putih (kisar)1 inci halia (kisar)1 inci lengkuas (kisar)3 biji buah keras (kisar)1 batang kayu manis2 biji bunga lawang2 biji buah pelaga2 biji bunga cengkih2 sudu besar udang kering ( rendam seketika dan kisar )2 tangkai daun kari1 tangkai daun kesum1 batang bunga kantan (tak letak)2 batang serai (ketuk)8 sudu besar rempah kari daging2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lagi pedas)1 kiub pati ayam1 kiub pati ikan bilis2 keping asam kepingSantan secukupnya (saya guna 3 cawan santan)GaramGula (saya guna nisan)
CARA²:
1. Blender semua bahan² kisar sehingga halus
2. Panaskan minyak yg mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, tumis semua bahan kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari dan udang kering. Tumis shgga masak @ kekuningan
3. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap. masukkan pula rempah kari yg telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air. Tumis rempah ni smpi betul2 garing dan naik minyak
4. Then masukkan ayam yg telah dipotong kecil2. Tumis sehingga air ayam keluar
5. Kemudian masukkan santan dan air. Agak² la ye nak kuah byk mana
6. Biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2
7. Bila nmpk kuah dah mula mendidih dan mula pekat boleh masukkan fishball, fishcakes dan tauhu pok. Kalau nak masukkan kerang pun boleh, ikut citarasa uolss
8. Dah masak semua, boleh la rasa apa yg kurang dan tutup api

BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
2 sudu besar udang kering rendam sekejap dan blender4 ulas bawang putih blender1 cawan cili kering blenderGaramGula (guna nisan warna sambal cantik)
CARA²:
1. Panaskan minyak
2. Tumis semua bahan blender sehingga benar² masak dan garing. Kemudian masukkan gula serta garam
4. Tumis sambal smpi betul² naik minyak serta bertukar warna merah yang cantik

BAHAN² LAIN MEE KARI
SawiTaugehTelur rebusBawang gorengmee kuningCili besarLimau kasturi* celur mee, sawi dan taugeh seketika shja


#6 RESEPI MEE BANDUNG
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Sambal Mee(Sambal ni boleh simpan dlm fridge, bekukan & tahan lama)
Lada kering/Cili Boh 1 blenderBwg putih (10 ulas)Bawang besar (4 ke 5 biji)2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
Siap blender sema, masak api kecil sampai air kering..  Sambal ni bole buat sambal mee goreng juga
Goreng kacang tanah dan blender kering . Campur biskut lemak utk pekatkan kuah
Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu.

Cara:
Tumis sambal td ( 1 sudu sup utk sorg makan)Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur
Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan dagingMasukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakanSiap utk di hidangkan.

#7 RESEPI MEE REBUS TERENGGANU
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan
1 paket NuMeeisi ayam/fish ball/fish caketelor2 biji bwg merah 2 ulas bwg putih 1 sudu besar lada hitam-tumbuk1 ikat sayur sawilobak5 biji cili api1 sudu kecil gula1 sudu besar garamsedikit ajinomoto
Cara-Caranya:
1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan lada hitam, hingga agak sedikit kekuningan
2. Masukkan air dan biar hingga mendidih baru masukkan isi ayam/fish cake/fish ball
3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto
4. Pecahkan telor sebiji demi sebiji ke dalam kuah,dah pecahkan jangan kacau,biarkan dahulu hingga telor jadi separuh masak
5. Masukkan sawi, cili api dan lobak. Kacau sekejap supaya rata dan lagi elok sekiranya perasakan lagi sekali supaya secukup rasa
6. Tutup api gas dan siap untuk dihidangkan bersama mee.(ikut resepi sebenar mee rebus teganu, mee akan di campur terus ke dalam kuah dan kena makan terus masa panas2, tapi resepi ni sy asingkan mee dan kuah, bila nak makan baru letakkan mee. Untuk mengelakkan mee jadi kembang bila dicampur ke dlm kuah)7. Bagi yang suka sambal kicap, bolehlah sediakan sambal kicap ye


#8 RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA 
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bakso/ Bebola Daging 
500 gram daging lembu giling1sdk baking powder2 sdk garam90ml air sejuk (air peti ye)1 biji putih telur5 sdb tepung ubi2 ulas bawang putih ditumbuk
Cara2 buat bakso
Siapkan mangkuk besar masukan tepung ubi & baking powderHaluskan/blender daging bersama dgn air sikitDaging yg halus td letak bawang putih , putih telur , serbuk lada putih & garam .. Uli sampai sebatiDaging yg diuli td campurkan dgn bahan tepung ubi tadi & uli sampai sebatiSimpan ke bekas & tutup bekas dgn plastik & masukan dalam peti 30minitDoh dh sejuk sikit , ambil & bentukkan bulat bakso & kemudian rebus seketikaJika bakso terapung itu bermakna bakso dh masak

BAHAN KUAH BAKSO
6 ulas bawang Putih1/2 sdk serbuk lada putih3sdb garam2 liter air2 batang daun bawang500 grm Tulang Daging lembu
Caranya:
Rebus air hingga mendidih & masukan tulang lembu bias dlam 30 mnit , masukan bawang putih yg sudah dihaluskan , masukan daung bawang , garam & serbuk lada putih. 

#9 RESEPI MEE SUP MUDAH
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan:
Sedikit minyak5 ulas bawang putih1 kiub pati ikan bilis1 kiub pati ayam1 liter airSerbuk lada sulahGaram
Caranya:
1. Mula panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga garing
2. Dah garing masukkan 1 liter air tadi dan biar mendidih. Nak kuah banyak lebihkan air.. hokey3. Dah mendidih tu boleh la masukkan kiub ayam, kiub ikan bilis, bebola ikan dan fish cake. Time tu boleh masukkan sekali serbuk lada sulah dan perasakan dengan garam. Biaq lagi dalam 5 minit macam tu
4. Sebelum angkat, tumis sikit bawang putih dan masukkan dalam sup dan siap. Ada yang kata boleh tambah minyak bijan sikit. Lagi kick rasa dia
5. So dah cukup rasa semua tutup laa api


#10 RESEPI MEE SIPUT DAGING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Bahan:
5-8 bawang putih (cincang)1 biji bawang merah(belah besar2)cili api (belah tk putus/ketuk)minyak bijankicap pekatkicap manisgaramgula
mee siput(rebus dan toskan)daging lembu - (potong nipis2 perap dgn minyak bijan 2,3 titis, 1sdk kicap manis, lada hitam dan garam)
Caranya:
Tumis bawang putih dgn minyak masak sampai kekuningan angkat dan toskan bawang putih. Ke tepikan

Tumis bawang merah dan masukkan daging yg diperap tadi. 
Masukkan sos tiram, sedikit kicap manis dan minyak bijan. Biar daging masak dlm 10minit. 
Masukkan garam, gula kicap pekat dan last sekali masukkan mee siput. Kacau sekata.. 
Akhir sekali masukkan bawang putih tadi.. siap! makan dgn cili potong.. 

#11 RESEPI MEE WANTAN KICAP DAN DUMPLING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)2 keping dada ayam - dicincangisi udang - dicincang1 biji telor1/2 biji bawang holand - diracik1 sudu kecil lada sulah2 sudu besar tepung jagung1 sudu besar minyak bawang putih1 sudu kecil garamdaun bawang - diracik halus
CARA-CARA:
Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan
Kukus dalam 4@5 minit
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus

Bahan sup jernih :
3@4 cawan airTulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)Bebola ikanDumpling yang telah dikukus1/2 kiub ayam knorr1 sudu teh lada sulah1cm halia | dihiris nipis2 sudu besar minyak bawang putihGaram cukup rasaDaun bawang
CARA-CARA:
Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling)
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap
Padamkan api

Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan4 sudu makan kicap pekat2 sudu makan kicap cair/manis2 sudu makan sos tiram2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih


#12 RESEPI MEE HAILAM
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:
1/2 kg. mee kuning1/4 kg daging ayam dan daging lembu10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)3 ulas bawang putih *3 ulas bawang merah *1 sudu besar cili boh1 ikat sawi hijau1 potong kobis1/2 batang lobak merah1 bungkus ‘baby corn’2 tangkai daun sup dan daun bawang2 biji limau nipis1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)Sos ciliSos tomatoKicap(warna asal Bkn mcm ni,kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)
* Ditumbuk terlebih dahulu* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara2 Membuatnya.
Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya

Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut

Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging
Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn

Kemudian anda masukkan mee
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata

Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut

Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya


#13 RESEPI MEE CHAMPA
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

BAHAN KUAH:
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth3 liter air4 biji bawang holand* potong 43 biji bawang besar * potong 42 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipisseekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikandaun ketumbar seikatdaub bawang2 batang kulit kayu manis*4 biji bunga cengkih*1/2 cawan sos ikangulagaramperasa jika sukaserbuk lada sulah atau serbuk lada hitam3 kiub stok perisa daging
Caranya:
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita

Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.

2. Sementara daging kita empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2.

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 nsegala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je.

SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*20-30 biji cili api*2 ulas bawang putih*2 sudu besar cukasedikit garam
caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus1 cawan minyak jagung
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ..

AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champadaun ketumbar, daun sup, daun bawanglimau nipishirisan dagingminyak bawang putihlobak asin yang dipotong halussambal ladataugekicapserbuk lada sulah/lada hitamgula (tambahan jika suka manis)sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

#14 RESEPI MEE KARI MUDAH DAN SEDAP
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan:
1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan4 sudu besar rempah kari ikan *2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)1 keping asam keping1 kiub pati ikan bilis Knorr2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)5 cawan air1 cawan isi kerang atau lebihgaram dan sedikit gula1/2 cawan minyak masak utk menumis2 keping fishcake- di potong nipis10 ketul fish ball- di belah 2
Bahan Untuk Dikisar
5 ulas bawang merah1 labu bawang besar4 ulas bawang putih1/2 inci halia2 sudu besar cili kisar2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Bahan Untuk Tumis:
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga2 tangkai daun kari1 batang serai- di ketuk

Bahan Mee dan Hiasan:
1 kilo mee kuning di celur dan toskanDaun bawang dan daun sup- di potong22 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis4 biji telur direbus kupas kulit dan belah duacili merah atau cili jeruksawi dan taugeh dicelur dan di toskan4 biji limau kasturi, cuci dan belahBawang goreng
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk

Masukkan air, kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping

Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Tutup api, angkat dan hidangkan


#15 RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP SANGAT
Resipi Mee Sedap Dan Mudah
Bahan:
2 bungkus Mee Kuning100-200g daging tetel/harimau menangis- rebus sehingga daging empuk
Udang (CH tak masukkan)Air rebusan kulit udang ( CH tak masukkan)3 biji telur rebus3-5 biji ubi kentang - rebus terlebih dahulu. Separuh blend, separuh potong separa bulat
Daun bawang - potong panjang 2cm1-3 sudu besar cili boh2 biji tomatoSawi2 sb sos cili1/2 tin tomato sup kimball2-3sb Sos tiram2sb kicapMinyak secukup
Bahan blend
1 labu bawang besar3 ulas bawang putih
So, untuk caranya.. CH copy paste yang Teacher Shila bagi. Korang boleh skip kat part udang dan air udang sebab CH tak masukkan pun. Hanya guna daging  dan air daging 100%. Tu pun dah sedap

Caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend serta batang daun bawang. Tumis Sampai wangi.

2. Masukn udang.Goreng Sampai spruh masak saja. 
3. Masukan cili kisar. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih.   
4. Masuk Air daging dan air udang. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. 
4. Bila dah mendidih, masukkan TOMATO SOUP KIMBALL (WAJIB Ada) dan ubi kentang yang dikisar. Tujuan masukkan ubi kentang kisar adalah untuk memekatkan kuah

5. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram, kicap. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih. 
6. Masukkan daging rebus dan biarkan sehingga mendidih.  
7. Bila dah mendidih, baru masukkan mee, sawi, ubi kentang yang dipotong separa bulat dan tomato. Gaul rata

8. If kurang kuah, tambah air daging /air udang. 
9. Rasa. If ada bahan terkurang, tambah la apa yang patut. 
9. Bila dah masak, angkat dan hiaskan dengan bawang besar yang dipotong separa bulat, daun bawang, cili besar dan telur yang dipotong 12. 

#16 Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan:
1 bungkus kecil Mee Kuning 2 biji telur ayam2 ekor sotong besar - di potong bulat 1-2 sudu besar cili kisar2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap lemak manis1 sudu kecil sos tomato1/2 biji bawang - diracik2 ulas bawang putih - di racik2 sudu besar minyak masak/ secukupnyaKobis 1/2 cawan air
 Caranya:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau

Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sehingga sedikit garing

Masukkan sotong. Biarkan sotong sehingga separa masak. 
Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap dan air. Biarkan sehingga mendidih selama 2 minit

Masukkan mee dan kobis. Gaul rata sehinga mee masak sepenuhnya

Tolak mee ke sebelah kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan telur. Tutup telur dengan mee dan biarkan sekejap ( 1 minit). Gaul rata

Tutup api, angkat dan hidangkan ketika masih panas. 

#17 Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar
Resipi Mee Sedap Dan Mudah

Bahan-Bahan
1 Bungkus Mee Kuning (1 kg)20 ekor udang kertas saiz XL2 biji tauhu - di goreng terlebih dahulu dan di potongdaun bawang daun supsawitaugeh1 biji bawang besar di potong separa bulat 
Bahan Kuah
5 ekor udang dibuang kulit dan dikisar halus 1 biji bawang besar - di racik3 biji bawang putih - di racik 1 batang kulit kayu manis3-4 sudu besar cili kisar4 sudu besar sos cili4 sudu sos tiram1/2 tin tomato sup kimballbahan kisar - 1 bji bawang besar, 2 biji bawang putih dan 2 cm haliaminyak masak secukupnya1liter air

Caranya
Panaskan minyak.  Tumis bawang besar, bawang putih dan kulit kayu manis sehingga wangi. 
Masukkan cili kisar dan masak sehingga sedikit garing. 
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga agak masak. Tambah udang yang dikisar halus, tomato soup, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan sehingga mendidih dan rasa semua bersatu

Masukkan garam secukupnya. Rasa. Jika masih ada rasa yang kurang, masukkan sos tiram, sos cili ataupun tomato soup

Akhir sekali untuk hidangkan pula, mommy panaskan kuah dalam kuali dan masukkan udang 3-5 ekor untuk seorang. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya. Bila udang telah masak, masukkan mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga mee dan sayur masak. Sebelum angkat, masukkan taugeh

Angkat dan hidangkan dengan tauhu, daun bawang, daun sup serta bawang besar. 
Sedap di makan panas-panas. 

#18Mee Kuah Tulang Mudah Masak Dan Sedap  Resipi Mee Sedap Dan Mudah 

Bahan Kuah
1 kilo tulang rusuk - boleh diganti dengan daging rincik atau daging harimau menangis1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball. Boleh ganti dengan tomato fresh yang dikisar3 sudu besar cili  kering kisar3 sudu besar sos cili4 Sudu besar sos tiram1 sudu kecil serbuk perasa1 ulas bawang besar2 ulas bawang putih2 sudu minyak masakgaram secukupnyaAir - 2 liter atau guna air rebusan daging
Bahan Lain
Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)SawiTaugeTauhu - di goreng terlebih dahuluBawang gorengDaun bawangCili besar merah - di potong nipis

Caranya
Rebus daging sehingga empuk. 
Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing

Tambah air/ air rebusan daging , tulang dan daging. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih

Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki

Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah, daging dan tulang dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak.  Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk

Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong


Selamat mencuba uolls


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/06/pelbagai-resipi-mee-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Step By Step Mee Goreng Basah Udang Mudah Dan Sedap Confirm Jadi

Resipi Step By Step Mee Goreng Basah Udang Mudah Dan Sedap Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 823 hits
Hi Korang Harini aku nak share dengan korang STEP BY STEP Resipi Mee Goreng Basah yang senang simple dan mudah Korang ikot resipi aku ni confirm akan jadi punyo Aku akan explain satu satu dan detail cara nak buat Mee goreng basah ni memang ...
Resipi Mee Kuah Bebas Msg Tapi Power Sedap Gerenti Jadi

Resipi Mee Kuah Bebas Msg Tapi Power Sedap Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 417 hits
Bosan dengan ketupat dan rendang hari kedua dan ketiga raya pastinya makanan special turut disediakan buat anak anak dan keluarga Bosan dengan nasi kita cuba sediakan aneka mi pula untuk anak anak Biar nampak istimewanya hari raya kita Resi...
Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Mudah Dan Sedap

Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 722 hits
Cara Mudah Bakar Ikan Dan Resipi Air Asam Kerisik Siapa kata bila duduk rumah taman ni tak boleh bakar ikan Banyak caranya Antaranya adalah dengan menggunakan non stick pan pemanggang ajaib air fryer dan oven Semua tu memudahkan kerja Tapi ...
Resipi Shellout Paling Mudah Bahan Simple Je Tapi Sedap Pedas Padu

Resipi Shellout Paling Mudah Bahan Simple Je Tapi Sedap Pedas Padu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 485 hits
Selepas musim raya mood dan selera kita seakan mahukan yang simple tetapi sedap Jika anda penggemar seafood shellout antara yang boleh anda cuba kerana ia menjimatkan masa malah sajian sebegini paling sesuai di makan seisi keluarga Anak ana...
Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap Moist Ni Resipi Pun Ringkas

Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap Moist Ni Resipi Pun Ringkas

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 622 hits
Kek lapis seringkali dikatakan sebagai kek yang sukar hendak disediakan Hakikatnya kek lapis cukup mudah disediakan namun memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membakar selapis demi selapis Jika anda sukakan kek prune Kek Lapis Prune ini w...
Resipi Lontong Goreng Mudah Sedap

Resipi Lontong Goreng Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 1019 hits
Resipi Lontong Goreng Mudah Sedap Assalamu alaikum Ini sebenarnya bukanlah menu pagi ni Cuma asyik lupa je nak share hehehe Menu Lontong Goreng cara Ummi Ilham Menu ni selalu
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu Sedap Mudah Disediakan

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 843 hits
hi semua nak share dengan korang resipi ikan gerunggong masak taucu sedap dan mudah disediakan Biasanya ikan gerunggong ni sedap kalau dibakar begitu sahaja kemudian dicicah bersama kicap dan perahan limau serta sedikit lada cili padi ataup...
Resipi Daging Masak Hitam Serius Sedap

Resipi Daging Masak Hitam Serius Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 439 hits
RESIPI DAGING MASAK HITAM Resepi daging masak hitam ni sebenarnya dah lapanblas kali Syu google dan cuba buat Tapi semuanya tak kena dengan tekak Syu dan tak sama rasa nya macam arwah Opah Syu buat Tapi resepi masak hitam yang ni lain Syu p...
Nak Masak Pulut Bagi Sekata Tak Berkerak Tanpa Perlu Kukus Ada Tekniknya Pulut Durian Resipi Mudah

Nak Masak Pulut Bagi Sekata Tak Berkerak Tanpa Perlu Kukus Ada Tekniknya Pulut Durian Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 397 hits
Nak masak pulut bagi sekata dan tak berkerak tanpa perlu kukus ada tekniknya Pulut durian ni resipinya sangat mudah Memandangkan sekarang banyak durian yang dijual di gerai tepi jalan apa kata anda cuba buat pulut durian ni Dah tak tahu nak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities