Ppbm Simpang Renggam Anggap Maszlee Ketua Bahagian Sah Tolak Lantikan Muhyiddin




PPBM Bahagian Simpang Renggam menolak pelantikan yang dibuat oleh presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang mengangkat timbalan ketua A’zman Mohd Umar sebagai pemangku ketua bahagian tersebut.
Kenyataan bersama yang dipersetujui oleh naib ketua dan 18 ahli jawatankuasa bahagian itu menyebut, watikah pelantikan A’zman pada 5 Jun sebagai pemangku ketua adalah tidak sah kerana Maszlee Malik adalah ketua bahagian yang sah mengikut perlembagaan parti.
“Beliau (Maszlee) bukanlah ketua bahagian penaja, tetapi telah menang dalam pemilihan ketua bahagian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan parti sendiri.
“Beliau juga masih lagi ahli yang sah kerana pemecatan beliau atau apa yang dikatakan terhenti keahlian serta merta adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan perlembagaan parti,” kata kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, Maszlee berkata, beliau masih ahli PPBM dan akan terus menumpahkan taat setianya kepada parti berkenaan walaupun pada ketika ini beliau merupakan salah seorang daripada 5 pemimpin yang keahliannya diputuskan terhenti secara serta-merta.
Maszlee berkata, beliau bertekad untuk terus bersama dengan PPBM, yang menurutnya merupakan parti tonggak masyarakat Melayu dan terus berhasrat untuk membawa negara yang sebelum ini terpalit dengan rasuah dan kleptokrasi ke arah yang lebih baik.
Terdahulu, dalam surat ditandatangani setiausaha kerja PPBM Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Maszlee, bersama-sama 4 pemimpin lain, iaitu Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Amiruddin Hamzah diisytiharkan terhenti serta-merta.
Surat itu menyebut pelucutan keahlian itu berlaku secara automatik apabila mereka berlima didapati duduk di kerusi blok pembangkang pada persidangan parlimen 18 Mei lepas.
Menurutnya perbuatan itu bercanggah dengan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan PPBM.
Fasal 10.2.2 perlembagaan PPBM menyebut pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka mengisytiharkan keluar parti.
Manakala itu Fasal 10.2.3 pula menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.
Pelucutan keahlian itu disahkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM semalam.
Mereka berkata, sehingga hari ini Maszlee tidak pernah membuat kenyataan keluar parti atau menyertai parti lain, bahkan tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti untuk dibicarakan atas apa-apa salah laku.
“Kami AJK Bahagian PPBM Simpang Renggam sekali lagi berikrar dan menyatakan taat setia kami kepada Maszlee sebagai ketua bahagian yang sah.
“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang usaha untuk memecahbelahkan kesatuan akar umbi PPBM Simpang Renggam.
“Kami akan terus bekerja keras bersama Maszlee untuk mengembalikan maruah parti yang dirobek serta tidak akan sesekali menggadaikan maruah, menagih habuan dari segenap arah,” katanya lagi.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/ppbm-simpang-renggam-anggap-maszlee-ketua-bahagian-sah-tolak-lantikan-muhyiddin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ppbm-simpang-renggam-anggap-maszlee-ket

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Bertegas Masih Ahli Ppbm Terus Setia Pada Parti

Maszlee Bertegas Masih Ahli Ppbm Terus Setia Pada Parti

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 376 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik PETALING JAYA Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik menegaskan beliau masih ahli PPBM dan akan terus menumpahkan taat setianya pada parti itu walaupun beliau merupakan salah seorang daripada...
Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Ppbm Malam Ini

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Ppbm Malam Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 338 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan tertinggi PPBM malam ini KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke rumah kelab Persatuan A...
Marzuki Yahya Dihenti Tugas Sebagai Ketua Ppbm Pulau Pinang

Marzuki Yahya Dihenti Tugas Sebagai Ketua Ppbm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 299 hits
Marzuki Yahya yang sebelum ini dilucutkan jawatan sebagai setiausaha agung PPBM kini turut diberhentikan tugas sebagai ketua parti itu di Pulau Pinang Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dalam sepucuk surat kepada Marzuki bertarikh 2 Jun berkata...
Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 445 hits
Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi jika gabungan itu didaftarkan pada masa akan datang menurut anggota Majlis Tertinggi parti itu Dr Mohd Puad Zarkashi Beliau mendakwa ia berbeza dengan hasrat Bersatu yang menurutnya ...
Gps Sarawak Dan Ppbm Sabah Sokong Muhyiddin Celah Mana Dapat Angka 129 Tu

Gps Sarawak Dan Ppbm Sabah Sokong Muhyiddin Celah Mana Dapat Angka 129 Tu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 440 hits
Ada pihak dakwa Dr Mahathir sudah ada nombor yang cukup untuk jatuhkan Muhyiddin Yassin Betulkah apa yang didakwa atau hanya sekadar psywar dari team Dr Mahathir GPS Sarawak Sudah Nyatakan Sokongan Kepada MuhyiddinTidak pelik kalau GPS Sara...
Permohonan Maaf Dr Kamarul Tidak Ikhlas Saya Tolak Kata Ketua Awan

Permohonan Maaf Dr Kamarul Tidak Ikhlas Saya Tolak Kata Ketua Awan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 278 hits
Permohonan maaf Dr Kamarul tidak ikhlas saya tolak kata Ketua AWANHanya selepas beberapa jam Dr Kamarul Zaman Yusoff memuatnaik permohonan maaf secara terbuka permohonan tersebut telah pun ditolak Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasiona...
Ppbm Tidak Berjuang Demi Individu Muhyiddin Ucap Selama Maju Jaya Tun

Ppbm Tidak Berjuang Demi Individu Muhyiddin Ucap Selama Maju Jaya Tun

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 359 hits
PPBM tidak berjuang demi mana mana individu tetapi demi agama bangsa dan negara kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 30 Mei Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mengambil tindakan terburu buru terhadap bekas pen...
Penjelasan Muhyiddin Bukti Tolak Ansur Presiden Bersatu Syed Ali

Penjelasan Muhyiddin Bukti Tolak Ansur Presiden Bersatu Syed Ali

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 321 hits
Astro Awani Syed Ali menjelaskan rakyat kini mahu Muhyiddin meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga PRU ke 15 Gambar fail KUALA LUMPUR Penjelasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubun...
Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 914 hits
May 30 2020 6 55 AMRina Harun berkata Wanita pimpinannya akan terus menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Rina Harun menolak dakwaan keluar parti dengan berkata beliau masih ketua Wanita...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord