Umno Gesa Kerajaan Perjelaskan Peruntukan Rm85 5 Juta Yang Di Khususkan Kepada Jasa


 



PETALING JAYA - UMNO percaya peruntukan RM85.5 juta yang dikhususkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang berlebihan dan perlu diberikan penjelasan segera, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Khaled Nordin.
“Kita alu-alukan wujudkan semula Jasa, tetapi peruntukan sebesar ini memerlukan penjelasan lanjut. Perlu dijelaskan mengapa perlunya peruntukan yang besar.
“Kalau ada justifikasi munasabah, ia OK untuk peruntukan besar. Mungkinkah kerajaan yang lemah memerlukan ‘pembesar suara’ yang lebih besar,” katanya.
Dalam anggaran perbelanjaaan persekutuan bagi tahun 2021 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia disiarkan yang di laman rasmi Kementerian Kewangan menyebut tentang fungsi JASA, iaitu membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.
Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta dibuat di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan ke-2 berjumlah RM81.5 juta diberikan di bawah dasar baru.
Sehingga kini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dan timbalannya tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung peruntukan berkenaan.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan perlu memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai fungsi JASA dan mengapa ia memerlukan peruntukan yang besar.
“Saya juga persoalkan perkara sama. Saya tidak lihat lagi penjelasan mengapa ia memerlukan peruntukan yang besar. Kerajaan dan kementerian perlu berikan penjelasan.
“Dari segi JASA sendiri, jika ia masih digunakan untuk tujuan propaganda bagi mana-mana parti atau kerajaan, saya tidak akan bersetuju.
“Tetapi jika ia memainkan peranan, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Jabatan Penerangan, maka saya rasa ia OK.
“Tetapi jumlah peruntukan lebih RM80 juta itu bunyinya terlalu besar buat saya,” katanya.
Sementara itu, ketua penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan berkata, beliau terkejut dengan keputusan Putrajaya memberikan peruntukan besar kepada jabatan berkenaan, melebihi peruntukan diberikan kepada petugas barisan hadapan.
“Sekiranya pembentukan semula JASA dengan objektif memberi peluang pekerjaan, saya yakin bukan sahaja ahli Dewan Rakyat, malah semua rakyat Malaysia mahukan maklumat lebih terperinci dan justifikasi berhubung keputusan itu.
“Ini perlu didebatkan di Dewan Rakyat. Keutamaan kita seharusnya memerangi dan menyelesaikan permasalahan kesan daripada serangan wabak Covid-19. Persoalannya kini apakah sebenarnya visi dan matlamat peruntukan untuk jabatan itu,” katanya.
Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada JASA kurang jelas matlamatnya, selain dilihat tidak memenuhi keperluan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang disebabkan wabak Covid-19.
JASA dibubarkan pada Mei 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) melancarkan kempen berjimat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya umum sebelum itu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu memperuntukkan RM30 juta kepada JASA dalam Belanjawan 2018. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/umno-gesa-kerajaan-perlu-perjelas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85 5 juta Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkat...
Bekas Ketua Pengarah Jasa Pun Tak Setuju Peruntukan Rm85 5 Juta

Bekas Ketua Pengarah Jasa Pun Tak Setuju Peruntukan Rm85 5 Juta

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 359 hits
Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa JASA tidak ada kaitan politik kepada kerajaan Dalam kenyataannya JASA akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik Itu memang tujuan JASA Ia tetap ...
Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Puad Zarkashi mengkritik peruntukan RM85 5 juta menerusi Belanjawan 2021 untuk jabatan itu terlalu banyak dan tidak sensitif ketika negara dilanda gelombang ke 3 Covid 19 Ahli M...
Wan Saiful Kena Sekolah Dengan Netizen Isu Dana Rm85 Juta Jasa

Wan Saiful Kena Sekolah Dengan Netizen Isu Dana Rm85 Juta Jasa

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 399 hits
ARIF ATANRata rata netizen mengecam Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berhubung peruntukan sehingga RM85 5 juta terhadap kewujudan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Sebelum itu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional be...
Anwar Gesa Batalkan Peruntukan Jasa Penggerak Komuniti

Anwar Gesa Batalkan Peruntukan Jasa Penggerak Komuniti

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 263 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz supaya membatalkan peruntukan RM81 5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas seperti yang tertakluk dalam Belanjawan 2021 Beliau berkata per...
Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 599 hits
SOURCE appeared first on Melalui pembentangan Budget Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia berbesar hati mengumumkan peruntukan untuk fungsi jabatan hal ehwal khas jasa diwujudkan semula selepas dibubarkan sebelum ini dengan bajet baru sebesar ...
Adun Ketari Persoal Jasa Dapat Rm81 Juta Tapi Peruntukan Felda Hanyalah Rm51 Juta

Adun Ketari Persoal Jasa Dapat Rm81 Juta Tapi Peruntukan Felda Hanyalah Rm51 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 354 hits
BENTONG Ahli Dewan Ubdangan BlNsgeri Ketari Young Syefura Othman mempersoalkan kenapaJASA dapat RM80 juta Projek Bekalan Air FELDA pun hanya dapat RM51 juta Projek Jalan FELDA dimansuhkan terus Harap orang FELDA cari nanti apa fungsi JASA n...
Umno Pun Naik Heran Mengapa Jasa Dapat Peruntukan Terlalu Besar

Umno Pun Naik Heran Mengapa Jasa Dapat Peruntukan Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 268 hits
Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85 5 juta Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata beliau tida...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn