Apa Agenda Di Sebalik Peruntukan Tinggi Buat Jasa



SHAH ALAM – Tidak lama selepas isu peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjadi kontroversi selepas Belanjawan 2021 dibentangkan minggu lalu, kini timbul pula polemik baharu.
Peruntukan menghidupkan kembali Jasa sebanyak RM85.5 juta, meliputi peruntukan RM81.5 juta di bawah dasar baharu kementerian dan RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi, sememangnya menimbulkan reaksi kurang senang banyak pihak sejak didedahkan.
Masakan tidak, jumlah itu adalah jauh lebih besar daripada peruntukan RM30 juta diberikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, sekali gus mencetuskan bantahan bukan sahaja blok pembangkang, bahkan daripada pemimpin BN sendiri.
Susulan dipertikai pemimpin utama BN termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini sebuah portal media tempatan mendedahkan Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah didakwa terkejut dengan jumlah peruntukan besar diterima Jasa kerana tidak pernah meminta jumlah sedemikian daripada kerajaan.
Menteri terkejut peruntukan Jasa dan dakwa tidak tahu menahu mengenainya

Sehubungan itu, portal itu melaporkan Saifuddin difahamkan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamed Mantik untuk menyiasat itu berkenaan.’
Bagaimanapun, Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan mengakui sebagai individu bertanggungjawab mencadangkan agensi itu dihidupkan semula.
Menurut Zahidi, cadangan itu pernah dimaklumkan kepada Saifuddin, namun tidak menolak kemungkinan Saifuddin ‘terlupa’ kerana ‘terlalu sibuk’.
Bagi bekas Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi, apabila Saifuddin menegaskan beliau tidak tahu-menahu peruntukan Jasa diberikan begitu besar, senario itu menimbulkan banyak tanda tanya.
“Mana mungkin dia tidak tahu. Jangan nanti rakyat tuduh menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan serius dan tidak politiking.
“Kedua, siapa yang memandai-mandai menjadikan bajet Jasa begitu besar? Tidak mungkin Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) apatah lagi Ketua Setiausaha Kementerian punya kerja.
“Apakah ada Menteri Kanan yang berkuasa? Elok Saifuddin siasat dan dedahkan segera,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.
Di sebalik pendedahan polemik baharu peruntukan Jasa, Puad beranggapan ‘nasi sudah jadi bubur’ dengan kenyataan dari pihak Saifuddin sebenarnya telah mencemarkan imej Muhyiddin dan kerajaan PN.
Mat Sabu setuju RM81 juta untuk Jasa

“Saya cadang kerajaan pinda bajet Jasa itu. Ambil balik bekas pegawai Jasa yang ditamatkan kontrak dan buatlah yang terbaik supaya Jasa menjadi agensi yang efektif,” katanya.
Sementara itu, bekas Panel Pemikir Jasa daripada BN, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa penubuhan semula Jasa di bawah kerajaan PN sebenarnya bakal menjadi alat propaganda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi ‘membunuh’ UMNO dan BN.
Lokman turut berpandangan Jasa di bawah kerajaan PN bakal dikuasai oleh ahli-ahli Bersatu dan sebilangan kecil bekas kakitangan yang telah menyerahkan borang penyertaan parti itu sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Mengapa hendak tambah 1,000 kakitangan baharu memerlukan biaya sehingga empat kali ganda berbanding peruntukan kerajaan zaman Najib?
“Adakah ia bertujuan untuk membersihkan imej (Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali yang telah tercalar akibat tersebarnya video intim yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini?
“Yang pasti, penubuhan Jasa 2.0 ini tidak akan membela nasib lebih 1,000 kakitangan agensi itu diberhentikan pada zaman kerajaan PH,” katanya.
Bagaimanapun, dakwaan kedua-dua pemimpin BN itu disangkal Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman dengan menegaskan fungsi Jasa di bawah kerajaan PN begitu signifikan sehingga melangkaui skop propaganda politik.
Menurutnya, Jasa merupakan agensi yang distruktur semula bagi berperanan bukan sahaja memberi penerangan dan maklumat kepada rakyat bawahan, bahkan terhadap fungsi lain termasuk membendung penularan propaganda anasir luar.
“Dalam keadaan negara menghadapi bencana, fungsi Jasa sudah menjadi semakin signifikan berbanding skop asal. Justeru, saya lihat perlu ada satu peruntukan signifikan sebagaimana aset pertahanan perlu dikukuhkan pada saat negara berdepan peperangan.
“Paling penting, fungsi Jasa boleh diibaratkan ‘Jack of all trade’ dengan agensi itu bakal menjadi penampan membendung usaha menyebarkan propaganda asing ke peringkat akar umbi.
RM85.5 juta terlalu banyak untuk Jasa, tak sensitif ketika Covid-19, kata bekas KP Jasa

“Ini kerana fungsi Jasa sangat fleksibel untuk menghubungkan maklumat dua hala daripada akar umbi kepada agensi kerajaan dan seterusnya ke peringkat tertinggi kepimpinan kerajaan,” katanya.
Semalam, KKMM memberi jaminan bahawa penubuhan semula jawatan Jasa akan dianggotai oleh pasukan yang tidak bermotifkan politik.
KKMM menegaskan, tindakan kerajaan untuk menubuhkan kembali agensi tersebut amat penting ketika negara sedang menghadapi krisis pandemik Covid-19 ketika ini.
Kenyataan itu juga menyebut, Jasa akan bertanggungjawab untuk mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh termasuk pemimpin masyarakat sivil dan pemimpin komuniti setempat bagi mendapatkan maklumat penting yang konstruktif bagi pembinaan negara bangsa.
Pada Mei 2018, apabila kerajaan baharu PH mengambi alih kerajaan Persekutuan, satu pengumuman dibuat iaitu menutup Jasa dan menamatkan pegawai berkhidmat secara kontrak.
JASA untuk dengar rintihan rakyat, bukan macam masa BN – Wan Saiful

Mulai Januari 2019, secara rasminya pejabat Jasa ditutup dan pegawai yang berkhidmat secara tetap dipindahkan ke jabatan lain, sementara 782 orang pegawai kontrak ditamatkan perkhidmatan.
Bagaimanapun pada bulan April lalu, Jasa yang berusia 58 tahun sebelum dikuburkan pada 2018 oleh PH dikhabarkan akan dihidupkan semula.
Khabar angin itu terjawab selepas kerajaan mengumumkan peruntukan buat unit itu bagi tahun 2021 pada Jumaat lalu.
Dokumen Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen menyatakan sejumlah RM81.5 juta diperuntukkan mengikut butiran 050100, bagi program perluasan Jasa.
Peruntukan yang terkandung dalam kepala bekalan 47, Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu, sekali gus mengundang persoalan pelbagai pihak terutama dalam kalangan pembangkang memandangkan pandemik Covid-19 memerlukan pengagihan peruntukan secara saksama, mengikut situasi semasa.
Pertahan Jasa : Jasa sekarang mungkin bukan macam Jasa dulu, kata Annuar Musa

The post Apa agenda di sebalik peruntukan tinggi buat Jasa? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/10/apa-agenda-di-sebalik-peruntukan-tinggi-buat-jasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Gesa Kerajaan Perjelaskan Peruntukan Rm85 5 Juta Yang Di Khususkan Kepada Jasa

Umno Gesa Kerajaan Perjelaskan Peruntukan Rm85 5 Juta Yang Di Khususkan Kepada Jasa

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 268 hits
PETALING JAYA UMNO percaya peruntukan RM85 5 juta yang dikhususkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang berlebihan dan perlu diberikan penjelasan segera kata Naib Presiden parti ...
Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85 5 juta Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkat...
Najib Peruntukan Jasa Naik Empat Kali Ganda Tak Boleh Di Terima

Najib Peruntukan Jasa Naik Empat Kali Ganda Tak Boleh Di Terima

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Barisan Nasional menyifatkan kenaikan peruntukan enpat kali ganda bagi agensi Jabatan Hal Ehwal Khas berbanding zaman BN adalah sukar diterima orang ramai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Datuk Seri...
Umno Pun Naik Heran Mengapa Jasa Dapat Peruntukan Terlalu Besar

Umno Pun Naik Heran Mengapa Jasa Dapat Peruntukan Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 221 hits
Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85 5 juta Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata beliau tida...
Apabila Menteri Mcmc Tidak Tahu Peruntukan Jasa Hal Pelantikan Azmin Ali Pun Kebetulan

Apabila Menteri Mcmc Tidak Tahu Peruntukan Jasa Hal Pelantikan Azmin Ali Pun Kebetulan

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Apabila Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa tidak tahu berhubung peruntukan besar yang diperuntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas ia menimbulkan banyak tanda tanya Pertama apakah beliau seorang ...
Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 544 hits
SOURCE appeared first on Melalui pembentangan Budget Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia berbesar hati mengumumkan peruntukan untuk fungsi jabatan hal ehwal khas jasa diwujudkan semula selepas dibubarkan sebelum ini dengan bajet baru sebesar ...
Laporan Menteri Terkejut Peruntukan Jasa Timbalan Kata Nak Bela Bekas Staf

Laporan Menteri Terkejut Peruntukan Jasa Timbalan Kata Nak Bela Bekas Staf

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 234 hits
MALAYSIAKINI Peruntukan sebanyak RM85 5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas seperti diumumkan kerajaan pada 6 Nov lalu didakwa mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Memetik sumber yang tidak dinamakan portal The Mal...
Peruntukan Mega Kepada Jasa Tidak Masuk Dek Akal Tengku Zafrul Jadi Mangsa Politik

Peruntukan Mega Kepada Jasa Tidak Masuk Dek Akal Tengku Zafrul Jadi Mangsa Politik

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Peruntukan RM85 5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Belanjawan 2021 adalah jauh lebih besar berbanding bantuan untuk golongan yang memerlukan seperti nelayan dan petani kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim K...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened