Pjh 2026 Senarai Pengelola Jemaah Haji 1447 2026


Senarai PJH 2026 atau Pengelola Jemaah Haji yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji menandakan permulaan persediaan rasmi bagi musim haji tahun 1447H/2026M.
Senarai ini merangkumi syarikat-syarikat pelancongan yang diiktiraf untuk menguruskan perjalanan, kebajikan, dan bimbingan jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.
Setiap syarikat yang tersenarai telah melalui proses penilaian ketat oleh Tabung Haji bagi memastikan tahap profesionalisme, kemudahan penginapan, serta perkhidmatan bimbingan ibadah haji memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Pengumuman ini juga memberi panduan penting kepada bakal jemaah haji dalam memilih agensi sah dan berlesen, sekali gus mengelakkan penipuan atau tawaran tidak berdaftar yang sering berlaku menjelang musim haji.
Siaran Media Tabung Haji Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan berlesen sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1447H/2026M.
Ketua Jabatan Haji, Tuan Haji Mohd Hisham Harun, menjelaskan bahawa Jawantankuasa Urusan Haji telah menilai permohonan daripada 60 syarikat berdasarkan keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah, dan prestasi operasi terdahulu. Hasilnya, 31 syarikat diluluskan berbanding 37 pada musim sebelumnya.
Pelantikan ini menunjukkan komitmen berterusan TH dalam memastikan semua PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara.
TH turut menasihatkan bakal jemaah agar berhati-hati terhadap tawaran pakej haji daripada pihak tidak berlesen dan mengesyorkan mereka menyemak senarai PJH sah di portal rasmi TH (www.tabunghaji.gov.my).
TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen melanggar Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam). Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat.
Siaran Media Tabung Haji [RASMI] adalah seperti berikut:
Apa itu PJH Haji? Pengelola Jemaah Haji atau PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji (TH) pada tahun 1420H/2000M bagi memastikan kelancaran urusan jemaah. 
Mereka merupakan pihak yang diberi lesen untuk beroperasi memberikan Perkhidmatan Pakej Haji yang mempunyai nilai tambah bagi beberapa aspek perkhidmatan di bawah pemantauan TH mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta 535 Akta Tabung Haji 1995.
Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji ini selalunya digunakan oleh jemaah haji swasta atau jemaah yang memperolehi jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi. Jemaah haji swasta di sini, bukanlah bermaksud jemaah ini tidak berdaftar dengan Tabung Haji. 
Ia merujuk kepada jemaah yang telah mendaftar, tetapi bukan jemaah haji kali pertama. Mereka ini ialah orang yang ingin menunaikan ibadah ini buat kali kedua atau seterusnya. Oleh itu, Jemaah Haji jenis ini sangat digalakkan untuk mengambil perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dengan TH.
Perkhidmatan PJH Haji Antara perkhidmatan dan nilai tambah yang disediakan PJH bagi memastikan kelancaran proses ibadah para jemaah di bawah mereka adalah:
Pengurusan Penginapan: Memastikan jemaah mendapat penginapan yang selesa dan strategik berhampiran dengan lokasi ibadah dilakukan. Pengurusan Makanan: Makanan halal yang berkhasiat disediakan bagi memastikan kesihatan dan tenaga jemaah terjamin sepanjang ibadah haji. Bimbingan Ibadah: Khidmat bimbingan ibadah disediakan sebelum dan semasa berada di tanah suci untuk memastikan jemaah melaksanakan haji dengan sempurna mengikut tuntutan syariah. Khidmat Kesihatan: Klinik Tabung Haji menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk jemaah, termasuk rawatan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan. Pengurusan Logistik: Pengelola Jemaah Haji menguruskan segala aspek logistik seperti pengangkutan, urusan bagasi, dan perjalanan bagi memudahkan pergerakan jemaah haji. Manfaat Menggunakan Pengelola Jemaah Haji Menggunakan perkhidmatan PJH memberi pelbagai manfaat kepada jemaah haji, antaranya:
Keselesaan dan Kemudahan: Jemaah dapat menikmati penginapan dan makanan yang teratur serta kemudahan logistik yang efisien. Bimbingan dan Sokongan: Jemaah mendapat bimbingan dan sokongan berterusan sepanjang tempoh ibadah haji. Keselamatan dan Kesihatan: Perlindungan dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan membantu jemaah menjaga kesihatan dan keselamatan mereka. Senarai PJH 2026 Berikut merupakan senarai PJH 2026, 31 syarikat yang telah dipilih oleh Tabung Haji sendiri:
TH Travel & Services Sdn Bhd Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd Amani Travel Sdn Bhd Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd Busyrha Holidays Sdn Bhd CS Holidays Sdn Bhd Eiman Travel & Tours Sdn Bhd Felda Travel Sdn Bhd Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd In Saff Travel And Tours Sdn Bhd Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd Juara Travel & Tours Sdn Bhd Kembara Umrah Sdn Bhd KRS Travel Sdn Bhd KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd) Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd MIMM Travel & Tours Sdn Bhd Qashwa Travel Sdn Bhd Rayhar Travels Sdn Bhd Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd TIITIM Travel Sdn Bhd Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PJH, jemaah boleh melayari laman web rasmi Tabung Haji.
e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M Untuk memuat turun dokumen flip book, klik pautan di bawah.
Muat turun disini e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M Untuk memuat turun dokumen dalam format pdf, klik pautan di bawah.
e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Baca juga:
Semakan Tawaran Haji 2026 / 1447H (THiJARI) Tabung Haji Kad Debit-i Visa Tabung Haji (TH) – Permohonan & Pengaktifan THiJARI: Login, Semakan Penyata & Dividen Tabung Haji Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/senarai-pjh-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=senarai-pjh-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 238 hits
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah RM500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia KUALA LUMPUR Kira kira RM500 000 diperlukan bagi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor 71 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Saudi German Hospit...
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 236 hits
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah JAKARTA 30 Oktober Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87 4 juta rupiah iaitu penurunan sekitar dua juta rupiah berbanding tahun l...
Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 196 hits
Bismillah Assalamualaikum Cepat benar masa berlalu Hari esok kami di Johor sudah pun memasuki modul ke 6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026 Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun tahun sebelumnya Saya sudah menunaikan h...
Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 272 hits
Ranking terkini IPTS dan IPTA UA terbaik di Malaysia 2026 Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2026 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2026 Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti...
Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026

Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 326 hits
The World s 500 Most Influential Muslims untuk tahun 2026 telah dikeluarkan yang menyenaraikan 500 tokoh paling berpengaruh di seluruh dunia Berikut adalah maklumat dan info mengenai senarai tokoh tokoh yang dimaksudkan Mengenai The World s...
Senarai Penuh Calon Prn Sabah

Senarai Penuh Calon Prn Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 433 hits
Nicholas ChungPilihan raya kali ini disertai pelbagai parti dan gabungan besar serta entiti tempatan tetapi hanya Warisan bertanding di semua 73 kerusi Hajiji Bung Phoong Kintingan ShafieGabungan besar seperti GRS yang dipimpin Hajiji Nor d...
Senarai Pemain Futsal Malayan Tigress Untuk Kem Latihan Pusat Sebagai Persiapan Kejuaraan Antarabangsa

Senarai Pemain Futsal Malayan Tigress Untuk Kem Latihan Pusat Sebagai Persiapan Kejuaraan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 259 hits
Senarai 22 Pemain untuk Kem Latihan Pusat Skuad Futsal Malayan Tigress sebagai Persiapan Sukan SEA 2025 di Thailand Ketua jurulatih skuad futsal Malayan Tigress Edgar Eder Baldasso telah mengeluarkan senarai 22 pemain yang dipilih untuk men...
Senarai Model Motosikal Ev Ckd Dengan Rebat Rm2 400 Bah 1

Senarai Model Motosikal Ev Ckd Dengan Rebat Rm2 400 Bah 1

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 191 hits
Selepas pelancaran Skim Galakan Motosikal Elektrik yang menawarkan rebat bernilai RM2 400 pada lewat Disember 2023 lalu semakin banyak model motosikal EV pemasangan tempatan sudah ditawarkan di Malaysia Ini sekali gus memberikan lebih b
Senarai Pemain Terpilih Ke Kem Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress Sebagai Persiapan M

Senarai Pemain Terpilih Ke Kem Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress Sebagai Persiapan M

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 178 hits
Pangkalan Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress Bagi Sukan SEA 2025 di Thailand Pada 17 November 2025 ketua jurulatih skuad Malayan Tigress Joel Cornelli telah mengumumkan senarai 23 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat seb...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway