Mufti Wp Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian


Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian
Dalam era moden ini, pelbagai urusan jual beli dapat dilakukan dengan mudah hanya melalui hujung jari.
Barang kemas, aksesori dan juga kepingan emas juga boleh ditempah terus secara dalam talian melalui pelbagai platform e-dagang seperti Shopee, TikTok dan lain-lain.
Namun begitu, kemudahan ini turut menimbulkan persoalan dalam kalangan umat Islam berkaitan hukum syarak khusunya apabila melibatkan urus niaga barangan ribawi seperti emas dan perak.
Ramai mungkin tidak menyedari bahawa cara pembelian yang kelihatan mudah ini sebenarnya mempunyai implikasi hukum yang perlu diberi perhatian.
Bagi menjelaskan persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk menjawab hukum membeli kepingan emas secara dalam talian.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya ada terjumpa sebahagian kedai emas yang menjual kepingan emas (gold bar) di Shopee dan TikTok Shop. Adakah ia diharuskan memandangkan berlaku penangguhan serahan emas tersebut?
Ringkasan Jawapan
Jual beli kepingan emas di platform Shopee dan TikTok Shop pada asasnya adalah haram dan tidak sah. Hal ini kerana berlaku penangguhan serahan kepingan emas kepada pembeli di mana pembeli hanya akan menerima kepingan emas tersebut selepas beberapa hari.
Namun, bagi menyelesaikan isu ini kami mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:
Pembeli membuat pembelian di platform yang disediakan dengan memastikan jenis dan berat emas yang ingin dibeli. Pembeli kemudian akan membuat pembayaran penuh dan penjual pula akan mengeluarkan bukti transaksi. Menerusi bukti tersebut menandakan bahawa emas yang berada pada penjual telah menjadi hak milik pembeli (qabd hukmi). Kemudian penjualan ini boleh dilakukan melalui wakalah untuk penghantaran kepada pembeli. Pembeli sendiri akan mewakilkan kepada penjual dengan diberikan upah (wakalah bi al-ujrah) untuk menghantar secara pos dan lafaz wakalah itu mestilah disediakan oleh penjual di mana-mana yang bersesuaian di dalam sistem tersebut. Pembeli tidak boleh untuk membatalkan pembelian dan meminta bayaran balik (refund) selepas menerima emas tersebut dan penjual tidak boleh menerima permintaan pemulangan dan bayaran balik jika diminta oleh pembeli kerana khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi. Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Seperti yang kita maklum, Shopee Pte. Ltd. (nama dagang: Shopee) ialah syarikat teknologi multinasional Singapura yang khusus dalam e-dagang.
TikTok Shop pula merupakan sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi media sosial TikTok yang membolehkan pembeli dan penjual melakukan transaksi jual beli mereka secara langsung melalui aplikasi tersebut dengan menghubungkan terus aplikasi TikTok dengan platform e-dagang yang digunakan oleh penjual.
Kedua-dua platform ini mempunyai persamaan dari segi tabiat mereka yang menyediakan perkhidmatan jual beli secara atas talian. Secara asasnya, jual beli secara atas talian seperti ini adalah harus berdasarkan kaedah fiqh yang mengatakan hukum asal dalam kontrak adalah harus dan sah.
Tambahan pula, perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penjual dan pembeli untuk melakukan transaksi jual beli dengan lebih cepat serta menjimatkan masa dan tenaga.
Walau bagaimanapun, timbul isu apabila sebahagian kedai-kedai emas juga menjual kepingan emas mereka di platform tersebut. Hal ini kerana emas merupakan barang ribawi dan pembelian emas dengan wang mempunyai syarat yang khusus iaitu kedua-dua duit dan emas itu wajib diserahkan secara terus semasa majlis akad. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ.
Maksudnya: “(Pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mestilah dengan timbangan dan berat yang sama dan berlaku (penyerahan) secara serta-merta (tidak bertangguh). Adapun sekiranya jenis barang berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot).”
(Riwayat Muslim)
Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa hadis ini menjadi hujah bagi semua ulama bahawa wajib untuk berlaku serahan secara serta-merta (al-taqabudh) bagi transaksi pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis.
Berdasarkan hadis ini, dapat difahami bahawa dalam pertukaran wang dengan emas, serahan mestilah berlaku secara serta-merta semasa majlis akad. Hal ini kerana wang fiat yang digunakan sekarang merupakan harta ribawi yang sama ‘illah (penyebab hukum syarak) dengan emas iaitu kedua-duanya merupakan medium pertukaran (thaman) walaupun berbeza jenis.
Perkara ini berdasarkan kepada keputusan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (Majma’ Fiqh al-Islami al-Duwali) pada tahun 1986 bahawa wang kertas juga termasuk dalam item ribawi meskipun bukan dibuat daripada emas atau perak.
Oleh itu, jika berlaku penangguhan serahan salah satu barang pertukaran sama ada duit atau kepingan emas, maka akad tersebut terbatal dan berlakulah riba (riba’ al-nasi’ah) yang diharamkan.
Selain itu, antara isu lain yang timbul dalam pembelian emas melalui platform Shopee dan TikTok Shop ialah pemberian khiyar syarat oleh platform tersebut kepada pembeli.
Khiyar syarat bermaksud pembeli dan penjual meletakkan syarat dalam jual beli bahawa salah satu daripada mereka atau keduanya diberi pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak.
Khiyar syarat dalam konteks isu ini berlaku apabila platform tersebut membenarkan pembeli untuk memulangkan semula barang dan meminta bayaran balik selepas beberapa hari menerima barang sedangkan khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi seperti beli emas dengan wang. Hal ini disebut oleh Syeikh al-Baijuri, kata beliau:
وهو يثبت في كل ما يثبت فيه خيار المجلس إلا ما شرط فيه القبض في المجلس كالربوي والسلم
Maksudnya: “(Khiyar syarat) itu dibolehkan dalam semua (akad) akad yang ada khiyar majlis kecuali akad yang disyaratkan penyerahan (qabd) semasa majlis akad seperti pertukaran item ribawi dan jual beli salam.”
Penyerahan Secara Hukmi (Qabd Hukmi) dalam Pembelian Emas
Para ulama mendefinisikan qabd sebagai setiap tindakan yang membawa kepada pemilikan dan kebenaran untuk menggunakan sama ada ia sesuatu benda yang boleh dipegang dengan tangan atau tidak.
Akademi Fiqh Islam (Majma’ al-Fiqh al-Islami) kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H memutuskan bahawa pemindahan wang ke dalam akaun atau secara cek telah dianggap sebagai serahan secara hukmi (qabd hukmi / beneficial ownership).
Pemindahan tersebut membuktikan bahawa telah berlaku pemindahan hak milik dan risikonya akan ditanggung oleh pembeli. Walaupun emas tersebut tidak berada pada pembeli, namun ia sudah memadai untuk menunjukkan bahawa pembeli telah memiliki barang tersebut dengan pemilikan penuh.
Berkenaan dengan penyerahan secara hukmi ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 juga telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan:
“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.” Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa jual beli kepingan emas di platform Shopee dan TikTok Shop pada asasnya adalah haram dan tidak sah.
Hal ini kerana berlaku penangguhan serahan kepingan emas kepada pembeli di mana pembeli hanya akan menerima kepingan emas tersebut selepas beberapa hari.
Namun, bagi menyelesaikan isu ini kami mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:
Pembeli membuat pembelian di platform yang disediakan dengan memastikan jenis dan berat emas yang ingin dibeli. Pembeli kemudian akan membuat pembayaran penuh dan penjual pula akan mengeluarkan bukti transaksi. Menerusi bukti tersebut menandakan bahawa emas yang berada pada penjual telah menjadi hak milik pembeli (qabd hukmi). Kemudian penjualan ini boleh dilakukan melalui wakalah untuk penghantaran kepada pembeli. Pembeli sendiri akan mewakilkan kepada penjual dengan diberikan upah (wakalah bi al-ujrah) untuk menghantar secara pos dan lafaz wakalah itu mestilah disediakan oleh penjual di mana-mana yang bersesuaian di dalam sistem tersebut. Pembeli tidak boleh untuk membatalkan pembelian dan meminta bayaran balik (refund) selepas menerima emas tersebut dan penjual tidak boleh menerima permintaan pemulangan dan bayaran balik jika diminta oleh pembeli kerana khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi. BACA: Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/16/mufti-wp-jelaskan-hukum-membeli-kepingan-emas-secara-dalam-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti Wp

Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 81 hits
Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti WP Setiap tahun hampir jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berduyun duyun memenuhi tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah Dua amalan mulia ini melamba...
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 101 hits
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Sudah menjadi kewajipan bagi seorang lelaki beragama Islam yang menepati syarat untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah Berikutan itu s...
Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 176 hits
Sharifah Mahsinah AbdullahLelaki warga Malaysia ditahan polis Thailand di Bangkok selepas menyamar pegawai kerajaan untuk menipu warga emas menyebabkan mangsa kerugian 3 3 juta baht Foto Polis ThailandKOTA BHARU Seorang lelaki warga Malaysi...
Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 202 hits
Pasaran emas global mengakhiri minggu pertama bulan November dalam keadaan keyakinan yang memberangsangkan Selepas penanguhan seketika singkat harga emas sekali lagi berkumpul di sekitar tahap kunci 4 000 setiap auns Pemulihan ini didorong ...
Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas

Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 138 hits
Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas Kerajaan Kelantan bakal membenarkan rakyat negeri itu melombong emas menggunakan kaedah mendulang Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata lesen juga akan diberika...
Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 141 hits
Sharifah Mahsinah AbdullahKUALA KRAI Pasukan Gerakan Am menumpaskan kegiatan perlombongan emas haram dalam operasi di Kampung Biak Dabong di sini Jumaat lalu Dalam serbuan kira kira jam 3 petang itu lima lelaki berjaya ditahan manakala bebe...
Lelaki Jumpa Emas Lebih Rm3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

Lelaki Jumpa Emas Lebih Rm3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 160 hits
KOSMO PARIS Seorang lelaki Perancis bergelar jutawan segera selepas menemukan harta karun berupa emas bernilai kira kira AS 800 000 ketika sedang menggali kolam renang di laman rumahnya awal tahun ini demikian menurut pegawai tempatan Dia m...
Emas Melonjak Ke 4 100 Data Lemah Dari As Meningkatkan Jangkaan Untuk Pemotongan Kadar

Emas Melonjak Ke 4 100 Data Lemah Dari As Meningkatkan Jangkaan Untuk Pemotongan Kadar

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 110 hits
Pasaran emas global sekali lagi menunjukkan kekuatan Pada awal November harga logam berharga ini meningkat hampir 3 menetap di atas 4 100 setiap auns dan mencapai paras tertinggi dalam dua minggu Sebabnya mudah pelabur semakin membincangkan...
Sarapan Kedua Di Akasia By Keronsang Emas

Sarapan Kedua Di Akasia By Keronsang Emas

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 185 hits
Usai membeli barang dapur di Pasar Ampangan singgah isi minyak kereta kejap Rasa macam nak cari makan untuk menebus kekecewaan tu Encik Suami pun macam tu juga Cari di TikTok tempat makan best di sekitar Seremban Kami putuskan untuk singgah...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

My Comfort Food

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Hari Ke 2 Kempen Sabah

Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Pembayang Untuk Meneka Bilangan Telur Ayam Penelur Di Usia Muda

Monolog Jiwa Siapa Yang Datang Ketika Rumah Terbakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karipap Pusing

Ketagihan Rasa Menuju Perut Tanpa Henti

As Usul Label Cartel De Los Soles Sebagai Organisasi Jenayah

Selangor Beri Rebat Cukai Pbt Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital

New Waterfront Centre Could Make Penang A Mega Concert Destination Says State Tourism Exco