Sprm Di Gesa Siasat Guru Besar Perdayakan Pibg Guna Pengaruh Tukar Guru Sesuka Hati


 


KUANTAN -  Tindakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah dekat sini yang tergamak memperdayakan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sekolah terbabit terbongkar.
Guru Besar terbabit, Hamidah Abdul Hamid (foto) didakwa sanggup menggunakan minit mesyuarat untuk membuka akaun kedai buku berasingan.
Menurut sumber,  tindakan menyembunyikan akaun jualan harian dari pengetahuan PIBG menyebabkan Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan terpaksa memprotes.
"Dalam minit mesyuarat lalu ada item-item dan syarat-syarat permohonan online (perbankan internet) dengan mewujudkan tiga ID. Namun tidak berlaku sedemikian"
"Guru Besar memasukkan semua nama guru termasuk beliau sebagai 'checker' akaun kedai buku itu. Beliau dilihat cuba memonopoli urusan pengeluaran duit"
"Jadi segala urusan keluar masuk duit jualan tidak diketahui oleh PIBG. Beliaulah 'checker dan maker' yang menyalahgunakan kuasa," dakwa sumber tersebut.
Difahamkan beliau sebelum ini juga sering berkelahi dengan Yang DiPertua PIBG atas hal-hal sekolah dan lain-lain. Permusuhan terseut  berpanjangan, kerana beliau rasa dirinya hebat.
Malah dengan kuasa yang ada beliau sanggup membelakangi YDP dan seluruh AJK PIBG untuk  menyembunyikan pendapatan jualan kedai buku PIBG, kata sumber itu lagi.
Beliau didakwa ''cukup kebal' kerana mempunyai pengaruh kuat di JPN Pahang.
"Kebal kerana salah seorang Timbalan Pengarah JPN Pahang mempunyai hubungan saudara dengannya. Malah sebelum ini beliau sendiri juga pernah bertugas di JPN Pahang"
"Pengarah sekarang dan juga rakan baik kepada 'Pemangku Timbalan' Sektor pengurusan sekolah JPN pahang begitu rapat dengannya. Lantaran itu beliau berkuasa dan  bebas menukarkan guru-guru yang dirasakan tidak perlu dan tidak 'ngam' dengannya," dakwa sumber itu lagi.
Sementara itu terdapat juga dakwaan, selaku Guru Besar beliau sering mencerca dan mengherdik Ketua Kerani sekolah itu di depan pentadbir lain atas tuduhan dan prasangka yang melampau.
"Ada guru-guru yang diancam tukar, maklumat dan nama guru yang dirasakan tidak 'ngam' dihantar ke JPN Pahang untuk diambil tindakan tukar dan sebagainya"
"Semasa di sekolah itu semua GPK dibawah beliau tidak diberi kuasa yang sepatutnya, GPK diancam tukar dan dilaporkan ke JPN Pahang untuk diambil tindakan walau atas perkara yang kecil, yang boleh diselesaikan secara dalaman sahaja," tambah sumber itu.
Difahamkan juga beliau telah minta dipindah lkan ke sekolah lain kerana tidak lagi dapat berkerja dengan baik bersama guru-guru di sekolah lamanya.
"Semuanya disebabkan tindakan beliau sendiri yang melampau terhadap guru-guru dan kakitangan. Beliau dengan senang mengatur pertukaran dan memilih sekolah yang beliau kehendaki untuk menukar guru-guru,  kerana pengaruh hebatnya di JPN Pahang"
"Bayangkan dalam tempoh dua tahun telah tiga buah sekolah beliau berkhidmat sebagai Guru Besar. Adakah beliau seorang yang hebat? Hebat kerana dapat berpindah ke mana sahaja yang dia suka. Memang besar sungguh pengaruh beliau sebenanya?" kata sumber itu lagi.
Ada dakwaan mengatakan setiap sekolah yang beliau berkhidmat, pastu akan  berlaku masalah dengan guru-guru dan juga PIBG. Sikap beliau ini mungkin berpunca daripada pengaruhnya dan beliau juga punyai hubungan 'kabel" yang kuat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.
"Mungkin dek kerana itulah beliau berjaya mengukuhkan cengkaman dan  tidak dimakan saman. Difahamkan beliaulah antara pencetus konflik di JPN Pahang sekarang, dan menjadi dalang pertukaran seorang Guru Penolong Kanan (GPK) yang pernah dikhianatinya semasa bertugas di sekolah yang sama dulu"
Tambah mengejutkan, beliau pernah mengancam akan mencampakkan Guru Penolong Kanan terbabit ke sekolah llain selepas dia berpindah.
Susulan ugutan itu, akhirnya GPK yang berkenaan telah diberikan surat tukar ke sekolah lain walau pun baru setahun lebih bertugas di sekolah lamanya.
"
itulah kehebatan beliau. Walau pun telah berpindah sekolah namun masih lagi berkuasa menukarkan GPK di sekolah lamanya. Mungkin kerana rakan rapat dan 'saudara' beliau banyak membantu urusan ini," tambah sumber itu.
Justeru pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat segera isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa ini. Kita tidak mahu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Nama baik JPN Pahang terjejas gara-gara 'politik dalaman'. #pahangdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/sprm-kpm-di-gesa-siaaat-isu-guru-besar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Segera Guru Ajar Subjek Bm Guna Bahasa Mandarin

Siasat Segera Guru Ajar Subjek Bm Guna Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 113 hits
BANGI 4 Safar 1442H Selasa Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Haji Omar Kassim menggesa siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan bahawa subjek Bahasa Melayu diajar dalam bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cin
Sprm Siasat Dakwaan Berkait Tanah Di Perak

Sprm Siasat Dakwaan Berkait Tanah Di Perak

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 58 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan siasatan terhadap laporan dibuat Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Hamidah Osman berhubung dakwaan pemberian tanah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Ahmad Khusairi Yaha...
Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 121 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan dimulakan ke atas isu pencemaran air Sungai Gong Rawang Siasatan dibuat bagi meneliti unsur unsur rasuah melibatkan mana mana pihak termasuk agensi penguat kuasa SPRM...
Sprm Siasat Kes Ladang Durian Haram Di Raub Orang Ramai Di Minta Beri Maklumat

Sprm Siasat Kes Ladang Durian Haram Di Raub Orang Ramai Di Minta Beri Maklumat

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 103 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan dalam kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan ...
Pemerintah Ngotot Gelar Pilkada Saat Pandemi Guru Besar Uin Pilih Golput

Pemerintah Ngotot Gelar Pilkada Saat Pandemi Guru Besar Uin Pilih Golput

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 84 hits
Guru besar Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Azyumardi Azra memilih untuk menjadi golongan putih atau tidak memilih dalam gelaran Pilkada Serentak 2020 Azyumardi menyatakan bahwa sikap ini diambilnya untuk menghormati rib...
Berpadalah Guna Teknologi Jangan Sampai Anak Anak Rasa Jauh Hati Ustaz Don Daniyal

Berpadalah Guna Teknologi Jangan Sampai Anak Anak Rasa Jauh Hati Ustaz Don Daniyal

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 89 hits
Itulah yang berlaku di kalangan kita hari ini Kita melarang anak anak menggunakan gajet di rumah tapi kita sendiri sebagai ibu bapa menggunakannya tanpa henti Masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama anak anak kita isikan dengan bermain g...
Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 87 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang diminta menyiasat dakwaan kekosongan jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser akan diisi oleh calon pintu belakang Menurut sumber kekosongan untuk jawatan berkenaan telah diiklankan oleh PKBF da...
Veveonah Besar Hati Terima Jemputan Makan Malam Bersama Perdana Menteri

Veveonah Besar Hati Terima Jemputan Makan Malam Bersama Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 82 hits
Penuntut Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet hari ini berbesar hati selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri T...
Disebalik Gambar Kelibat Pontianak

Anakanda Sultan Brunei Baru Sahaja Mangkat Al Fatihah

Nikahi Gadis 17 Tahun Kakek Sarna Cerita Sempat Lesu Saat Hubungannya Putus

Kenapa Pas Tidak Memainkan Peranan Utama Dlm Isu Semasa

Baru Je Kecoh Kehilangan Scha Alyahya Di Ig Sekali Keputusan Ujian Covld 19 Dia Dan Suaminya Awal Didedahkan

Usia Jamaah Haji Dan Umroh Dibatasi Maksimum 50 Tahun

Air Mata Seorang Ibu Orang Ramai Luluh Lihat Keadaan Ibunda Almarhum Pengiran Muda Azim

Mee Goreng Mamak



Kisah Pengasas Whatsapp Yang Kecundang Kerana Facebook

7 Ciptaan Terhebat Pihak Kesatuan Soviet

Resepi Kek Minyak Paling Gebu dan Lembut

Info Penuh Program Vokal Mania TV3 2020

Senarai Peserta Vokal Mania TV3 2020


Menteri Kesihaan Kita Tak Nampak Muka Weiiii Makan Gaji Buta Ke

Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan Bukan Darurat

Harakah Akhbar Tanda Tanya

Menjunjung Kasih Tuanku

Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Lagu Hutang Part 4

Nilai Luqman Naik Dua Kali Ganda