Anwar Ibrahim Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Pembangkang




KENYATAAN MEDIA - 4 Mac 2021 1. Ahli-ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Duli Tuanku atas nasihat YAB Perdana Menteri. 2. Kami mengalu-alukan titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan. 3. Maka berikutan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, nasihat YAB Perdana Menteri kepada Duli Tuanku bagi membendung gejala wabak COVID-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu sentiasa peka ke atas prinsip tersebut bagi memastikan hak rakyat dapat disuarakan di Parlimen. 4. Kendatipun begitu, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) semalam bahawa Jemaah Menteri menasihatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong supaya tidak diadakan Sidang Parlimen semasa tempoh Darurat berkuatkuasa, adalah amat menghampakan kerana bertentangan dengan pandangan dan titah Duli Tuanku. Lantaran itu, demi menegakkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar bagi memastikan semak dan imbang, kami dengan penuh tawadhu’ memohon ihsan dan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong untuk menggunakan wewenang Duli Tuanku. 5. Justeru, selaras dengan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, kami dengan rendah diri dan seikhlasnya merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong; sekiranya diperkenankan, untuk menitah Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera bagi membentangkan perkara-perkara berikut: (a) Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara; (b) Keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuk jadual imunisasi vaksin kepada rakyat; (c) Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40); (d) Keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); 6. Sementalahan itu, pihak kami juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan dalam merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kepada para wira-wirawati petugas barisan hadapan dalam pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat dalam memerangi wabak COVID-19. ANWAR IBRAHIM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/anwar-ibrahim-kenyataan-media-pengerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Tekad Buat Keputusan Bersama Sepakat Anwar Pm

Pakatan Harapan Tekad Buat Keputusan Bersama Sepakat Anwar Pm

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 318 hits
March 5 2021 Pimpinan tertinggi PH sudah buat keputusan bahawa gabungan 3 parti PKR Amanah dan DAP akan kekal bagi menghadapi PRU15 Malah arahan ke semua peringkat telah dibuat bagi mengukuhkan organisasi PH sementara rundingan kerusi diada...
Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 618 hits
Barisan Nasional hari ini menggantung seorang pegawai media gabungan itu selama sebulan selepas kontroversi berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berhubung rayuan kepada Agong agar sidang Parlimen diadakan yang miri...
Isu Kenyataan Zahid Ketua Pegawai Media Bn Digantung Tugas Sebulan

Isu Kenyataan Zahid Ketua Pegawai Media Bn Digantung Tugas Sebulan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 337 hits
ismaweb netKenyataan media didakwa tak dapat kelulusan Sekretariat Dewan Tertinggi BNKUALA LUMPUR 21 Rejab 1442H Jumaat Ketua Pegawai Media Barisan Nasional digantung tugas serta merta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempunyai s...
Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 477 hits
KUALA LUMPUR Tidak mustahil UMNO akan menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight ahli po...
Mp Lompat Beli Upah Dan Ugut Untuk Sokong Pn Sebelum Sidang Parlimen Anwar Ibrahim

Mp Lompat Beli Upah Dan Ugut Untuk Sokong Pn Sebelum Sidang Parlimen Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 517 hits
Perikatan Nasional bergelut untuk membeli dan mengugut agar cukup sokongan sebelum menimbang untuk mengadakan sidang Parlimen dakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Julau Larry Sng ...
Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 527 hits
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas Tat...
Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Seorang hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dalam kes liwat II Datuk Se...
Maszlee Tuntut Asyraf Padam Kenyataan Di Media Sosial Dan Minta Maaf Atas Fitnah

Maszlee Tuntut Asyraf Padam Kenyataan Di Media Sosial Dan Minta Maaf Atas Fitnah

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 404 hits
March 2 2021 12 07 PMBekas menteri pendidikan itu berkata proses tindakan undang undang ini adalah untuk memastikan budaya fitnah jahat berbaur perkauman begini tidak berulang lagi PETALING JAYA Padam serta merta hantaran di media sosial be...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord