Apa Jaminan Kestabilan Kerajaan Ph Apabila Wakil Melayu Bukan Lagi Dominan
agendaily.com15/8/2021
Pecahan sokongan Ahli Parlimen berdasarkan kaum di dalam Pakatan Harapan.
Kami mengingatkan kepada Ahli Parlimen (MP) Melayu bahawa teras kekuasaan di Malaysia mestilah di tangan orang Melayu. Jangan digadai maruah dan anak cucu kepada mereka yang bersikap cauvinis.
Ingatlah Wasiat Raja-Raja Melayu “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.
Wasiat ketujuh: “Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).”
Namun, apabila melihat kepada angka sokongan diterima daripada MP yang duduk di dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) serta MP Bebas, kita berasa ngeri apabila jumlah komposisi dari segi kaum jauh berbeza.
Ini sekali gus menunjukkan Melayu tidak ada suara di dalam gabungan itu, walaupun yang mengetuainya adalah orang Melayu sendiri tetapi jika undian dilakukan pasti Melayu akan kalah.
Berdasarkan komposisi sokongan di dalam PH, Melayu hanya mempunyai 33 MP sahaja berbanding bukan Melayu sebanyak 58 MP. Keseluruhan sokongan terhadap PH hanyalah 91 MP.
Setelah Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang berpunca daripada kleptokrat pemimpin UMNO, negara diperintah oleh PH dan diketuai oleh Melayu, tetapi majoriti suara kerajaan ketika itu berada di pihak bukan Melayu.
Melayu kembali bertaut apabila muncul kesedaran di kalangan MP Bersatu, PAS dan UMNO, setelah melihat bahaya yang bakal menimpa negara di bawah PH.
Namun kini, perpecahan di kalangan pemimpin politik Melayu gara-gara kerakusan untuk merebut kuasa kembali berulang dan semakin teruk. Tiada lagi semangat juang seperti ditunjukkan ketika British memperkenalkan Malayan Union pada 1946. Ketika itu yang menyatukan Melayu adalah semangat Islam.
Perpecahan berpunca daripada segelintir pemimpin UMNO yang dulunya meletakkan Islam di hadapan, tetapi sekarang hilang entah ke mana.
Penarikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal meruntuhkan sebuah kerajaan Islam yang tegak melaksanakan tanggungjawab terhadap semua kaum dan agama sejak Mac 2020.
Sekali gus tindakan itu juga membuka semula pintu pusat pentadbiran negara di Putrajaya kepada majoriti bukan Melayu. Inilah yang rakyat saksikan sekarang, dan mereka menunggu waktu untuk menjatuhkan hukuman selepas penggal Parlimen tamat.
Rakyat juga, tidak kira Melayu, Cina, India, Serani, Iban dan etnik lain, sedang memerhati. Dalam keadaan mereka berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19, pemimpin-pemimpin blok pembangkang dan rakan sekutu mereka
Justeru, suhu keegoan, kedengkian, iri hati dan dendam di kalangan pemimpin Melayu mesti diturunkan.
Ada pepatah Cina menyebut, perjalanan beribu langkah tidak akan berlaku jika tidak dimulakan dengan langkah pertama.
Oleh itu fikirkan masa depan negara tercinta ini.
Tok Akhi
Pemerhati Politik Kampung
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/apa-jaminan-kestabilan-kerajaan-ph.html