Apa Yang Menarik Di Pulau Besar Melaka
Pulau Besar Melaka, a hidden gem of Melaka. Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place. Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni.
Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami
Isteri : Pulau apa yang paling dekat kita boleh pergi ye
Suami : Pulau Besar Melaka. Tapi orang kata tempat tu berhantu
Dari perbualan tu, baru lah Fiza tahu kewujudan Pulau Melaka ni. Ahhh sudah. Baru nak teruja boleh bercuti ke Pulau yang terdekat. Tiba pulak suami cakap berhantu. Auto terbatal hajat nak bercuti kat Pulau
Almaklumlah sejenis tak pernah bercuti di Pulau yang betul betul Pulau selain Pulau Langkawi.
Teringinlah nak tahu apa yang menarik di Pulau Besar Melaka. Atau mungkin juga ada tempat menarik di Pulau Besar Melaka sekitarnya
Kredit image : soscili.my
Dengan menggunakan pekhidmatan pakcik google. Dapatlah beberapa maklumat tentang Pulau Besar Melaka yang nak tahu sangat tu. Tak jumpa pula review bercuti yang best kat sini. Yang ada cuma cerita sejarah Pulau Besar Melaka, Tasik bunian Pulau Besar Melaka.
Mana-mana yang bercuti di Pulau Besar ni akan menginap di Pulau Besar Melaka Resort atau Pulau Besar Melaka Hotel yang disediakan. Tak nak bermalam, pergi balik hari pun boleh katanya lah
Sejarah Pulau Besar MelakaPulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi yang merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka (Semenanjung Malaysia). Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.-wikipedia
Pulau Besar, sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan kisah lagendanya. Pulau Besar juga ada kisah sejarahnya khususnya kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara.
Pulau Besar menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Dan kini Negeri Melaka telah membina sebuah muzium untuk memaparkan kisah dan lagenda Pulau Besar. Antaranya :
Makam Sultanul Ariffin Sheikh IsmailMakam Syarifah RodziahMakam Tok JanggutMakam Tok PutihPerigi di Kaki PulauBatu Belayar@Batu Penambat KapalBatu TengkorakPokok DisulaTasik BiawakBatu BelahKeramat Masin TawarIstana BunianPerkampungan BunianTasik BunianGua YunusKeramat UlarMakam Nenek KebayanPerigi Tempayan PecahMakam Tujuh BeradikMakam SeribuMakam Nisan SatuPerigi Nenek MusallimahTapak Kaki Sultanul AarifeenBatu Lesung
Daripada cerita rakyat tempatan, ada beberapa mitos disebalik kisah tempat-tempat lagenda dan bersejarah di atas. Bila cerita mitos ni faham lah ye cerita tu pasti akan berubah-berubah penceritaan dia.
Banyak juga amalan pelik yang dilakukan di Pulau Besar ni. Disebabnya ianya mistik, ada yang melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat dengan mengadakan aktiviti pemujaan dan beberapa ritual lain
Era tahun 1980, kerajaan negeri telah berusaha membangunkan Pulau Besar tetapi gagal. Kuasa mistik masih kuat disitu dan semuanya tak menjadi lalu terbengkalai
Kononnya nak mengusahakan ternakan lembu Fresian. Satu persatu lembu hilang. Bina resort dan telah siap sepenuhnya, tapi terbengkalai tanpa pulangan modal. Dikatakan pembinaan resort tersebut menganggu penduduk kampung jin.Pembinaan Taman Tema Tamadun Islam juga gagalsumber cerita : soscili.my
Jadi persoalannya, Pulau Besar dah membangun pesat ke camna sekarang? Apa Yang Menarik di Pulau Besar Melaka tu? Orang Melaka ada yang tahu ke? Atau ada yang pernah bercuti di Pulau Besar ke?
Tengok dari gambar hasil carian google, Pulau Besar ni cantik. Pulau kan, mestilah cantik! Tapi itulah, tak banyak cerita best tempat menarik Pulau Besar ni. Dia lebih banyak cerita kisah mistik. Aduh, potong betul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/09/apa-yang-menarik-di-pulau-besar-melaka.html