Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph


 


Kemampuan Pakatan Harapan (PH) bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno, sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad, meninggalkan Anwar Ibrahim dalam keadaan tidak menentu, menurut penganalisis dan sumber dalam parti.
Sumber dalaman PH berkata, Anwar hanya boleh menyatukan pembangkang sekiranya Mahathir berundur daripada politik.
Beliau berkata, buat masa ini, beberapa pemimpin DAP mahu bekerjasama dengan Mahathir, sementara yang lain menyokong Anwar.
Oleh itu, katanya, ada gerakan menyingkirkan dua Lim – veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng – daripada jawatan tertinggi.
“Mereka mahukan darah baru untuk memimpin parti itu dan bekerjasama dengan Anwar, sementara anak-beranak Lim boleh menjadi penasihat parti,” katanya.
Pemimpin itu berkata, memandangkan wujud perpecahan dalam DAP, pemimpin Amanah juga berbelah bagi antara Anwar dan Mahathir.
Gabungan PH terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Anwar perlu betulkan keutamaannya
Penganalisis politik, Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, terdapat perpecahan dalam hampir semua parti pembangkang. Katanya, DAP masih tidak dapat “tango” dengan pengundi Melayu, walaupun keahlian parti itu terbuka kepada semua, mereka masih tidak dapat menarik pengundi Melayu di kawasan bandar atau luar bandar.
Oleh itu, beliau berkata, veteran parti perlu membenarkan pemimpin muda dengan pendekatan berbilang kaum memimpin parti itu.
“DAP memerlukan kepimpinan lebih bersemangat dan segar untuk meremajakan dan berhubung semula dengan semua (kaum),” katanya kepada FMT, sambil menambah penolakan beberapa pemimpin parti untuk meletak jawatan boleh menyebabkan perpecahan dalam parti itu.
Katanya, perkara sama juga berlaku dengan Anwar yang perlu mempersiapkan pemimpin muda untuk mengambil alih PKR sebagai kaedah untuk menarik kelompak lebih muda dan meremajakan parti itu.

Penganalisis politik, Kenneth Cheng berkata, tiada calon alternatif ketika ini kerana Anwar adalah ketua pembangkang.
Katanya, Anwar perlu memfokuskan isu yang mempengaruhi rakyat dan bersuara menentang segala ketidakadilan serta impak ekonomi yang semakin lemah kerana rakyat bimbang mengenai pekerjaan dan kestabilan.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu memastikan barisan pembangkang bersatu untuk dihormati dan dipercayai rakyat.
“Di bawah darurat, tidak ada Parlimen, jadi Ahli Parlimen pembangkang perlu kembali ke kawasan mereka dan memenangi hati mereka.
“Semua orang begitu muak dengan politik,” katanya merujuk perbalahan berbulan-bulan antara PPBM dan Umno yang bermula hanya empat bulan selepas mereka mengambil alih Putrajaya daripada Pakatan Harapan pada Mac 2020.
Cheng, yang juga ahli Agora Society, jaringan longgar intelektual, menasihati Anwar tidak tergesa-gesa bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya mungkin diadakan selepas darurat berakhir Ogos ini.
“Lihatlah bagaimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ditekan untuk mencadangkan darurat, beliau ditekan oleh pemberontak Umno (yang tidak mahu bekerjasama dengan Muhyiddin),” katanya.
Walaupun jika Anwar berganding bahu dengan Umno sekarang, Cheng berkata, Parlimen secara automatik akan dibubarkan dalam dua tahun. Oleh itu, katanya, lebih baik memperjuangkan hak rakyat sekarang dan menjadikan pakatan pembangkang lebih kuat.
“Saya betul-betul tidak nampak kelebihan mengambil alih kerajaan sekarang.”

Penganalisis politik, Awang Azman Pawi berkata, darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan menyebabkan ekonomi menjadi perlahan.
Ini katanya, memberi ruang kepada Anwar untuk membuat dasar alternatif bagi memastikan rakyat tidak menerima hasil dasar sebelah pihak.
“Beliau boleh menjadi semak dan imbang kerana Parlimen tidak bersidang,” katanya.
Bagaimanapun, Awang Azman berkata, tidak mustahil bagi PH untuk menjadi barisan bersatu, kecuali Mahathir memberi laluan.
“Sekiranya Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri untuk kali ketiga, mungkin berlaku perpecahan dalam pembangkang kerana Anwar adalah ketua pembangkang.”
Laporan dipetik dari FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/anwar-atau-mahathir-siapa-pilihan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 205 hits
PETALING JAYA Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dala...
Dc United Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil

Dc United Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 266 hits
Mesut Ozil dilaporkan semakin hampir untuk menamatkan kesengsaraannya di Arsenal apabila telah memulakan perbincangan dengan tiga kelab iaitu Juventus Fenerbahce dan kelab Major League Soccer DC United Pemain tengah Jerman itu hampir setahu...
Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 418 hits
freemalaysiatoday com January 17 2021 8 20 AMNaib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu PETALING JAYA Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ib...
Pemuda Pas Meroyan Anwar Cadang Mp Hantar Surat Kepada Ydpa Atau Takut Tak Ada Jawatan

Pemuda Pas Meroyan Anwar Cadang Mp Hantar Surat Kepada Ydpa Atau Takut Tak Ada Jawatan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 248 hits
Menurutnya perkenan proklamasi darurat oleh Yang di Pertuan Agong itu dilaksanakan atas pertimbangan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda berdasarkan situasi semasa yang dialami oleh rakyat seperti banjir dan pandemik Covid 19 Pada masa sa...
Siapa Diktator Mahathir Atau Muhyiddin

Siapa Diktator Mahathir Atau Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 231 hits
Pagi ini dalam satu temubual dalam temu bual bersama stesen radio BFM Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Diktator Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehka...
Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 199 hits
Kita lawan bila lawan mampu melawan SENI POLITIK KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR NORMAN RADZUAN Bukan saya ingin menunjuk nunjuk atas doa kebaikan kpd Hamzah Zainuddin Ia ikhlas dari hati saya walaupun pengkhianatan dilakukan kpd rakyat itu sg...
Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 325 hits
Janganlah mengharap dan saran biden mengadap Agong Kerusi PM takkan datang bergolek dan Jangan asyik tuding jari salahkan orang lain kononnya menghalang sedangkan sendiri lembab By the way Zahid dah istihar belum tarik sokongan pd Muhyiddin...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan