Pelan Ransangan Ekonomi Pn Hanya Jangka Pendek



Kerajaan Perikatan Nasional dianggap tidak mempunyai pelan jangka panjang dalam pemulihan ekonomi.
Pakej ransangan yang diumumkan semalam dan digelar sebagai ‘Penjana’ dilihat pakar ekonomi hanya untuk jangka pendek dan tidak mungkin mampu memulihkan ekonomi dalam tahun-tahun mendatang.
Pakar ekonomi Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, beliau melihat “Penjana” lebih merupakan pelan sara hidup bagi membantu pekerja dan perniagaan.
“Ada suntikan fiskal RM10 bilion, tetapi sebahagian besarnya disalurkan kepada program subsidi gaji kerajaan,” katanya dipetik FMT.
Barjoyai berkata, tiada jaminan ekonomi dan perniagaan kembali normal dan ini bermakna pakej subsidi gaji lain mungkin diperlukan selepas ini.
“Ia bukan sesuatu yang tidak baik. Sebaliknya menghindari pengangguran sangat mustahak, terutama bagi pelan pemulihan jangka pendek. Tetapi inisiatif jangka sederhana dan panjang juga diperlukan.”
Ini katanya akan membolehkan para penganalisis, perniagaan, pelabur, pekerja dan orang awam melihat gambaran besar pemulihan ekonomi.
“Apakah langkah pemulihan teras yang akan diambil oleh kerajaan? Apakah rancangan jangka panjangnya?
“Saya fikir kerajaan berjaya mengawal krisis yang dihadapi dan membantu semua pihak supaya terus bernafas, tetapi kita juga perlu tahu apakah rancangan kerajaan selepas ini.”
Barjoyai berkata, pelan ekonomi jangka sederhana dan panjang akan membantu merangsang keyakinan serta sentimen perniagaan dan pengguna, yang kemudiannya akan menyokong pemulihan ekonomi.
Katanya, beliau mahu melihat pelan kerajaan untuk membantu PKS dan industri tradisional dan rendah nilai bergerak ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.
Beliau berkata, walaupun insentif cukai kepada pengeluar seperti industri automotif dan pelaburan asing baru merupakan sesuatu yang baik, namun ia akan mengambil masa dalam membuahkan hasil kerana kedua-dua pengguna dan perniagaan kini bersikap berhati-hati susulan ketidaktentuan yang wujud di peringkat global dan tempatan.
Pengarah eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia Shaun Edward Cheah menyifatkan Penjana sebagai pelan yang mengutamakan rakyat, antara lain, susulan pengenalan langkah melanjutkan subsidi gaji, geran PKS dan menambah pendapatan boleh guna.
“Yang tidak ada ialah ekosistem atau persekitaran pelaburan terbuka untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia.
“Langkah terbaik untuk menarik pelaburan asing dalam jangka pendek ialah liberalisasi ekonomi, dasar berdasarkan fakta yang stabil, bukannya dasar spontan yang kerap berubah seperti membekukan lesen baru arak yang bakal menghakis keyakinan dalam pemulihan dorongan industri pelancongan.”
Cheah berkata, kerajaan harus memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran mesra pelaburan asing yang akan merangsang keyakinan pelaburan domestik.
“Rakyat dan perniagaan tidak memerlukan bantuan tunai atau pinjaman khayalan. Mereka perlukan persekitaran ekonomi untuk pulih dan maju. Itulah namanya kemampanan,” katanya.
Dalam pada itu, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik tumpuan kerajaan untuk menyelamatkan pekerjaan, terutama melalui insentif pengambilan pekerja, peluasan program subsidi gaji, program latihan dan bantuan kepada perniagaan dalam melaksanakan inovasi dan pendigitalan.
“FMM bagaimanapun berharap program subsidi gaji diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira tahap gaji, selain penghapusan had 200 pekerja untuk sesebuah syarikat, kata presidennya Soh Thian Lai.
Beliau berkata, rebat cukai kepada PKS yang baru diwujudkan adalah langkah yang baik, tetapi pada masa sama berharap ia diperluaskan kepada PKS sedia ada.
Soh berkata, kadar cukai 0% dan pelepasan cukai pelaburan yang diperkenalkan bagi menggalakkan pelaburan baru berpindah ke negara ini juga harus diperluaskan kepada projek yang diluluskan sejak 2019, tetapi belum dimulakan akibat penularan wabak Covid-19.
“Ia telah ‘ada’ dan mesti dikekalkan kerana banyak usaha telah dilakukan bagi mendapatkan pelaburan tersebut,” katanya.
Soh juga menggesa Putrajaya supaya terus menyokong ekonomi dengan mempercepatkan projek infrastruktur dan pembangunan, selain meningkatkan penggunaan domestik.
“Kami menggesa kerajaan supaya memberi tumpuan kepada syarikat bersaiz sederhana dan memperkenalkan inisiatif untuk membantu mereka susulan kemampuan dan kapasitinya, selain ia mewakili sebahagian besar daripada jumlah pekerjaan di negara ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28093

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 402 hits
Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID 19 pulih sepenuhnya Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini Pemulihan ekonomi yang lebih...
Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 345 hits
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata pelan tersebut...
Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 327 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Antara yang diumumkan termasuklah Kadar pengangguran meningkat sehingga 800 000 orang menjelang akhir tahun 2020 Pelan Jana Semul...
Apakah Pakej Ransangan Ekonomi Diumum Muhyiddin Sah Digunakan

Apakah Pakej Ransangan Ekonomi Diumum Muhyiddin Sah Digunakan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 330 hits
Persoalan di atas penting dijawab Pada 27 Mac 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion di mana RM25 bilion diperuntukkan sebagai bantuan one off untuk meringankan beba...
Pelan Pemulihan Ekonomi Tumpu Tiga Matlamat

Pelan Pemulihan Ekonomi Tumpu Tiga Matlamat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 276 hits
PUTRAJAYA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama dalam memperkasakan ekonomi negara Menteri Kewangan Tengku Datuk Se...
Kerajaan Laksana Pelan Rangsangan Terbaru Rm35 Bilion Untuk Pulih Ekonomi

Kerajaan Laksana Pelan Rangsangan Terbaru Rm35 Bilion Untuk Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 421 hits
June 5 2020 4 00 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi atau Penjana bagi membantu memulihkan ekonomi negara daripada kesan wabak Covid 19 dan pelaksanaan perintah ka...
Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 404 hits
Pakej rangsangan ekonomi digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Te...
Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 269 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi bertindak mengunci Parlimen dengan tidak membentangkan pakej ransangan ekonomi yang dinamakan Penjana bagi menghadapi kesan wabak Covid 19 itu di Parli...
3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada jam 3 petang ini Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari i...
A Message To People In Africa South America And Asia Do Not Get Fooled By Woke

Kemas Rumpun Tebu

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Dune A Suzuki Dr350 Scrambler Destined For The Desert

Legoland Malaysia Is Now Autism Friendly What This Means For Your Family

Bet Smarter The Safety Benefits Of Using King Auto For Online Gambling

Kurma Kukus Bersantan Yang Sangat Sedap

Man Who Slapped Non Muslim Gets Dnaa Case Referred To Agc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laporan Produksi Yufid Bulan Februari 2025

Resipi Viral Raya Rahsia Nak Buat Sate Dan Kuah Kacang Lebih Sedap

Manusia Mungkin Masih Ada Harapan

Best Customer Service On The Official Olympus Slot Gambling Site

Lendir Selepas Haid

Surah Al Qadr