Apabila Anwar Disebut Arwah


 
Anwar Ibrahim mungkin sudah kerap berkongsi betapa berpuluh-puluh tahun beliau dicerca dan dicaci-maki sehingga sudah lali tetapi yang terbaru ini harus mengatasi jangkaan perdana menteri sendiri.
Di sebalik ingatan dan teguran, sidang Dewan Rakyat yang baru masuk persidangan hari ketiga bagi penggal ini menurun ke tahap lebih rendah apabila orang yang masih hidup dibahasakan sebagai ‘arwah’.
Berselindung di sebalik ungkapan yang kononnya digunakan warga maya, Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Jan, 42, daripada PAS, dalam sidang pada Rabu dipercayai merujuk kepada perdana menteri sebagai ‘sudah tiada’.
“Dulu ada seorang hero di Malaya kita ini, selalu bercakap untuk menurunkan harga minyak, harga elektrik dan turunkan kos sara hidup. Untuk elektrik, orang tersebut sebut nak panggil tauke-tauke besar nak bagi minum air teh tanpa gula. Saya masih ingat ayat tersebut.
“Dan sebut akan bagi masa dua minggu untuk bagi cadangan bagaimana beliau boleh menurunkan harga elektrik. Tapi sayang, sekarang beliau sudah tiada. Netizen mengatakan jika ‘arwah’ masih ada, pasti rakyat Malaysia tak akan susah seperti sekarang ini,” katanya.
Dicelah oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer daripada DAP, yang bertanya siapa yang dirujuknya kerana ‘hero’ itu dibahasakannya sebagai ‘arwah’, Fawwaz menjawab ringkas: “Ya, saya kata netizen kata, bukan saya kata.”
Tidak mungkin dirujuknya perdana menteri terdahulu – Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob – kerana semuanya masih ada.
Tidak berpuas hati, Rayer menuntut supaya perkataan ‘arwah’ itu ditarik balik: “Walaupun netizen (kata), kita telah dinasihatkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) baru kelmarin dulu.”
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Isnin bertitah bahawa Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah, sebaliknya untuk wakil rakyat membahaskan agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
“Parlimen ialah dewan perhimpunan yang paling utama dalam sistem negara kita. Inilah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata. Tempat undang-undang digubal dan medan semak dan imbang. Justeru, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan mementingkan parti atau kelompok sendiri sahaja,” titah baginda.
Tahu ia tak betul pun, Fawwaz yang berstatus ustaz berkelulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah, tetap gunakan juga ungkapan ‘arwah’ dengan beralasan ia bukan ciptaannya tapi daripada warga maya.
“Daripada roh, apa yang masalahnya. Minta maaflah saya hormati beliau sebagai perdana menteri. Cuma Yang Amat Berhormat baru-baru ini ada menyebutkan berkaitan apa kerajaan dulu buat. Jadi sekarang saya pula nak bertanya beliau sudah 24 tahun berjanji macam-macam, apa yang beliau buat sekarang sebagai perdana menteri dengan janji-janjinya?”
Tertunggu-tunggu juga apa pendirian kepimpinan PAS, terutama Mursyidul Am Hashim Jasin dan Tok Guru Hadi Awang mengenai kenyataan Fawwaz itu tapi bukan menghairankan jika ia direstui mereka – sama seperti tabung membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad melunaskan saman fitnah RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP atas nama jihad.
Hashim berkata, perbuatan itu tidak bercanggah dengan hukum Islam kerana sikap saling bantu-membantu ialah amalan yang dituntut dalam Islam.
“Derma untuk wakil rakyat itu (Mastura) tidak salah, ia juga bukan bercanggah dengan hukum Islam. Kita bantu Siti Mastura sebab apa yang dia lakukan itu bukan bersifat peribadi tetapi untuk parti ketika berkempen pilihan raya,” katanya.
Sambil menekankan penggunaan perkataan ‘arwah’ adalah kurang sopan, Rayer menambah: “Dalam ungkapannya biadap dan sesuatu yang tidak patut dinyatakan walaupun Permatang Pauh mengatakan netizen yang mengatakan. Kalau begitu, saya katakan kalau netizen mengatakan PAS ini parti ajaran sesat, adakah mereka (PAS) akan terima perkara itu?
“Menggunakan ungkapan ‘arwah’ itu adalah sesuatu yang amat kurang sopan. Dan menjunjung titah Tuanku kelmarin, saya mintalah supaya sahabat saya menarik balik kepada sesiapa juga ditujukan. Ia mencadangkan bahawa orang ini telah mati, itu adalah fahamannya, dan daripada PAS.”
Ketika itu, Ahli Parlimen Jerlun Abd Ghani Ahmad daripada PAS bangun mempertahankan: “Peraturan 36(4), adakah perkataan ‘arwah’ yang dikeluarkan oleh Permatang Pauh itu boleh disifatkan mengelirukan Dewan dan adakah ia dikatakan bahasa kurang sopan dalam Dewan ini?
“Itu saya kira perkataan yang menunjukkan pandangan pihak luar, bukan Permatang Pauh yang sebutkan. Jadi 36(4) ini tak berkaitan. Dan 36(12) pun tidak mengelirukan Dewan.”
Menyangkal pandangan itu, Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan (Amanah) membangkitkan: ”Kami keliru, Speaker, sebab dia tujukan kepada perdana menteri. Dia sebut tadi dengan jelas. Perdana Menteri Tambun hidup lagi.
“Tapi saya sebenarnya suka lagi, biar dia tabur fitnah. Buat cerita tak betul, adu domba, fitnah, biar rakyat di luar tahu. Saya suka sebenarnya sebab parti ni parti sepu-pu, sepu-pu (mengikut sebutan suku kata oleh Siti Mastura).”
Enggan memanjangkan isu itu dan tidak mengarahkan Fawwaz menarik balik perkataan ‘arwah’, Speaker Johari Abdul merumuskan: “Ia mengenai hati nurani. Kalau sekiranya kita sebagai Ahli Parlimen merasakan kita mempunyai dhamir (kata ganti nama seseorang) yang baik, kita tidak akan ungkapkan perkataan yang orang lain tak suka.
“Kerana apa juga ente ungkapkan itu melambangkan hati kita. Kalau hati kita busuk dan kotor, yang keluar dari mulut, itulah dia. Soalnya dia sebut kepada perdana menteri atau tidak, cuma dia saja yang tahu. Untuk itu, saya tinggalkan suasana ini kepada pengungkap itu kerana yang akan menilai ialah rakyat di luar, bukan kita di sini.”
Berbanding ketegasannya tidak membenarkan Anwar dituduh ‘penderhaka’ oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pada Selasa, agak menghairankan Johari tidak menurutkan gesaan supaya perkataan ‘arwah’ itu ditarik balik.
Namun, seperti dikatakannya, panggilan ‘arwah’ itu melambangkan hati pengungkapnya yang busuk dan kotor, tidak mungkinlah Fawwaz tidak berasa apa-apa kecualilah hatinya telah mati.
Sesuai dengan kesukaan Fawwaz merujuk kepada netizen untuk beliau memilih dan memetik ungkapan digunakan mereka, maka ada baiknya beliau turut merujuk apa yang dikatakan sesetengah mereka susulan ucapannya di Parlimen pada Rabu.
“Perbuatan memfitnah, menghina dan mencela pemimpin ialah ciri khas kaum Khawarij. Umat Islam perlu berhati-hati dengan parti ini,” kata satu akaun TikTok menggunakan nama Merah.
“Aduh. Dulu pemimpin dia bawa ke dalam sidang guna bukti daripada WhatsApp., lepas tu daripada FB. Kali ni, dari kata-kata netizen. Bawalah isu-isu rakyat, macam mana nak membantu rakyat, nak membangunkan ekonomi rakyat. Ini ke yang nak gantikan kerajaan perpaduan … Janganlah, ini bukan standard kerajaan, ini bukan boleh jadi pemimpin kerajaan,” kata Datomeletop2.
“Apa punya level (Ahli Parlimen) PAS ni. Macam ni ke akhlak seorang MP yang bertaraf ustaz? Senang-senang je boleh arwahkan orang yang tak meninggal lagi. Dia boleh ambil kenyataan daripada ‘cytro’ walaun bawa masuk dalam Parlimen. Gila betul la,” kata harunshah1991 pula.
Pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di ibu negara pada 29 Jan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengingatkan agar ahli gabungan itu bercakap berdasarkan fakta bagi mengelakkan sebarang masalah.
Setiap ucapan disuarakan, tambahnya, perlu mengikut fakta bagi mengelakkan isu berbangkit terutama dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Seperti seorang khatib yang khutbahnya berpesan-pesan kepada dirinya sendiri dan jemaah, Muhyiddin – baru melunaskan sepenuhnya jumlah penghakiman RM1.4 juta termasuk kos kepada Lim Guan Eng berhubung satu saman fitnah – harus amat tepat dalam ingatannya kepada pemimpin dan ahli PN.
Cuma, dalam isu terbaru membabitkan Fawwaz, ingatan presiden Bersatu itu jelas tidak diendahkan, apatah lagi titah Agong pun turut diabaikan.
Oops, ini hantaran terbaru daripada Normyta di TikTok: “Arwah Fawwaz Md Jan. Arwah MP Permatang Pauh.”
Bukan saya kata, netizen yang kata. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/apabila-anwar-disebut-arwah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Akan Gerakkan Usaha Bina Semula Sekolah Masjid Dan Hospital Di Gaza Pm Anwar

Malaysia Akan Gerakkan Usaha Bina Semula Sekolah Masjid Dan Hospital Di Gaza Pm Anwar

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perkembangan usaha Malaysia dan Jepun membangunkan semula Gaza selepas gencatan senjata baru baru ini Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 29 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program...
Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 182 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia and Japan are working together to establish a fund under the East Asian Cooperation Framework for Palestinian Development to accelerate Gaza s reconstruction PETALING JAYA Malaysia will begin rebui...
Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 160 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu Kuantan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 30 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamp...
Prabowo Sering Kunjungi Anwar Ketika Dipenjara

Prabowo Sering Kunjungi Anwar Ketika Dipenjara

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 143 hits
Presiden Indonesia Prabowo Subianto sering melawat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipenjara pada 1999 Foto Facebook Anwar IbrahimJAKARTA 28 Jan Presiden Indonesia Prabowo Subianto merupakan antara pemimpin dunia yang sering...
Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi kaum Tionghua Menerusi hantaran di media sosial Anwar berkata sambutan Tahun Baharu Baharu Cina kali ini diharap aka...
Prabowo Sahabat Setia Sentiasa Ada Ketika Senang Dan Susah Pm Anwar

Prabowo Sahabat Setia Sentiasa Ada Ketika Senang Dan Susah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 139 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Prabowo Subianto untuk acara minum petang sempena lawatan negara Presiden Indonesia itu ke Malaysia di Menara Berkembar PETRONAS Kuala Lumpur pada Isnin Foto BernamaKUALA ...
Sejak Dulu Lagi Anwar Adalah Yang Terbaik

Sejak Dulu Lagi Anwar Adalah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 101 hits
Nama Dato Seri Anwar Ibrahim pernah gah satu ketika dahulu kerana digelar sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia pada tahun 1996 Ternyata visi pemikiran beliau dapat dilihat hingga kehari ini Dan dalam masa 2 tahun sahaja Malaysia kian jelas...
Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 109 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 8 30 AMBersih mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Mal...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun