Apakah Pakej Ransangan Ekonomi Diumum Muhyiddin Sah Digunakan



Persoalan di atas penting dijawab.Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion di mana RM25 bilion diperuntukkan sebagai bantuan one-off untuk meringankan beban kewangan rakyat golongan berpendapatan rendah.Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentangkan kali kedua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM10 bilion sebagai subsidi gaji bagi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mengekalkan para pekerja mereka.Kemudian, yang terbaru ialah pada 5 Jun 2020, buat kali ketiga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah RM35 bilion.Semua usaha Pakej Rangsangan Ekonomi dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ini yang kesemuanya menelan belanja sebanyak RM295 bilion adalah usaha yang baik untuk negara dan rakyat. Hakikat ini tidak dinafikan. Tujuannya baik.Tetapi tujuan yang baik mestilah melalui cara yang baik. Malaysia sebuah negara yang bergerak atas lunas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.Tujuan yang baik sekalipun tidak dianggap sah sekiranya cara digunakan adalah salah. Ringkasnya, tujuan tidak menghalalkan cara.Ini kembali kepada persoalan awal-awal tadi. Apakah Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin Yassin sebuah kerajaan yang sah yang boleh membelanjakan sejumlah wang negara berjumlah RM295 bilion tanpa diluluskan oleh Parlimen?Ada hujah yang menyatakan Perdana Menteri Mahyuddin Yassin adalah Perdana Menteri yang sah kerana pada 1 Mac 2020 beliau telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.Hujah tersebut benar hanya setakat isu perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a).Tetapi sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin benar-benar mempunyai jumlah sokongan majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat perlu dibuktikan secara sahih di dalam prosiding Dewan Rakyat. Bukan berdasarkan akuan bersumpah (SD) yang dibawa ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong.Bukan juga melalui kiraan susunan kerusi di Blok Kerajaan. Yang sah dikira ialah jumlah undi ahli Dewan Rakyat yang hadir dalam sidang Parlimen di Dewan Rakyat tersebut.Sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) adalah kuasa Institusi Raja yang diterima pakai oleh Perlembagaan Persekutuan.Manakala undi percaya di Dewan Rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mahyuddin Yassin adalah kuasa Parlimen dalam menentusahkan kepercayaan terhadap seseorang Perdana Menteri.Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Ketiga ketika menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia telah melalui proses ujian Kepercayaan terhadapnya di Dewan Rakyat.Waktu itu majoriti Kerajaan Barisan Nasional amat besar, lebih majoriti dua pertiga di Parlimen.Prosiding Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tun Hussein Onn tetap diadakan. Sudah terang lebih bersuluh. Tetapi sekarang majoriti yang ada pada Perdana Menteri Mahyuddin Yassin jadi tanda tanya.Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin Yassin sepatutnya pada 18 Mei 2020 yang lalu membawa Usul Percaya terhadap Perdana Menteri Mahyuddin Yassin. Usul Percaya tersebut adalah usul dari kerajaan PN.Usul Undi Tidak Percaya oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh ditangguhkan kemudian. Usul Percaya dari kerajaan PN adalah urusan kerajaan dan perlu diutamakan.Jika Usul Percaya itu lulus dengan sendirinya Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi terbatal dengan sendirinya.Peluang untuk Perdana Menteri Mahyuddin Yassin membuktikan beliau ada sokongan majoriti telah terlepas. Pada 18 Mei 2020 yang lalu, adalah masa yang seawal mungkin untuk Mahyuddin Yassin menyelesaikan isu keabsahannya sebagai Perdana Menteri. Tetapi peluang itu telah terlepas.Jadi soal sah atau tidak kerajaan PN pimpinan Mahyuddin Yassin berleret-leret sampai sekarang. Bolehkah tanpa ada semakan,perbahasan dan kelulusan di Parlimen, Kerajaan PN pimpinan Mahyuddin Yassin yang keabsahannya dipersoalkan membelanjakan wang negara sebanyak RM295 bilion begitu sahaja?Jawapan saya sebagai seorang ahli parlimen ialah Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin tidak boleh berbuat demikian.Hassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir GudangSabtu 6 Jun 2020





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/apakah-pakej-ransangan-ekonomi-diumum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 383 hits
Pakej rangsangan ekonomi digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Te...
Pakej Ransangan Rm295 Bilion Belum Tentu Sah Dibelanjakan

Pakej Ransangan Rm295 Bilion Belum Tentu Sah Dibelanjakan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 342 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dalam tempoh 3 bulan lalu telah membentangkan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM295 bilion Sebanyak RM250 bilion pada Mac RM10 bilion pada April dan RM35 bilion pada Jun Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Ab...
Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 252 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi bertindak mengunci Parlimen dengan tidak membentangkan pakej ransangan ekonomi yang dinamakan Penjana bagi menghadapi kesan wabak Covid 19 itu di Parli...
Ppbm Simpang Renggam Anggap Maszlee Ketua Bahagian Sah Tolak Lantikan Muhyiddin

Ppbm Simpang Renggam Anggap Maszlee Ketua Bahagian Sah Tolak Lantikan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 379 hits
PPBM Bahagian Simpang Renggam menolak pelantikan yang dibuat oleh presiden parti itu Muhyiddin Yassin yang mengangkat timbalan ketua A zman Mohd Umar sebagai pemangku ketua bahagian tersebut Kenyataan bersama yang dipersetujui oleh naib ket...
Pakej Ransangan 70 Dipinjam

Pakej Ransangan 70 Dipinjam

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 425 hits
Ipohmali Bayangkan Dari RM 45 Billion suntikan Fiskal dalam Pakej Rangsangan RM 35 Billion terpaksa dipinjam maksudnya 70 dari pakej itu kita pinjam Bila kata pinjam memang Kerajaan takda duit lah kalau ada Duit takkan meminjam Dah belanja ...
Pelan Ransangan Ekonomi Pn Hanya Jangka Pendek

Pelan Ransangan Ekonomi Pn Hanya Jangka Pendek

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 292 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dianggap tidak mempunyai pelan jangka panjang dalam pemulihan ekonomi Pakej ransangan yang diumumkan semalam dan digelar sebagai Penjana dilihat pakar ekonomi hanya untuk jangka pendek dan tidak mungkin mampu mem...
Tindakan Muhyiddin Dalam Bersatu Tak Sah

Tindakan Muhyiddin Dalam Bersatu Tak Sah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 284 hits
Blog Che Det 1 Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin 2 Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional 3 Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan acara pelancar...
Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 330 hits
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata pelan tersebut...
Muhyiddin Umum Rm35 Bilion Untuk Jana Semula Ekonomi

Muhyiddin Umum Rm35 Bilion Untuk Jana Semula Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 395 hits
PERDANA MENTERI Muhyiddin Yassin mengumumkan dana RM35 bilion untuk menjana semula ekonomi yang terjejas ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Sebanyak RM10 bilion daripada jumlah itu merupakan suntikan fiskal langsung daripada ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt