Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz
MALAYSIA NOW
 Ali Biju berkata tuntutan gabungan PN sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan. 
Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan. Seorang ahli Parlimen Sarawak berkata beliau merasa “tidak masuk akal”  seorang peguam boleh mendukung dua ahli Parlimen Amanah dalam menolak  tuntutan Perikatan Nasional (PN) untuk penubuhan Kabinet yang bebas  daripada individu terpalit rasuah.
Ahli Parlimen Saratok Ali Biju berkata pendirian Ambiga Sreenevasan,  Mahfuz Omar dan Hanipa Maidin yang mempersoalkan sokongan majoriti ahli  Parlimen bukan sahaja melanggar Perlembagaan yang memperuntukkan Agong  perlu melantik perdana menteri berdasarkan majoriti sokongan bahkan  komitmen mereka mengenai kerajaan bersih boleh dipersoalkan.
“Satu hal yang pelik Mahfuz, Hanipa, dan Ambiga yang merupakan bekas  presiden Majlis Peguam boleh mengambil pendirian yang ekstrem dan tidak  lojik ini; seseorang mungkin boleh bayangkan mereka akan sambut baik  kerajaan PN yang bersih selain kebebasan badan kehakiman.
  “Tapi kerana ghairah mahu PH ambil kuasa kerajaan pusat menyebabkan pendirian mereka rendah ke tahap ini,” kata Ali.
Ulasan Ali itu tampil selepas Ambiga memanjangkan pendirian Mahfuz  yang mempersoalkan pendirian 50 ahli Parlimen PN menyokong Ismail  sebagai calon perdana menteri selagi beliau tidak melantik individu  terkait rasuah dalam pentadbiran negara.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin turut berkata perdana menteri baru  perlu mengangkat prinsip pemisahan kuasa, kebebasan bahdan hakiman dan  raja berperlembagaan.
Namun Mahfuz berhujah mengatakan syarat tersebut menyebabkan undi PN  tidak sah dengan memetik surat speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen  yang mengarahkan mereka secara individu menyerahan pilihan calon  perdana menteri mereka.
Terdahulu, speaker memberikan garis panduan kepada ahli-ahli Parlimen  mengenai format surat kepada Agong, mengatakan mereka perlu dengan  jelas dan terang menyatakan calon pilihan mereka dengan kerelaan hati  selain memastikan kerahsiaan kandungannya dipatuhi.
Ali berkata hujah penyokong pembangkang “merepek, tidak berasas dan  satu tanda yang menunjukkan PH terdesak kerana gagal mengumpulkan  sokongan yang cukup untuk menduduki jawatan perdana menteri”. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/apakah-ambiga-kini-menentang-kerajaan.html