Malaysia Akan Gerakkan Usaha Bina Semula Sekolah Masjid Dan Hospital Di Gaza Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perkembangan usaha Malaysia dan Jepun membangunkan semula Gaza selepas gencatan senjata baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program pembangunan semula Gaza dan Palestin akan disegerakan dengan usahasama Kerajaan Jepun dan Malaysia menerusi dana Persidangan Mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Menerusi perkongsian klip video di Facebook pada Rabu, Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan kepada usaha itu, Malaysia akan membina sebuah sekolah, sebuah hospital dan sebuah masjid.
“Alhamdulillah, atas usaha kerajaan dan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan), kita dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur.
“Bagi pihak Malaysia, dengan usaha ini dan usaha yang saya percaya bersama dengan rakyat dan kolaborasi dengan sektor swasta.
“Insya Allah, kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat.
“Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya.
Terdahulu pada 18 Januari, Anwar memberitahu pelan berkenaan akan digerakkan bersama Jepun dan telah dipersetujui Perdana Menteri Shigeru Ishiba ketika lawatan rasmi pada 9 Januari lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba hadir ke Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana pada Jumaat. Turut sama, isteri kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Yoshiko Ishiba. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Seluruh Gaza hancur… sekolah, masjid, hospital, dan rumah. (Perbelanjaan) dijangka sampai 1 trilion dolar.
“Tetapi kita respond ini kerana Jepun yang mencadangkan… kerajan Jepun cadang untuk Asia Timur, Jepun dan Malaysia mempengerusikan bersama usaha membina semula Gaza.
“Kita akan minta Jepun menyegerakan pertemuan di peringkat pegawai,” katanya semasa sidang media di London, United Kingdom.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/malaysia-akan-gerakkan-usaha-bina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Kata Pindah Anwar Mata Kita Bina Semula Gaza Melalui Wakaf Dan Derma

Trump Kata Pindah Anwar Mata Kita Bina Semula Gaza Melalui Wakaf Dan Derma

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 164 hits
Trump kata pindahkan semua rakyat Palestin ke tempat lain PMX Anwar kata kita bina Bandar Malaysia di Gaza Kenyataan PMX adalah penting sekaligus menolak gesaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah air mereka PMX juga dilihat seba...
Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 240 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia and Japan are working together to establish a fund under the East Asian Cooperation Framework for Palestinian Development to accelerate Gaza s reconstruction PETALING JAYA Malaysia will begin rebui...
Ngo Sambut Baik Usaha Pm Bangunkan Semula Gaza Bersama Jepun

Ngo Sambut Baik Usaha Pm Bangunkan Semula Gaza Bersama Jepun

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 201 hits
PERTUBUHAN bukan kerajaan di Malaysia menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza melalui kerjasama antara Malaysia dan Jepun Ketua Pegawai Eksekutif Global Peac...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 309 hits
USAHA kerajaan untuk membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin mendapat pujian dan reaksi positif dalam kalangan orang ramai Rata rata mereka ditemui Edisi Rakyat berkata usaha dibuat kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datu...
Rebuilding Gaza Clueless Anwar Should Build Housing Schools Power Water Infrastructure For Malaysia First

Rebuilding Gaza Clueless Anwar Should Build Housing Schools Power Water Infrastructure For Malaysia First

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 248 hits
He gave away public funds to the tune of RM100 million to Palestine but no one knows who actually got the money as banks were destroyed in Gaza during the war He was globe throttling using taxpayers money to lobby the Arabs to stop Israel s...
Terkini Pmx Bersetuju Bina Semula Gaza Ada Kah Yang Tak Berpuas Hati

Terkini Pmx Bersetuju Bina Semula Gaza Ada Kah Yang Tak Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 186 hits
TERKINI Pembangunan semula Gaza Malaysia akan bina sebuah sekolah hospital dan masjid menerusi program Asia Timur Malaysia dan Jepun berhasrat tubuhkan dana bagi pembangunan semula Gaza Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bina Semula Gaza 33 Bulan Dulu Senyap Ja Pun Apa Pun Tarak

Bina Semula Gaza 33 Bulan Dulu Senyap Ja Pun Apa Pun Tarak

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 183 hits
Pembangunan Semula Gaza Malaysia Bina Sekolah Hospital Dan Masjid PM Anwar
Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 317 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his lecture at the London School of Economics and Political Science BERNAMA picKUALA LUMPUR Malaysia s decision to join BRICS was not about aligning with a particular bloc but rather a resp...
Cptpp Platform Kritikal Pelaburan Perdagangan Malaysia Uk Pm Anwar

Cptpp Platform Kritikal Pelaburan Perdagangan Malaysia Uk Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 347 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan produk YTL UK di Bristol sempena lawatan kerja ke United Kingdom pada Rabu Foto Facebook Anwar IbrahimLONDON 16 Jan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Tran...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Istirehatlah Daripada Cinta Yang Salah

Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je