Resepi Mudah Buat Roti Boy Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan


As Salam,Resepi Mudah Buat Roti Boy @ Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap, Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan-Selalunya kalau pi shopping complex ambik bau je haruman Roti Boy atau Mexican Bun lalu kat hidung kita kann.Bukan tak mahu beli, biasanya pi shopping complex nak cari barang lain, bukan  nak beli roti.haha.Kali ini, saya usahakan untuk buat sendiri roti boy ni kat rumah.Alhamdulillah.Mexican Bun ni memanglah sangat sedap seenak baunya

 Roti atau bun ni banyak nama.Kalau korang panggil roti boy, dia ialah roti yang sama yang dipanggil sebagai Mexican Coffee Bun atau Papparoti atau mamaroti eh..ni nama roti yang saya buat ni.Dah sah-sah den yang bueknyo.hehe

Khas untuk peminat Roti Boy :) Jom kita buat sendiri.

Saya mengambil masa juga nak dapatkan resepi Mexican Coffee Bun ini dalam sukatan cawan.Tapi akhirnya saya jumpa resepi yang dalam sukatan cawan walaupun bukan keseluruhan resepi.At least, saya ada panduan untuk menyediakan topping dan filling dia.Jom tengok resepi :)
Resepi Mudah  Buat Roti Boy @ Mexicn Coffee Bun Yang Sangat Sedap Dan Pasti MenjadiSumber Resepi : Suami Isteri Channel YoutubeOlahan Resepi  : Cik MataharikuBahan-Bahan Untuk Doh ( dapat 20 pcs bun)5 cawan tepung gandum
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan Untuk Yis ( Kembangkan yis)
1 paket instant yeast
2 sudu makan gula halus
2 sudu makan susu pekat/ susu cair
1 cawan air suam
Bahan Filling:
1/2 blok salted buttercup 
( potong kiub dan masukkan dalam doh yang hendak dibentuk bulat )
Bahan Topping
3 sudu teh nescaffe
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
Piping beg untuk piping topping atas bun

 Roti Boy sebelum saya masukkan dalam oven. 
Selepas dah keluar oven. Dah gebus sangat, bila kembang dok berhimpit-himpit dalam tray.Kalau korang nak Coffee bun yang lawa, manalah tahu kan, nak hanto kat bakal mak mertua, korang buatlah jarak-jarak time susun dalam tray tu.Barulah dia jadi cun kembang seketoi-seketoi.Satu lagi tips, kalau korang nak bun tu penuh dengan colour coklat covered sampai bawah, buat topping dia sampai separuh bun atau lebih sikit.Nanti bila dalam oven, dia akan covered seluruh badan bun yang kita kasihi ni.ewahh

Cara Menyediakan Mexican Coffee Bun yang sangat sedap dan lembut gebus
Sediakan bahan-bahan untuk kembangkan yis.Dalam bowl lain, masukkan tepung gandum dan bahan-bahan untuk buat doh.Selepas yis dah kembang atau berbuih, masukkan larutan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Uli tepung hingga sebati.Saya guna mixer untuk uli doh supaya lebih cepat lembut dan gebu.Apabila doh sudah lembut dan elastik, biarkan sehingga 40-45 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Balut bowl doh dengan plastik wrap atau penutup yang sesuai.Sementara tunggu doh mengembang, boleh siapkan topping pula.Sebelum buat topping, serbuk nescaffe tu larutkan dengan 3 sudu teh air suam atau panas.Mulakan buat bahan topping dengan masukkan butter dan gula dan kacau dengan menggunakan spatula.Kemudian bila dah creamy, masukkan telur, serbuk nescaffe dan akhir sekali tepung gandum.Kacau hingga sebati.Masukkan dalam piping beg dan simpan sekejap dalam chiller.Untuk bahan filling pula, sebenarnya ada banyak pilihan dan cara.Saya for sure akan pilih cara yang paling mudah iaitu gunakan salted buttercup, potong kiub.Kemudian bila kita nak bentuk bulat doh, ambik seketoi kiub dan masukkan dalam doh, setel.hehe.Selepas dah masukkan filling, biarkan doh mengembang sekali lagi.Bila dah mengembang sekali lagi, barulah buat topping bun.Sebelum bakar bun, pastikan tray dah alas dengan baking paper ya. Boleh bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20-25 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.Keluarkan dari oven dan biarkan seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau boleh dihidang bersama nescaffe panas atau Kopi panas kaw.ahaks.Step By Step Buat Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap dan Gebus
 Antara bahan -bahan yang digunakan untuk buat Roti Boy @ mexican Coffee Bun-Bahan-bahan ini termasuk untuk buat doh, filling dan topping.Bahan-bahan yang lengkap sila rujuk resepi kat atas ya:)
 Doh yang sudah mengembang sehingga dua kali ganda- jika kita gunakan sukatan bahan yang betul dan yis yang berkualiti, doh akan cepat mengembang sehingga dua kali ganda kurang dari satu jam.Biasanya sekitar 40-45 minit doh boleh mengembang seperti ini. 
Masa ni saya dah masukkan filling dan biarkan doh mengembang sekali lagi.Jangan lupa alas tray terlebih dahulu dengan baking paper atau lenser dengan marjerin supaya roti tidak melekat atas tray. Sebaiknya jarak-jarakkan doh ni supaya bila dibakar dia tak akan melekat atau berhimpit-himpit antara satu sama lain. Saya buat macam ni sebab nak buat makan sendiri kat rumah.haha.Kalau dah bukak bakery, saya guna tray besar sikit arr.kiki

 Sakan doh ni mengembang kann.dah macam tuan tanahnya pulak.ciss

 Bila doh dah mengembang sekali lagi, bolehlah kita pakat hias dia dengan topping yang buat bun coffee ni gila sedap bau dia. Korang boleh guna pelbagai flavour untuk topping ni ikut kreativiti dan citarasa.Boleh guna kopi jantan, eh! maksud den boleh guna serbuk kopi, nescaffee 3+1, mocca, cappucino dan macam-macamlah.Kita buat dia hokey

 Sorrylah ya. Den tak biasa buat topping dengan piping beg. Pejam mata jelah tengok corak spiral yang saya buat tu.Ingatkan bila dah bakar corak dia sama jugak macam tu.Rupanya sekali masuk oven, berubah seratus peratus ko.Kalau den tahu, den tepek je topping atas dia.haha

Orait, my Coffe Bun on the way :) Yay! puas hati bila dia jadik macam ni maknanya confirm Mexican Bun ai menjadi. Tinggal nak tunggu rasanya jap lagi.Korang tunggu eh. Den bagi review baik punya.hoho

 Taraaa.Suka takk ? Alhamdulillah.Saat yang ditunggu dah tiba.Salah satu moment yang paling saya suka dan bahagia ialah apabila bawak keluar bun atau roti dari dalam oven.Masa ni memang tak tunggu lama saya akan ngap terus roti atau bun panas dari oven.Inilah impian saya sebelum pandai buat bun sendiri dulu.Nak makan roti panas dan fresh dari oven sendiri.Syukur.I made it, finally:)
Orait, ini pula rupa dalam roti boy kita. Yang berongga besor tu tempat kita letak filling cube tadi, bila dah masuk oven, dia cair dan inilah juga antara sebab roti kita jadi sangat lembut, sangat sedap dan sangat semualah.heh

Selamat mencuba :)Semoga perkongsian Resepi Mudah Buat Roti Boy @ Mexican Coffee Bun Yang Sangat Sedap, Lembut Dan Pasti Menjadi Dengan Sukatan Cawan ini dapat membantu readers atau peminat Mexican Coffee Bun.yeahh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/resepi-mudah-buat-roti-boy-mexican.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Mudah Buat Bun Cinnamon Rolls Yang Lembut Sedap Dan Gebus Dengan Resepi Sukatan Cawan

Tips Dan Cara Mudah Buat Bun Cinnamon Rolls Yang Lembut Sedap Dan Gebus Dengan Resepi Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 601 hits
As Salam Tips dan Cara Mudah Buat Bun Cinnamon Roll Resepi Sukatan Cawan Yang Lembut Sedap Dan Gebus Pertama kali saya menikmati bun Cinnamon Roll ketika masih menetap di KL Waktu itu residen kediaman kami mempunyai grup wassap Sudah pasti ...
Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 798 hits
Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Assalamualaikum Tiba di pertengahan Ramadhan ramai yang mula memanaskan oven Mencuba pelbagai resepi Tradisi keluarga sediakan kuih biskut raya Buat ramai ramai bersama ahli kel...
Roti Nak Expired Buat Kuih Lapis Koko Roti Gardenia Lembut Sangat Sedap

Roti Nak Expired Buat Kuih Lapis Koko Roti Gardenia Lembut Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 513 hits
Biasanya roti yang dibeli jika dah nak tamat tempoh daripada membazir kebanyakannya akan buat puding roti atau agar agar roti Namun kali ini anda boleh cuba resipi baru dengan membuat kuih lapis Resipi dari Biela Nabila via group MAHN boleh...
Kukus Boleh Bakar Pun Boleh Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard Paling Mudah Sedap

Kukus Boleh Bakar Pun Boleh Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 699 hits
Jika sebelum ini kita sering membakar puding roti namun mengukusnya juga tidak kurang enaknya Adunan roti menjadi lebih lembut malah lebih sekata Apa lagi kala digabungkan bersama sos kastad yang cukup pekat dan berlemak Resipi daripada sau...
Resepi Otak Otak Bakar Mudah Dan Sedap

Resepi Otak Otak Bakar Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 601 hits
BAHAN ACili Kisar Bawang Merah Besar 3 batang serai 3 Biji buah KerasMinyak Masak BAHAN BIsi Ikan 1 biji telurSantan pekat Tepung Jagung Serbuk Kunyit CARA PENYEDIAAN1 Kisar kesemua Bahan A dan tumiskan buat seketika Sejukkan buat sementara...
10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 581 hits
10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah Bila sebut perkataan kek perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah susah Susahnya nak buat kek susahnya nak masak dan bakar tu susahnya kek nak menjadi dengan cantik Tapi tahukah kalian ya...
Masak Taucu Ikan Sardin Resepi Gulai Mudah Dan Sedap

Masak Taucu Ikan Sardin Resepi Gulai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 765 hits
Setelah banyak makan rendang dan berlemak bagai teringin pula nak makan lauk berkuah yang ringkas tapi sedap dan lazat Jadi kebiasaannya lauk masak taucu ikan sardin yang jadi pilihan Resepi gulai mudah dan sedap ini boleh saja guna ikan ap...
Resepi Prosperity Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih Sedap

Resepi Prosperity Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 464 hits
Resepi PROSPERITY Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih SedapTrobek sikit aku buat homemade prosperity Aku rasa macam lagi sedap je dari yang ori
Resepi Bomboloni Nutella Sukatan Cawan

Resepi Bomboloni Nutella Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 800 hits
AssalamualaikumBismillahBahan bahannya 500 gmTepung gandum high protein pemilik resepi guna high protein1 paket Yis mauripan 1 2 sk Serbuk penaik1 sudu makan majerin1 Biji telur Gred B3 sb makan gula2 sb makan tepungSedikit garam1 cawan sus...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya