Apa Pelan B Malaysia Hadapi Sekatan Vaksin Covid Kesatuan Eropah



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjelaskan kepada rakyat pelan alternatif Program Vaksinasi Kebangsaan selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan eksport terhadap vaksin Covid 19 yang dihasilkan kilang-kilang di dalam kesatuan itu.
Menurut Pasukan Petugas Imunisasi Pakatan Harapan (PH), sekatan vaksin itu pastinya akan menjejaskan Malaysia kerana negara ini banyak menempah vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca yang diproduksi di Eropah.
“Keputusan EU ini sudah pasti akan memberi kesan kepada Program Vaksinasi Covid-19 di Malaysia. Pasukan Petugas Imunisasi PH menggesa Kerajaan Malaysia menjelaskan status dan kesan sekatan ini terhadap Program Vaksinasi Kebangsaan Covid-19.
“Berdasarkan laporan, Malaysia tidak termasuk dalam senarai 120 negara yang dikecualikan daripada sekatan eksport lebih ketat bagi vaksin Covid yang dihasilkan di EU.
“Kawalan eksport oleh EU terhadap vaksin Covid yang telah ditempah blok tersebut – termasuk Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca – terpakai di antara 30 Januari higga 31 Mac. Ini dipercayai akan memberi kesan kepada Malaysia kerana vaksin Pfizer yang kita tempah dihasilkan di Belgium.
“Lebih-lebih lagi Malaysia dijangka menerima 144,000 dos vaksin Pfizer bulan ini, dan program vaksinasi kebangsaan Covid-19 dijangka bermula bulan ini.
“Malaysia juga dijadual menerima 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca seawal April sebagai tambahan kepada bekalan vaksin Pfizer untuk fasa vaksinasi berikutnya, yang akan melibatkan inokulasi warga emas dan kumpulan berisiko tinggi terutama yang mempunyai komorbiditi (comorbidity) sedia ada,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
Menurut mereka lagi, meski pun kerajaan Malaysia turut menempah vaksin keluaran syarikat Sinovac dari China namun keberkesanan vaksin tersebut masih tidak sebaik vaksin yang dihasilkan negara Barat.
Tambahan pula, vaksin Sinovac belum diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang biasanya akan mengambil masa 60-90 hari untuk kelulusan.
“Vaksin Sinovac menunjukkan keberkesanan yang tidak sekata dalam pelbagai ujian klinikal, dengan menunjukkan keberkesanan 50.4 peratus dalam ujian tahap akhir di Brazil.
“Semua faktor ini mungkin menyebabkan kelewatan pelaksanaan program vaksinasi. Dengan pertambahan kes Covid-19 dalam negara, kerajaan perlu jelaskan perancangan dan halatuju dalam mengatasi cabaran serta bagaimana kelewatan ini akan memberi kesan kepada komitmen kewangan kita kepada syarikat-syarikat farmaseutikal?
“Apakah jangkamasa baharu kerajaan dengan perkembangan terbaru ini?
“PH percaya kerajaan perlu telus dan proaktif merangka pelan mengatasi kesan kelewatan serta menyediakan pelan menyeluruh untuk mengekang wabak Covid dari terus menular
“Untuk itu respon “Find, Test, Trace, Isolate and Support” (FTTIS) perlu diperbaiki segera untuk memastikan jumlah ujian saringan adalah dalam julat 5% sebagaimana disarankan WHO, isu lambakan kes diselesaikan dan pengesanan kontak rapat diperkemas menggunakan aplikasi digitial,” kata mereka.
Selain itu, Pasukan Petugas Imunisasi PH juga tidak bersetuju dengan dasar sekatan vaksin yang dilakukan EU dalam keadaan meruncing di seluruh dunia memerlukan pencegahan terhadap jangkitan Covid.
PH menggesa agar EU menghormati hak negara membangun mendapatkan akses kepada vaksin yang boleh menyelamatkan jutaan nyawa penduduk negara dunia ketiga.
“Pasukan Petugas Imunisasi PH beranggapan dasar ini menimbulkan rasa bimbang terhadap kemungkinan lahirnya semangat ‘nasionalisme vaksin’ (vaccine nationalism) di negara-negara pengeluar vaksin.
“PH menggesa EU menghormati hak negara membangun mendapatkan akses vaksin Covid-19. Kami berdiri bersama semua negara membangun lain dalam menggesa negara-negara pengeluar vaksin menghormati kontrak-kontrak yang telah ditandatangani antara negara-negara dan syarikat vaksin agar tidak dikenakan sebarang sekatan eksport.
“Pada waktu pandemik global ini, semua negara perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah kekurangan vaksin dalam semangat kemanusiaan, kesaksamaan peluang dan menghormati perjanjian,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi PH, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Lumut Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, Exco Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela bt Ariffin, Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Maria Mahmud dan Exco Kesihatan Negeri Sembilan Veerapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31398

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bangga Ini Individu Pertama Di Malaysia Disuntik Vaksin Covid 19 Fasa Tiga

Saya Bangga Ini Individu Pertama Di Malaysia Disuntik Vaksin Covid 19 Fasa Tiga

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 265 hits
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Adam Loh telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid 19 bagi peringkat kajian klinikal Suntikan tersebut diterima melalui satu prosedur percub...
Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 293 hits
Proses vaksinasi menentang wabak Covid 19 di Malaysia akan bermula Mac hadapan Ini adalah langkah yang perlu kerana gelombang ketiga wabak yang kini melanda Malaysia mencatatkan kes positif dan kematian yang tinggi Di dalam temubual bersama...
Bekalan Vaksin Covid 19 Pfizer Ke Malaysia Tidak Terjejas

Bekalan Vaksin Covid 19 Pfizer Ke Malaysia Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 187 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM KHAIRY JAMALUDDINPUTRAJAYA Pembekalan vaksin Covid 19 dari syarikat Pfizer tidak terjejas biarpun Kesatuan Eropah mengumumkan untuk mengenakan tindakan kawalan eksport vaksin berkenaan yang dikilangkan di negara n...
50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 210 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas berkenaan situasi semasa negara dalam melawan penyakit berjangkit Covid 19 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menempah vaksin penghat...
Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini j...
44 434 Ribu Vaksin Covid 19 Dibagikan Ke Dinkes Kota Dan Kabupaten Tangerang

44 434 Ribu Vaksin Covid 19 Dibagikan Ke Dinkes Kota Dan Kabupaten Tangerang

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 168 hits
Kepala Dinas Kesehatan Liza Puspadewi mengungkapkan bahwa ribuan vaksin yang sudah diterimanya itu akan digunakan untuk dua termin Pada termin pertama vaksin yang digunakan sebanyak 11 113 dosis
Vaksin Covid 19 Menurut Perspektif Islam

Vaksin Covid 19 Menurut Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 201 hits
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin Covid 19 yang dijangka pada bulan hadapan masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu Malaysia akan menerima bekalan vaksin Covid 19 menerusi perja...
Covid 19 Di Malaysia Diramal Teruk

Covid 19 Di Malaysia Diramal Teruk

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 198 hits
MINGGU lalu rakyat di negara ini menerima khabar menggembirakan apabila Malaysia dilaporkan akan mendapat bekalan sebanyak 12 8 juta dos vaksin Covid 19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 6 4 juta rakyat Malaysia Vaksin tersebut difah...
Sehari Setelah Disuntik Vaksin Covid 19 Dokter Di Palembang Ditemukan Meninggal Dunia

Sehari Setelah Disuntik Vaksin Covid 19 Dokter Di Palembang Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 228 hits
Seorang dokter berinisial JF ditemukan tewas di dalam mobilnya sendiri Jumat Mobil tersebut terparkir di sebuah minimarket yang berada di Jalan Sultan Mansyur Kelurahan Bukit Lama Kecamatan Ilir Barat I Palembang Sumatera Selatan Warga yang...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas