Sidang Media Ismail Sabri 31 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Pn Makan Diri Tikam Pm
KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin UMNO berpandangan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terus menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya “menikam” semula Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi berkata, ini berikutan selepas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad umum meletakkan jawatan semalam sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan juga beberapa ahli UMNO menafikan menyokong Muhyiddin.
“Ia memalukan Ismail kerana Noraini ada ‘weightage’ (kekuatan). Noraini adalah Ketua Wanita UMNO yang bertaraf timbalan presiden. Di belakangnya akar umbi UMNO yang besar dan penting. Itu yang Muhyiddin mahukan. Ismail gagal ‘deliver’ (bawa) untuk Perdana Menteri.
“Kedua, Ismail memasukkan nama Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Azeez Rahim dalam senarai yang sokong Muhyiddin. Tetapi kedua duanya nafi dalam sidang media berasingan,” katanya di Facebooknya.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau tetap mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada sidang Parlimen awal bulan depan.
Dalam pada itu, Puad berkata Ismail juga cuba berselindung menggunakan naratif taat titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu keabsahan Kerajaan PN ditentukan oleh Parlimen September nanti.
“Ismail Sabri mendedahkan dirinya sebagai penentang keputusan parti. Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dia berikrar akur keputusan parti dan sedia letak jawatan.
“Rupanya dia masuk kumpulan yang ikut agenda musuh UMNO, Sepatutnya dia bersolidariti dengan partinya sendiri. Kini Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak bersama dengannya. Pengerusi Pengerusi Perhubungan negeri juga tidak bersamanya,” katanya.
Puad berkata, Ismail hanya didokong oleh ahli Umno yang sudah jumpa “pintu keluar” seperti Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Dafuk Seri Ismail Mutalib, Datuk Seri Nazri Aziz, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hassan Ariffin dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
“Warkah Agong pada 29 Julai lalu menzahirkan rasa murka dan dukacita Baginda kepada perdana menteri dan kerajaan PN kerana isu Ordinan Darurat. Kenapa Datuk Sri Ismail Sabri berdegil untuk bersama dengan Muhyiddin,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/sidang-media-ismail-sabri-31-mp-sokong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)