Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti Wp


Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji? Ini Jawapan Mufti WP
Setiap tahun, hampir jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berduyun-duyun memenuhi tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Dua amalan mulia ini melambangkan ketaatan dan pengabdian seseorang hamba itu kepada Allah SWT.
Tambahan lagi, ibadah ini bukan sekadar perjalanan fizikal, malah merangkumi rohani, di mana setiap amalan mempunyai maknanya.
Tidak dinafikan, sebagai umat Islam, kita sering terbiasa dengan amalan mengirim doa apabila ahli keluarga atau rakan-rakan menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
Namun, turut ada yang meminta doa daripada golongan yang baru pulang mengerjakan haji. Apa hukumnya? Untuk mendapatkan pencerahan, ikuti penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Irsyad Hukum Siri Ke-942: Wajarkah Meminta Doa Orang Yang Balik Daripada Haji? Soalan Sekembalinya jemaah haji atau umrah ke kampung atau rumahnya, ramai yang menyambut kepulangan mereka. Tidak kurang juga sebahagian orang meminta doa daripada mereka. Persoalannya, wajarkah meminta doa daripada orang yang balik haji? Mohon pencerahan SS Mufti.
Ringkasan jawapan Secara ringkas, amalan meminta doa daripada orang yang pulang daripada haji dan umrah dapat dijelaskan melalui klasifikasi berikut:
1. Hukum dan dalil amalan
a. Amalan meminta doa daripada mereka adalah sunat, berasaskan anjuran Nabi SAW agar umat Islam saling mendoakan.
b. Didorong oleh keyakinan bahawa doa jemaah haji dan umrah lebih mudah dikabulkan oleh Allah SWT.
2. Adab menyambut kepulangan:
a. Menziarahi dan mengucapkan salam.
b. Berjabat tangan sebagai tanda hormat dan kasih sayang.
c. Mencium di antara kedua mata sebelum memohon doa sebagai tanda penghargaan dan keberkatan.
3. Hikmah dan nilai sosial:
a. Amalan ini memberi manfaat ukhrawi dan sosial, membina akhlak mulia dan mendidik jiwa.
b. Mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menumbuhkan suasana harmoni dan kasih sayang.
4. Hubungan dengan maqasid Islam
a. Selaras dengan maqasid Islam yang menekankan pembangunan tadayyun iaitu rohani dan jasmani secara seimbang.
b. Menjadi manifestasi ‘umran atau tamadun insan berteraskan nilai keimanan dan ukhuwah Islamiah.
Huraian jawapan Anjuran meminta doa daripada orang lain
Kebiasaannya, sebahagian masyarakat sering meminta kepada mana-mana peribadi yang dianggap baik untuk mendoakan mereka. Perkara ini juga diamalkan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA. Hal ini di dapati ketika Saidina Umar al-Khattab RA mendapat keizinan Nabi SAW untuk menunaikan umrah lalu baginda SAW bersabda:
‏ لاَ تَنْسَنَا يَا أُخَىَّ مِنْ دُعَائِكَ
Maksudnya: Janganlah kamu melupakan kami dalam doamu wahai saudaraku.
(Riwayat Abu Daud)
Hadis di atas membahaskan bahawa terdapat galakan untuk meminta doa daripada orang-orang Islam yang lain, meskipun orang yang meminta doa lebih mulia daripada orang yang berdoa.
Selain itu, amalan mengharapkan manfaat doa daripada saudara seislam amatlah dianjurkan berbanding dengan doa diri sendiri. Ini kerana berlaku kebimbangan akan kelalaian dalam amal ibadah diri sendiri. Sedangkan, diharapkan bahawa manfaat doa daripada saudara seislam dapat diperoleh kerana keikhlasan amal ibadahnya.
BACA: Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Nabi SAW menganjurkan umat Islam agar saling mendoakan antara satu sama lain kerana doa bukan sahaja menjadi pengikat ukhuwah dan lambang kasih sayang sesama mukmin, malah ia juga adalah satu bentuk pengamalan sunnah yang menjadi lambang penjagaan agama. Seruan ini menghidupkan amalan ukhrawi yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selain itu, amalan saling mendoakan turut mengukuhkan kesatuan sosial dalam kalangan umat Islam melalui hubungan yang berasaskan doa, empati, dan kasih sayang. la turut berperanan sebagai tarbiah rühiyyah yang mendidik umat agar tidak bersifat individualistik, sebaliknya mengamalkan solidariti rohani dalam membina masyarakat yang harmoni dan berakhlak.
Allah SWT kabulkan doa orang yang mengerjakan haji dan umrah
Salah satu peribadi yang dianggap baik untuk meminta doa adalah orang yang balik daripada mengerjakan haji atau umrah. Hal tersebut sememangnya digalakkan kerana doa orang yang balik daripada mengerjakan haji atau umrah akan dikabulkan. Rasulullah SAW bersabda:
الْغَازِي فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللَّهِ دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ
Maksudnya: Orang yang berperang di jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu rasmi Allah. Ketika Allah memanggil mereka, mereka menjawab panggilan-Nya. Sehinggalah mereka meminta kepada-Nya, Allah mengabulkan permintaan mereka.
(Riwayat Ibnu Majah)
Hadis yang di atas mengesahkan bahawa Allah SWT akan mengabulkan perkara yang sama sepertimana dalam doa orang yang balik daripada mengerjakan haji atau umrah. Allah SWT juga akan memberi perkara yang lebih baik daripada permohonan doa orang tersebut.
Hukum meminta doa daripada orang yang mengerjakan haji
Adapun hukum meminta doa daripada orang yang balik daripada haji adalah sunat. Begitu juga sunat bagi orang yang naik haji untuk mendoakan keampunan orang lain yang tidak melakukan haji walaupun orang tersebut tidak memintanya.
Berdoa untuk seseorang tanpa pengetahuannya melambangkan keikhlasan yang tinggi dan dikurniakan ganjaran yang sama oleh Allah SWT. Seseorang yang berdoa untuk saudaranya secara rahsia akan memperoleh doa yang sama daripada malaikat.
Apatah lagi doa yang dipanjatkan dengan ikhlas seluruh umat Islam akan diberi pahala dan diperkenankan oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, sebahagian ulama salaf apabila ingin berdoa untuk diri sendiri, maka mereka akan mendoakan saudaranya dengan doa yang sama. Hal demikian kerana doa sebegini lebih mustajab dan mendatangkan ganjaran yang sama bagi dirinya
Sementara itu, para ulama berpendapat bahawa tempoh pengabulan Allah SWT akan doa tersebut boleh berlaku sehingga empat puluh hari sejak kepulangan orang yang mengerjakan haji. Mengikut pendapat yang kuat, ulama salaf meminta doa orang yang balik daripada mengerjakan haji selama empat puluh hari terutama sebelum mereka sampai memasuki rumah mereka.
Keyakinan bahawa doa itu mustajab adalah sebahagian daripada akidah dan petunjuk keimanan kepada sifat Allah SWT sebagai al-Mujib, iaitu Tuhan yang Maha Mengabulkan doa.
Perkara ini berkait rapat dengan maqasid penjagaan agama kerana ia mendorong umat Islam untuk sentiasa bergantung dan berharap kepada Allah SWT dalam segala urusan.
Di samping itu, doa dapat menenangkan hati dan memberi kekuatan kepada seseorang dalam menghadapi ujian hidup. Hal ini selari dengan maqasid penjagaan jiwa. Doa orang soleh pula membawa keberkatan dan memberi kesan positif kepada masyarakat dan ia juga menyumbang kepada suasana yang harmoni dan saling menyokong yang mendatangkan keberkatan dan keharmonian.
Adab meminta doa daripada orang yang mengerjakan haji
Tidak hanya dianjurkan untuk meminta doa, umat Islam juga disarankan untuk datang bertamu, mengucapkan salam serta berjabat tangan dengan para tetamu Allah SWT sekembalinya mereka ke tanah air.
Hal itu sebagaimana disabdakan Nabi SAW:Tidak hanya dianjurkan untuk meminta doa, umat Islam juga disarankan untuk datang bertamu, mengucapkan salam serta berjabat tangan dengan para tetamu Allah SWT sekembalinya mereka ke tanah air. Hal itu sebagaimana disabdakan Nabi SAW:
إِذَا لَقِيتَ الْحَاجَّ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَصَافِحْهُ وَمُرْهُ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ قَبْلَ أَنْ يَدْخُلَ بَيْتَهُ فَإِنَّهُ مَغْفُورٌ لَهُ
Maksudnya: Apabila kamu berjumpa dengan orang yang baru balik daripada mengerjakan haji, maka berilah salam kepadanya dan jabatlah tangannya, Begitu juga mintalah kepadanya untuk memohonkan ampun buatmu sebelum ia memasuki rumahnya. Ini kerana dia adalah orang yang telah diampuni dosa-dosanya.”
(Riwayat Ahmad)
Dalam pada itu, antara amalan ulama salaf termasuklah meraikan kepulangan orang yang balik haji dengan mencium di antara kedua mata mereka, kemudian meminta doa daripada mereka. Semua perkara itu segera dilakukan sebelum mereka mengotori diri dengan perbuatan dosa.
Amalan meminta doa daripada jemaah haji mencerminkan penghargaan masyarakat terhadap ibadah besar yang telah mereka sempurnakan dan secara tidak langsung menyemarakkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian.
la juga menzahirkan prinsip kesamarataan sosial dengan menghormati semua jemaah haji tanpa mengira status. Tambahan pula, budaya ini menghidupkan interaksi yang berpaksikan nilai agama, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan sosial dalam masyarakat.
Dalam masa yang sama, adab seperti memberi salam, berjabat tangan dan menziarahi melambangkan penghormatan terhadap maruah serta status keagamaan seseorang yang selaras dengan maqasid penjagaan maruah.
la turut menghindarkan pemujaan melampau terhadap individu yang sejajar dengan maqasid penjagaan akal agar amalan kekal dalam kerangka syariat. Lebih penting, budaya ini menghidupkan akhlak dan semangat kerjasama, membina masyarakat yang beradab, penyayang dan bersatu.
Kesimpulan Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa meminta doa orang yang balik daripada haji dan umrah adalah wajar kerana mempunyai asas dalam Islam seperti:
i. Nabi SAW menganjurkan untuk meminta doa daripada orang-orang Islam yang lain.
ii. Allah SWT mengabulkan doa orang yang mengerjakan haji dan umrah.
iii. Hukum meminta doa orang yang balik daripada haji adalah sunat.
iv. Berdoa untuk saudara seislam tanpa pengetahuannya lebih mustajab dan diberi ganjaran yang sama.
v. Antara adab meraikan kepulangan orang yang balik haji termasuklah datang bertamu, mengucapkan salam, berjabat tangan serta mencium di antara kedua mata sebelum meminta doa daripada mereka.
Walaupun amalan ini bersifat ibadah, ia turut memberi impak besar dalam aspek pembangunan sosial, nilai kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat yang semuanya termasuk dalam dimensi maqasid membangunkan dunia.
Wallahu a’lam
BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji? Ini Jawapan Mufti WP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/12/apa-hukum-minta-doa-dari-orang-yang-kerjakan-haji-ini-jawapan-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 101 hits
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Sudah menjadi kewajipan bagi seorang lelaki beragama Islam yang menepati syarat untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah Berikutan itu s...
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 110 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman Tanaman merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia kerana tanaman juga mampu membekalkan makanan bahan mentah dan sekali gus mencantikkan alam sekitar Pel...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

Mufti Wp Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 80 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian Dalam era moden ini pelbagai urusan jual beli dapat dilakukan dengan mudah hanya melalui hujung jari Barang kemas aksesori dan juga kepingan emas juga boleh ditempah terus se...
Pjh 2026 Senarai Pengelola Jemaah Haji 1447 2026

Pjh 2026 Senarai Pengelola Jemaah Haji 1447 2026

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 178 hits
Senarai PJH 2026 atau Pengelola Jemaah Haji yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji menandakan permulaan persediaan rasmi bagi musim haji tahun 1447H 2026M Senarai ini merangkumi syarikat syarikat pelancongan yang diiktiraf untuk menguruska...
Verify Haj Package Offers With Tabung Haji To Avoid Scams Minister Says

Verify Haj Package Offers With Tabung Haji To Avoid Scams Minister Says

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 141 hits
Prospective pilgrims are reminded to verify with Lembaga Tabung Haji before accepting any offer to perform haj to avoid falling victim to scams Minister in the Prime Minister s Department Na im Mokhtar said no individual or company is allow...
Beza Pelaburan Asb Tabung Haji Amanah Saham Mana Paling Untung

Beza Pelaburan Asb Tabung Haji Amanah Saham Mana Paling Untung

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 142 hits
Beza Pelaburan ASB Tabung Haji Amanah Saham Mana Paling Untung Ramai rakyat Malaysia nak mula melabur tapi selalu keliru antara tiga pilihan popular ASB Tabung Haji dan Amanah Saham Ketiganya nampak sama tapi sebenarnya ada perbezaan besar ...
Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 120 hits
Buat bakal bakal hajisyarat kemampuan semakin sukar dan ketatkena plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi 1 Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan ...
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 155 hits
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah RM500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia KUALA LUMPUR Kira kira RM500 000 diperlukan bagi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor 71 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Saudi German Hospit...
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 161 hits
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah JAKARTA 30 Oktober Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87 4 juta rupiah iaitu penurunan sekitar dua juta rupiah berbanding tahun l...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

My Comfort Food

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Hari Ke 2 Kempen Sabah

Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Pembayang Untuk Meneka Bilangan Telur Ayam Penelur Di Usia Muda

Monolog Jiwa Siapa Yang Datang Ketika Rumah Terbakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karipap Pusing

Ketagihan Rasa Menuju Perut Tanpa Henti

As Usul Label Cartel De Los Soles Sebagai Organisasi Jenayah

Selangor Beri Rebat Cukai Pbt Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital

New Waterfront Centre Could Make Penang A Mega Concert Destination Says State Tourism Exco