Vaksin Covid 19 Menurut Perspektif Islam




 Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin Covid-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.
Malaysia akan menerima bekalan vaksin Covid-19 menerusi perjanjian dengan syarikat farmaseutikal dari United Kingdom, AstraZaneca dan syarikat Pfizer dari Amerika Syarikat.
Biarpun kita sudah hampir pasti akan mendapat bekalan vaksin Covid-19 dalam tempoh terdekat ini menerusi perjanjian dua hala itu bagi membendung penularan pandemik, “suara-suara sumbang” ini dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan kerajaan biarpun ia dilihat sebagai satu langkah terbaik di dalam situasi global yang penuh mencabar ini.
Antara alasan yang sering dilontar dan diulang pakai oleh golongan antivaksin ini terutamanya dalam laman media sosial ialah bahan yang digunakan ketika penghasilan vaksin diambil dari unsur haram untuk umat Islam seperti DNA babi, konspirasi jahat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengurangkan dan mengawal populasi penduduk dunia, serta pelan billionair Bill Gates untuk menjayakan “Plandemik”.
Dakwaan-dakwaan berat dikeluarkan golongan ini pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam hati orang ramai terutama umat Islam, sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang umatnya menggunakan benda yang haram.
Ternyata sebenarnya masih ramai orang awam khususnya orang Islam tidak tahu kewujudan kaedah Fiqh Islami yang khusus berkaitan isu penyucian bahan di dalam vaksin yang dikenali sebagai Istihalah dan Istihlak.
Apa makna Istihalah, Istihlak?
Pendakwah bebas Abdul Rahman A Shukor memberikan penerangan bahawa isu berkaitan penggunaan unsur haram di dalam vaksin sudah lama dibincangkan sejak dahulu oleh para agamawan dan ulama, bahkan ia adalah “settled issue”, dengan begitu banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan mengenai vaksin yang boleh dirujuk.
Beliau menjelaskan bahawa konsep Istihalah dan Istihlak turut boleh diaplikasikan di dalam fatwa semasa berkaitan isu kehalalan sesuatu vaksin.
“Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum (dari haram ke halal) kerana berubah zatnya iaitu bahan dari sumber yang haram yang berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan suci.
Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.
“Konsep Istihlak pula ialah bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan itu. Bahan berkenaan rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun zatnya masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Beliau, yang juga Penasihat Shariah Institusi Perbankan Islam turut menjelas lanjut, kaedah asal mengikut hukum Islam ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka tidak timbul isu syariah mengenainya, di samping ianya harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian.
Menjaga nyawa lebih penting
Namun sekiranya vaksin itu mempunyai atau bercampur dengan unsur haram, Rahman menjelaskan ia terbahagi kepada dua kategori hukum.
“Pertama, jika ada vaksin lain yang lebih suci dan diyakini sumbernya, maka tidak boleh digunakan vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi asas dalam fatwa-fatwa mengenai vaksin.
“Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci tetapi keadaan bersifat darurat bagi menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau ‘hifz al-nafs’ adalah di antara objektif syariah. Ini bermakna sesuatu vaksin tidak semudah itu untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat,” katanya.
“Kita ambil contoh terkini, Malaysia bakal mengimport vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer. Difahamkan vaksin ini diperbuat daripada mRNA (vaksin yang tidak menggunakan virus hidup dari Covid-19) dan tidak terlibat dengan unsur haram. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin Covid-19 diperbuat daripada unsur haram.
Beliau kemudian membawa satu contoh kes yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) berhubung hukum menggunakan Vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus, manakala Vaksin Meningococcal Miningitis Menomune yang mengandungi unsur bovine (lembu), porsin (babi) dan avian (itik) adalah haram.
Namun beliau menjelaskan terdapat kajian semula terhadap Vaksin Meningitis Menomune dengan menjelaskan formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan vaksin itu yang bebas daripada sumber haiwan, dengan akhirnya Muzakarah MKI memutuskan penggunaannya adalah diharuskan dengan fatwa terdahulu vaksin itu dibatalkan.
“Kita ambil contoh terkini, Malaysia bakal mengimport vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer. Difahamkan vaksin ini diperbuat daripada mRNA (vaksin yang tidak menggunakan virus hidup dari Covid-19) dan tidak terlibat dengan unsur haram. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin Covid-19 diperbuat daripada unsur haram.
“Lagipun dalam pembuatan vaksin juga berlaku penyaringan, penyucian dan pemurnian berulang kali sehingga bahan asal itu tidak dapat dikesan pada peringkat akhir vaksin. Dengan kata lain, unsur asal haram tidak lagi menjadi kandungan bagi vaksin.
“Oleh itu, kita sebagai rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan tentang terdapat unsur haram dalam vaksin kerana MKI telah mengeluarkan pelbagai fatwa mengenai perkara ini daripada aspek hukum dengan jelas sekali,” katanya.
Tidak timbul isu halal-haram vaksin
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Murshidi Mohd Noor berkata, sebenarnya majoriti ulama kontemporari berpandangan bahawa istihalah dari khinzir masih dibolehkan dengan syarat proses istihalah itu berlaku dengan sempurna dan merubah zat asalnya kepada zat yang lain.
“Namun, sekiranya proses istihalah itu diragui akan keberhasilannya seperti proses perubahan zat asal tidak berlaku dengan lengkap, maka ia tidak dibolehkan. Perkara ini bergantung kepada proses istihalah yang berlaku sama ada lengkap atau tidak menerusi ujian makmal. Istihalah itu sendiri bermaksud satu proses perubahan dari satu zat kepada zat yang lain dan perubahan yang berlaku itu mengubah sama sekali sifat asal sesuatu zat.
“Mereka juga berpandangan, keharusan ini sebenarnya bagi memudahkan orang ramai pada masa kini yang menggunakan banyak bahan mengandungi gelatin untuk pemakanan atau perubatan,” katanya.
“Lagipun, untuk isu yang terbaru berkaitan vaksin Covid-19, berdasarkan maklumat sedia ada, semua vaksin Covid-19 tidak mengandungi kandungan berunsur porcine (babi) atau bovine (lembu), maka di sini sebenarnya tidaklah timbul vaksin ini tidak boleh digunakan umat Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Murshidi turut menyokong penuh keputusan yang dikeluarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 3 Disember, 2020 yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Persetujuan terhadap keputusan ini dengan mengambil kira langkah-langkah yang diambil dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebelum sesuatu ketetapan dikeluarkan

Laporan penuh sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/vaksin-covid-19-menurut-perspektif-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Hukum Ditetapkan Selaras Pandangan Tokoh Ilmuwan Islam Dunia Zulkifli

Vaksin Covid 19 Hukum Ditetapkan Selaras Pandangan Tokoh Ilmuwan Islam Dunia Zulkifli

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 22 Jan Hukum penggunaan vaksin COVID 19 dalam kalangan umat Islam dalam negara adalah selaras dengan pandangan tokoh tokoh ilmuwan Islam dan institusi institusi fatwa dunia
Faktor Usia Keadaan Kesihatan Penerima Vaksin Covid 19 Dikemas Kini Semula

Faktor Usia Keadaan Kesihatan Penerima Vaksin Covid 19 Dikemas Kini Semula

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM DR ADHAM BABAPUTRAJAYA Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pemegang pendaftaran produk Pfizer Sdn Bhd berhubung kematian 23 individu berusia 80 ...
Bukan Chip Ini Fungsi Barcode Di Botol Vaksin Covid 19

Bukan Chip Ini Fungsi Barcode Di Botol Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 235 hits
Barcode hanya menempel pada kemasan vaksin Kode batang tersebut tidak akan menempel pada orang yang diberi vaksin
Vaksin Covid 19 Boleh Menjadikan Lelaki Gay

Vaksin Covid 19 Boleh Menjadikan Lelaki Gay

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 233 hits
Selaras dengan penemuan Vaksin bagi COVID 19 berbagai pendapat dari kumpulan anti vaksin mula kedengaran menggugat keyakinan ramai akan keperluan mendapatkaan Vaksin ini bagi mencegah penularan COVID 19 Selain dari dalam negara kita sendiri...
Vaksin Covid 19 Dari Who Untuk Negara Miskin Dibagikan Pada Kuartal Pertama 2021

Vaksin Covid 19 Dari Who Untuk Negara Miskin Dibagikan Pada Kuartal Pertama 2021

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 235 hits
Gelombang pertama vaksin COVID 19 melalui program COVAX untuk negara negara miskin diharapkan akan didistribusikan pada kuartal pertama tahun ini kata Badan kesehatan Dunia Jumat
3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 298 hits
Bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan 3 000 sukarelawan yang berusia sekurang kurangnya 18 tahun untuk menawarkan diri bagi ujian klinikal berkenaan Dalam satu hebahan media yang...
Doktor Amerika Maut Setelah Suntik Vaksin Covid

Doktor Amerika Maut Setelah Suntik Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 339 hits
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat kes seorang doktor di Florida Amerika Syarikat yang meninggal akibat keadaan yang jarang berlaku iaitu gangguan darah yang teruk Doktor tersebut meninggal This is a content summary only Visit my web...
Hoaks Vaksin Covid 19 Mengandung Chip Pelacak

Hoaks Vaksin Covid 19 Mengandung Chip Pelacak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 231 hits
Kabar vaksin Covid 19 mengandung chip dibantah keras Juru Bicara Satgas Penanganan Covid 19 Wiku Adisasmito Bahwa kabar ada chip yang mampu melacak orang di dalam kandungan vaksin Corona adalah hoaks alias berita bohong Dijelaskan Wiku bahw...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner

Lirik Lagu Pendam Rasa Evanatie

Kolaborasi Skin Hero Mobile Legend X Naruto Spipudden