Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno



(FMT) – Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu menerusi surat pemakluman yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno pagi tadi.
“Saya mengesahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama dari 6 orang ahli Parlimen Umno keluar dari parti berkuat kuasa hari ini, 14 Disember 2018.
“Umno mengucapkan ‘selamat maju jaya’ kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Selain itu, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Rosol ketika dihubungi FMT menyatakan minat untuk terus berjuang kepada rakyat di kawasannya di bawah PPBM.
Bekas setiausaha perhubungan Umno negeri itu berkata, keputusan itu dibuat setelah menyedari menjadi pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan membataskan keupayaannya untuk membantu membangunkan Hulu Terengganu kerana kekurangan dana.
“Saya tak boleh macam ni selamanya, kena ambil keputusan untuk pilih sama ada PAS di Terengganu atau Pakatan Harapan di pusat supaya kita boleh bantu rakyat.
“Jadi saya buat keputusan untuk masuk PPBM, itupun kalau mereka terima saya. Ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada keputusan meninggalkan parti itu dibuat kerana kurang yakin dengan kepimpinan parti, menegaskan beliau melakukannya untuk rakyat Hulu Terengganu.
Terdahulu, Ikmal Hisham memutuskan keluar Umno dan meletakkan jawatan sebagai ketua umno bahagian.
Pengumuman itu dibuat di depan hampir 800 penyokong dan pimpinan Umno Tanah Merah dalam pertemuan ringkas di dewan Umno Gual Ipoh.
Rabu lalu, Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli politik bebas.
Mereka yang keluar parti itu terdiri daripada 9 Adun, 4 ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno Sabah.
Selain Hajiji yang merupakan Adun Sulaman, Adun lain ialah Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/14/annuar-sahkan-6-ahli-parlimen-keluar-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 473 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin Shamsul Anuar yang juga ahli Parlimen Lenggo...
Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa nbsp UMNO nbsp tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen di Sabah berhasrat meninggalkan parti itu disebabkan masalah kewangan Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan khabar angin men...
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 555 hits
GEORGETOWN Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengumumkan keluar UMNO berkuatkuasa hari ini Shabudin mengesahkan perkara itu kepada NSTP melalui aplikasi WhatsApp Betul katanya ringkas ketika diminta mengesahkan mengenai lapo...
Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO B...
Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk S...
Mb Pahang Yakin Ahli Parlimen Adun Dan Umno Tidak Berpaling Tadah

Mb Pahang Yakin Ahli Parlimen Adun Dan Umno Tidak Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 335 hits
KUANTAN BN Pahang yakin Ahli Parlimen dan Adun perikatan itu termasuk Umno tidak akan berpaling tadah seperti yang diingatkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Namun Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meng...
30 Ahli Umno Langkawi Keluar Parti Esok

30 Ahli Umno Langkawi Keluar Parti Esok

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 319 hits
GEORGE TOWN Sekurang kurangnya 30 ahli Umno Langkawi dijangka mengumumkan keluar parti esok kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan dalam parti Melayu itu FMT difahamkan 30 ahli itu akan diketuai seorang ahli kanan yang pernah berkhid...
32 Ahli Parlimen Umno Akan Tinggalkan Parti Secara Berperingkat

32 Ahli Parlimen Umno Akan Tinggalkan Parti Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 466 hits
32 ahli parlimen Umno akan tinggalkan parti secara berperingkat Posted By on December 14 2018Sekurang kurangnya 32 ahli Parlimen Umno di Semenanjung didakwa sudah menukar taat setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad FMT difahamkan 5 daripada m...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daun Kesum

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Mestilah Ribu Kalau 500 Ringgit I Nak Belanja Apa Madammu Dedah Perbelanjaan Cecah Rm600k Sebulan Netizen Terkelu

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like