Apa Gara Gara Mp Umno Lompat


Oleh Subky Latif


UMNO masih parti teramai ahli parlimen (MP)nya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun BN tumbang. Nombor dua PKR dan nombor tiga DAP.

Sebagai parti teramai MP tetapi tidak majoriti demokrasi tidak memberi laluan kepadanya membentuk kerajaan justeru sekalian majoriti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti mudah dapat membentuk kerajaan.

Bersatu corot MPnya demokrasi setuju ia mengetuai kerajaan baharu, mengenepikan komponennya yang lebih kanan.

Betullah firman Allah yang bermaksud, Dia beri kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mencabut kuasa dari sesiapa yang dikehendaki-Nya baik dalam dunia demokrasi atau tidak. Di Perak, Bersatu dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sahaja jadi Menteri Besar dalam demokrasi kita.

Minggu pertama seorang MP Umno keluar parti. Bulan pertama tiga lagi cabut – dua di Perak, satu di Kelantan. Semuanya transit MP Bebas yang destinasinya Bersatu.

Yang lain mengaku mahu bersama partinya yang dikatakan keramat Melayu. 61 tahun tidak berundur kerana menyangka keramatnya. Dengan keramatnya ia turun bersama PAS beratus ribu dalam himpunan 812 menentang ICERD yang ia yakin mengancam Melayu/Islam. Islam/Melayunya itu dikira kunci keramatnya 61 itu.

Dua minggu lepas himpunan mempertahankan Islam/Melayu hampir semua MP, Adun dan ketua bahagiannya di Sabah keluar Umno menyertai Bersatu yang mulanya dipercayai pro ICERD, kemudian cop tidak menerimanya tetapi belum menentangnya. Ia diikut dua minggu kemudian enam MP keluar Umno. Ia menjadikan Umno tinggal dekat separuh MP yang dimenanginya itu.

Yang di Sabah itu tidak pelik. Sejarahnya bersama Usno bila ia berkuasa, habis ikut Berjaya bila Usno tewas. Bila Berjaya tumbang datanglah Umno ke situ jadi bapa angkat mereka. Kini giliran Umno tumbang, tidak menghairankan begitu bagi Umno Sabah.

Tapi yang di Semenanjung khususnya Johor yang terkenal setia dengan keramat parti itu, macam sama dengan Umno Sabah, menjadikan ia tidak betul-betul keramat.

Atau keramatnya hanya bagi generasi menuntut kemerdekaan. Setelah generasi pejuang itu habis, Umno dimasuki gejala cari makan, cari peluang, cari kekayaan dan cari kedudukan. Pernah berbangkit Umno macam dikuasai oleh orang korporat yang berbadan Umno tetapi hati tidak Umno.

Pasca PRU14, MCA tinggalkan BN. MCA tinggalkan Umno kerana Umno sekadar rakan kongsi, bukan partinya. Tetapi kini Umno sendiri tinggalkan Umno. Ia seolah-olah dagang pada Umno di tengah orang Melayu.

Adakah nasibnya macam Soviet Rusia? Selepas 70 tahun berkuasa, ia kalah. Sampai sekarang komunis pupus di Rusia. Adakah Umno jadi macam nasib komunis itu juga?

Sejak 20 tahun mulai ada Umno malu mengakut Umno. Mereka masuk Umno juga kerana peluang dan kemenangan. Bila sekali Umno kalah, yang tidak rasa ia keramat, sekalipun dia menang PRU, partinya tidak menjanjikan peluang dan wang, dia pun cabut.

Yang pergi itu yang besar-besar belaka. Akar umbi yang miskin tidak dipastikan. Ramai mana MPnya bertahan hingga PRU15?

Umno tidak dapat bergantung pada angkatan Najib-Zahid. Rata-rata sebelah kaki di mahkamah. Ia menunggu angkatan Khairy Jamaludin. Yang lari mengejar Bersatu yang tidak anti ICERD. Adakah Bersatu ganti tepat Umno?

Masa depan Islam/Melayu tanpa ICERD bukan Bersatu dan PH. Tetapi taawun PAS-Umno jika Umno dapat bertahan.

PAS adalah sama baik Umno ada atau Umno tidak ada. Sendiripun PAS tetapi lawan ICERD. Pilihan terbaik Umno melawan ICERD adalah PAS kerana pada PAS Islam memimpin. Dengan Bersatu/PH Islam dipimpin   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/apa-gara-gara-mp-umno-lompat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Melayu Umno Pembelot Islam Kerana Lompat Parti Kata Ismail Sabri

Mp Melayu Umno Pembelot Islam Kerana Lompat Parti Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 385 hits
Ahli Parlimen Umno yang melompat parti bukan sahaja membelot pengundi kawasan mereka malah membelot kepada Islam dan orang Melayu secara keseluruhannya Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap 37 Ahli Parlimen yang masih k...
Lompat Parti Umno Semakin Goyah

Lompat Parti Umno Semakin Goyah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 430 hits
Published on December 15 2018 in by SHAH ALAM Bilangan Ahli Parlimen Umno yang keluar meninggalkan parti itu semakin bertambah dan timbul persoalan jika situasi ini berterusan adakah Umno akan terbubar Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Aziz...
Lompat Parti Kukuhkan Umno Pada Masa Hadapan Jamil Khir

Lompat Parti Kukuhkan Umno Pada Masa Hadapan Jamil Khir

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 280 hits
ALOR SETAR UMNO Kedah menyifatkan situasi lompat parti yang sedang berlaku dalam kalangan pemimpinnya ketika ini akan mengukuhkan parti itu pada masa hadapan Pengerusinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata UMNO selepas proses pemutihan i...
Ahli Umno Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada Mp Yang Lompat Parti

Ahli Umno Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada Mp Yang Lompat Parti

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 349 hits
Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar malah angka sebenar adalah 37 ...
Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 463 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu menerusi surat pemakluman yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno pagi tadi Saya mengesahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama ...
Khairy Wants Fresh Umno Polls Amid Exodus

Khairy Wants Fresh Umno Polls Amid Exodus

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 239 hits
Khairy Jamaluddin called today for new Umno elections amid a stream of lawmakers quitting the beleaguered Opposition party under newly elected Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s presidency Khairy who lost the race for Umno presidency to Zahid ...
The Umno Cross Overs Is About Keeping Dap In Check

The Umno Cross Overs Is About Keeping Dap In Check

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 286 hits
It is now an issue of patriotism and Malay nationalism for the Umno people to cross over to PPBM It is the sacred duty of the Malays in Umno to help strengthen PPBM Not doing so would mean the DAP Chinese would succeed in destroying Tabung ...
Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO B...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy