Peluang Terakhir Bentuk Kerajaan Melayu Islam Ada Di Tangan Umno


utusantv.com
Oleh Zulkiflee Bakar
-August 17, 2021

Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC, baru-baru ini.
ANALISIS

ESOK hari yang penting untuk Malaysia. Ia akan menentukan siapakah kerajaan baharu dan siapakah pula Perdana Menteri yang baharu.

Surat akuan sokongan oleh 220 ahli Parlimen akan menjadi penentu sama ada krisis politik akan berakhir atau terus bergelut dengan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Dan hari ini, kita menyaksikan bagaimana dahsyatnya ‘perang saraf’ pertarungan mencari angka dalam kalangan parti-parti politik.

Tumpuan diberikan kepada UMNO yang dilihat berpeluang cerah meletakkan calon mereka, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri memandangkan Ahli Parlimen Bera itu telah mendapat sokongan daripada parti-parti yang pernah berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun Ismail Sabri terpaksa berhadapan dengan ‘kerenah’ parti sendiri apabila ada ahli Parlimen UMNO tidak mahu memberi sokongan atas sebab-sebab hanya mereka ketahui.

Ramai yang pelik.

Mereka tertanya-tanya kenapa boleh jadi begitu. Ketika PH bergelut mencari angka, UMNO pula angka ada di depan mata bagaikan ‘mahu ditolak’.

Bagaimanapun kenyataan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui Facebook beliau melegakan banyak pihak. Beliau memberi isyarat bahawa sudah ada kesepakatan dalam kalangan semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO untuk memberi sokongan padu kepada seorang calon daripada UMNO.

Jika semua berjalan lancar bermakna Ismail Sabri mempunyai peluang cerah menjadi Perdana Menteri Ke-9 dan sekaligus mewujudkan kembali sebuah kerajaan Melayu-Islam yang ditunjangi oleh UMNO.

Namun begitu segala berkemungkinan sehingga pukul 4 petang esok sebelum tempoh menyerahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong ditutup. Atas sebab itulah kesemua ahli-ahli Parlimen UMNO perlu istiqamah untuk menyokong Ismail Sabri.

Jangan ada sesiapa yang mahu bermain politik, apatah lagi melakukan ‘pengkhianatan’ selepas membuat akujanji memberi sokongan kepada beliau. Kata perlu dikota, bukan didusta, janji perlu ditepati bukan dimungkiri’ kerana kelompok munafik sahaja yang ‘bercakap lain buat lain dan memungkiri janji’.

Ini peluang untuk UMNO, ini peluang untuk memperkasa kembali kuasa politik Melayu. Maka jangan dimusnahkan peluang itu disebabkan sebarang tindakan yang boleh dianggap ‘satu pengkhianatan’.

Penulis percaya semua ahli Parlimen UMNO memahami amanah dan harapan yang ada di bahu mereka apabila menandatangani surat akuan memilih calon Perdana Menteri esok. Dan penulis juga percaya mereka akan berpegang kepada janji dan kesepakatan seperti mana dikatakan oleh Annuar.

Semoga esok, segala kemelut akan berakhir. Semoga esok, rakyat akan menyaksikan kali terakhir adegan politik yang sudah cukup memualkan. Kepada ahli-ahli Parlimen UMNO, jangan biar harapan ini lebur kerana surat akuan yang ditandatangani adalah penentu kepada nasib bangsa, agama dan negara..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/peluang-terakhir-bentuk-kerajaan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahidan Cabar Umno Tunjuk Bukti Ada Majoriti Bentuk Kerajaan

Shahidan Cabar Umno Tunjuk Bukti Ada Majoriti Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 179 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR UMNO dicabar supaya menunjukkan bukti yang parti itu mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Datuk Seri Shahidan Kassim b...
Retorik Kerajaan Majoriti Melayu Islam Pecah Juga

Retorik Kerajaan Majoriti Melayu Islam Pecah Juga

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 212 hits
Kerajaan majoriti Melayu Islam pecah perbanyak usaha bipartisan tentukan dasar negaraTARMIZI ANUWARPerdana Menteri sudah letak jawatan pun Mungkin ada orang kata sudah sudahlah PM sudah pun letak jawatan Sebenarnya banyak perkara yang kita ...
Umno Tunjang Perjuangan Orang Melayu Dan Islam Tengku Azlan Istihar Tinggalkan Bersatu Sertai Umno

Umno Tunjang Perjuangan Orang Melayu Dan Islam Tengku Azlan Istihar Tinggalkan Bersatu Sertai Umno

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 354 hits
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Mu Muazzam Shah atau lebih di kenali dengan panggilan Ku Lan telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti Bersatu dan menyertai UMNO Beli...
Presiden Umno Beri Amaran Kepada Kerajaan Baru Untuk Tidak Mengulangi Kesilapan Kerajaan Lalu Dalam Menangani Covid 19

Presiden Umno Beri Amaran Kepada Kerajaan Baru Untuk Tidak Mengulangi Kesilapan Kerajaan Lalu Dalam Menangani Covid 19

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 223 hits
Di Facebook Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan baru untuk mematuhi prosedur operasi standard yang berkaitan dengan Covid 19 dan adil dalam pelaksanaannya KUALA LUMPUR 23 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti...
Kini Bukan Lagi Kerajaan Pn Tapi Kerajaan Umno Bn

Kini Bukan Lagi Kerajaan Pn Tapi Kerajaan Umno Bn

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 338 hits
Kamarool Haidi Editor Malaysia Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin masih mahu bernostalgia bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri daripada UMNO Barisan Nasional ini sebagai kerajaan Perikatan Nasional Tiada masalah ji...
Ngo Melayu Islam Serah Warkah Rakyat Kepada Istana Negara

Ngo Melayu Islam Serah Warkah Rakyat Kepada Istana Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 189 hits
Mohon Agong isytihar darurat politik sehingga PRU15 BANGI Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam menyerahkan Warkah Rakyat kepada pihak Istana Negara hari ini Warkah itu mengandungi cadangan kepada solusi untuk krisis politik n...
Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 255 hits
Bagi sebagian umat Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu Orang orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan Berbeda den...
Terkini Kerajaan Pn Tumbang Umno Serah Surat Tarik Sokongan Pada Agong

Terkini Kerajaan Pn Tumbang Umno Serah Surat Tarik Sokongan Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 203 hits
August 3 2021 Umno telah menyerahkan surat akuan yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin suda...
Kenyataan Penuh Umno 5 Perkara Mengenai Penarikan Sokongan Terhadap Kerajaan Pm

Kenyataan Penuh Umno 5 Perkara Mengenai Penarikan Sokongan Terhadap Kerajaan Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini telah mengumumkan penarikan semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang m...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan