Aseania Beach Resort Resort Terbaik Di Pulau Besar Mersing Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aseania Beach Resort - Resort Terbaik di Pulau Besar, Mersing, Johor  | Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua resort terbaik yang ada di Pulau Besar, Mersing, Johor. Kalau anda ada baca dalam artikel sebelum ini, iaitu artikel Travelogue 5 Hari 4 Malam di Johor Darul Takzim, aku ada ceritakan sedikit atau sepintas lalu mengenai resort yang aku bakal kongsikan ini. In shaa Allah dalam artikel kali ini, anda akan melihat beberapa gambar yang menarik dan cantik, gambar makanan dan juga gambar resort tersebut. ✌😎
ASEANIA BEACH RESORT - RESORT TERBAIK DI PULAU BESAR, MERSING, JOHOR

Pulau Besar, dikenali juga dengan nama Pulau Babi Besar merupakan sebuah pulau di Laut Cina Selatan. Merupakan sebahagian daripada kepulauan Mersing seperti Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Hujung, Pulau Tinggi dan sebagainya, pulau ini mempunyai pantai yang bersih dan putih

Sebelum memulakan cerita lebih lanjut, aku nak berterima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Tourism Johor untuk peluang menjejakkan kaki ke pulau ini. Oh, kepada anda yang belum tahu, trip ke sini adalah sebahagian daripada program Majestic Johor yang diadakan pada awal bulan September




Tiba sahaja di Pulau Besar ini, aku begitu teruja. Pertama pastinya melihat kejernihan dan kecantikan air lautnya. Begitu biru ya! Berbeza dengan air laut yang pernah aku lihat sebelum ini di sekitar perairan Selat Melaka. (Aku memang kurang pengalaman bercuti di tempat-tempat cantik)

Keduanya adalah melihat betapa cantiknya pantai dan persekitaran, termasuklah langit yang begitu indah, bagaikan menghargai kedatangan kami ke pulau ini. Sebenarnya ada beberapa lagi resort disini, tetapi yang utama dan paling terbaik adalah Aseania Beach Resort

ASEANIA BEACH RESORT

Aku cukup suka dengan konsep resort ini, di mana setiap bilik adalah dibina terasing dan dengan reka bentuk ala-ala kampung. Kawasan persekitan juga sangat bersih serta sangat tersusun rapi. Ada beberapa pilihan kalau anda nak datang disini, ada yang berdekatan dengan pantai, ada yang agak ke dalam dan sebagainya




KEADAAN BILIK RESORT
Seperti biasa dalam artikel review hotel atau review resort sebelum ini, kali ini aku nak tunjukkan pada anda gambar di dalam bilik, kemudahan yang disediakan serta rupa bahagian dalamnya


Setiap bilik adalah jenis twin sharing, tapi ada juga bilik yang triple sharing tapi aku tak tahu bilik yang mana. Bilik yang aku tinggal untuk malam tersebut adalah jenis twin sharing. Katil yang sangat besar dan luas ya! Memang sangat selesa. Selain itu, daripada gambar yang sama jugak anda boleh lihat kedudukan pendingin hawa yang betul-betul dibahagian kepala. Memang sangat sejuk dan berfungsi dengan baik



Bagi aku bilik yang diberi dan disediakan ini sangagt lengkap. Semua yang anda perlukan ada, dan sekiranya ada yang tak cukup, anda boleh terus minta pada bahagian reception resort. Aku rasa bilik sebegini boleh memuatkan keluarga yang ramai contohnya 4 orang dan sebagainya. Konsep bilik sebegini sangat menarik, tambahan pula ada bahagian berandah di hadapan bilik. Sesuai untuk berehat-rehat dan lepak.

SESI BERGAMBAR
Sesi bergambar pastinya sesi paling ditunggu-tunggu. Bila dah sampai ke pulau yang cantik, laut yang membiru dan jernih serta persekitaran yang indah, bergambar adalah satu kewajipan! Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tanpa melengahkan masa mencari port-port yang cantik untuk diambil gambar sebagai kenangan dan juga mencari gambar yang sesuai untuk diupload di instagram untuk membuatkan rakan-rakan lain cemburu. Jadi, dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil.✌😎




Bila tiba di pulau sebegini, ditambah lagi dengan jumlah pengunjung yang agak kurang, sememangnya nak bergambar sangat mudah tanpa sebarang gangguan. Selain itu, laut yang cantik, cahaya matahari yang menuju waktu terbenam memang sangat indah. Satu pengalaman yang aku rasa sangat berharga. Okay bila semua dah berpuas hati dengan gambar masing-masing, apa lagi, kami semua terus masuk ke laut mandi-manda


SESI MAKAN MALAM

Selepas selesai membersihkan diri dan sebagainya, tibalah masa untuk makan malam. Pada sebelah malamnya kami semua makan malam dengan menu barbeku. Makan pula di restoran yang betul-betul terletak di tepi pantai, memang begitu santai dan tenang, bilamana sambil makan, sambil ditampar angin sepoi-sepoi bahasa.
Pilihan makanan juga sangat banyak dan begitu menyelerakan. Menu pertama yang aku nampak dan aku ambil berulang kali adalah sate ayam dan sate daging! Memang kegemaran aku, terutamanya bila balik ke kampung di Kedah, memang aku akan makan bersama keluarga kerana harga yang murah. 😝

Malam tu memang aku sangat kenyang dengan sate dan juga menu-menu lain. Mungkin sebab lapar sangat selepas mandi-manda. Sehingga artikel ini ditulis aku masih lagi terbayang denagn menu-menu pada malam tu yang cukup menyelerakan

SESI SARAPAN PAGI


Untuk sarapan pagi pula, menu yang disediakan adalah seperti menu biasa, nasi lemak dan beberapa menu lain. Walaupun sebenarnya aku masih kekenyangan dengan makanan barbeku malam sebelumnya, aku tak dapat nak lepaskan bersarapan. Memang sedap dan menyelerakan

SESI MAKAN TENGAHHARI

Sebelum bergerak ke lokasi berikutnya, kami semua makan tengah hari di Aseania Beach Resort ini. Selepas mencuba untuk ketiga-tiga sesi makan, aku dapat simpulkan bahawa makanan di sini sanagt sedap dan terbaik! Anda tak perlu risau bila datang dan menginap disini tentang makanannya. Anda pasti kenyang dan puas hati. 
Untuk makanan tengah hari disini aku cukup puas dan sangat kenyang. Rasa macam boleh nak tambah beberapa kali lagi haha.😜
HARGA & JENIS PENGINAPAN

Okay, untuk harga dan tawaran yang disediakan di Aseania Beach Resort ini, anda boleh lihat di dalam gamabr yang disediakan diatas. Harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman yang bakal anda rasai bersama mereka yang tersayang

Kesimpulannya, jika anda datang ke Pulau Besar, anda perlu untuk menginap di Aseania Beach Resort kerana resort ini begitu lengkap dengan kemudahan, makanan yang sedap serta pantai dan laut yang sangat indah

Lokasi : Lot 33,34 & 35, Pulau Babi Besar, 86800 Mersing, Johor
Facebook : https://www.facebook.com/aseaniaonpulaubesar/
SEKIAN
#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor
Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/aseania-beach-resort-resort-terbaik-di-pulau-besar-mersing-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm200 Juta Naik Taraf Kemudahan Pulau Sibu Pulau Besar

Rm200 Juta Naik Taraf Kemudahan Pulau Sibu Pulau Besar

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 292 hits
RM200 JUTA NAIK TARAF KEMUDAHAN PULAU SIBU PULAU BESAR Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING Peruntukan RM200 juta akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke 12 untuk menaik taraf kemudahan di Pulau Sibu dan Pulau Besar dalam usaha memberi keseles...
Apa Yang Menarik Di Pulau Besar Melaka

Apa Yang Menarik Di Pulau Besar Melaka

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 523 hits
Pulau Besar Melaka a hidden gem of Melaka Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami Isteri ...
D Aur Beach Resort Pantai Bersih Jadi Tumpuan Bachok Jajahan Pelancongan Di Kelantan

D Aur Beach Resort Pantai Bersih Jadi Tumpuan Bachok Jajahan Pelancongan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 971 hits
Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort D Aur Beach Resort terletak kira ki...
Amazfit Gtr 2 Dan Gts 2 Kini Rasmi Bateri Lebih Besar Dan Ciri Pemantauan Tahap Oksigen Darah

Amazfit Gtr 2 Dan Gts 2 Kini Rasmi Bateri Lebih Besar Dan Ciri Pemantauan Tahap Oksigen Darah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 266 hits
Pada tahun lepas Amazfit telah memperkenalkan jam tangan GTS dan juga GTR Hari ini kedua dua jam tersebut mendapat pengganti iaitu GTR 2 serta GTS 2 Kedua duanya membawakan spesifikasi hampir sama antara satu sama lain namun dengan rekaan l...
Pemerintah Ngotot Gelar Pilkada Saat Pandemi Guru Besar Uin Pilih Golput

Pemerintah Ngotot Gelar Pilkada Saat Pandemi Guru Besar Uin Pilih Golput

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 281 hits
Guru besar Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Azyumardi Azra memilih untuk menjadi golongan putih atau tidak memilih dalam gelaran Pilkada Serentak 2020 Azyumardi menyatakan bahwa sikap ini diambilnya untuk menghormati rib...
Kedai Pengalaman Realme Di Sunway Pyramid Lebih Besar Dan Lebih Baik

Kedai Pengalaman Realme Di Sunway Pyramid Lebih Besar Dan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 417 hits
realme Malaysia hari ini mempunyai pembukaan untuk kedai pengalaman baru di Sunway Pyramid Peminat dan pembeli yang mengunjungi kedai akan menikmati pengalaman yang baik kerana realme telah meningkatkan kedai gambarnya menjadi kedai pengala...
Emas Berada Di Bawah Tekanan Jualan Besar Besaran

Emas Berada Di Bawah Tekanan Jualan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 299 hits
Emas mempercepatkan penurunan setelah kejatuhan agresif semalam di bawah tahap psikologi 1 900 Ia diniagakan pada paras 1 876 dan nampaknya sangat lemah pada carta 4 Jam Peningkatan Dolar AS berbanding pesaingnya cenderung untuk mendorong l...
Langkah Le Meridien 10 Kesilapan Besar Anwar Ibrahim Dr Kamarul Zaman Yusoff

Langkah Le Meridien 10 Kesilapan Besar Anwar Ibrahim Dr Kamarul Zaman Yusoff

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 295 hits
Dalam cacatan terbaru di Facebook oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff beliau mengariskan 10 Kesilapan Besar Anwar Ibrahim dalam pengumuman terbaru beliau yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen se...
Muhyiddin Yakin Grs Menang Besar

Muhyiddin Yakin Grs Menang Besar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 349 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan Gabungan Rakyat Sabah bakal meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata keyakinannya adalah berdasa...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun