Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 17, 2021 8:20 AM
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.
PETALING JAYA: Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya beliau memperolehi sokongan mencukupi di Dewan Rakyat adalah petanda baik ke arah membentuk gagasan perdana pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berharap susulan sokongan bekas perdana menteri itu, Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) akan mempergiatkan usaha mengukuhkan kerjasama dengan blok pembangkang lain, termasuk kumpulan yang dipimpin Mahathir ke arah menawan semula Putrajaya.

Kenyataan Mahfuz itu menyusul selepas Majlis Presiden PH dilaporkan membincangkan kemungkinan PH menjalin semula kerjasama dengan Mahathir baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada ketetapan atau keputusan diambil pada mesyuarat itu.

Anwar adalah pengerusi PH, selain menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan presiden PKR. Dua lagi parti komponen gabungan pembangkang itu ialah DAP dan Amanah.

Mahfuz tidak mengulas mengenai mesyuarat PH itu, namun menekankan keperluan gabungan itu memperluaskan kerjasama dengan semua Ahli Parlimen pembangkang jika berhasrat menawan semula Putrajaya.

Beliau juga berkata sebagai blok pembangkang terbesar, wajar calon perdana menteri adalah daripada PH dan menyifatkan kenyataan Mahathir baru-baru ini sebagai perkembangan baik.

“Mahathir sudah beri isyarat positif dia sedia menerima Anwar jadi perdana menteri,dengan syarat mesti cukup bilangan sokongan majoriti,” katanya kepada FMT.

“Justeru, PH mesti (segera) ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan dengan pihak lain,” tambah beliau.

Beliau akur sebelum ini PH bercanggah pendirian sehingga membawa keretakan dalam hubungan antara tiga parti itu.

“Satu pihak berpandangan begini dan satu lagi begini.Amanah pula kami melihat dari sudut cermin besar, iaitu kesepakatan semua pembangkang tidak boleh hanya berasas kepada kekuatan tiga parti dalam PH (PKR, DAP dan Amanah).

“Ini kerana PH hanya ada 91 wakil, sedangkan pembangkang kalau semua bersatu kita ada 108, jadi penyatuan pembangkang itu penting,”katanya.

Mahfuz yakin kesepakatan dalam blok pembangkang akan membuahkan pembentukan kerajaan baharu yang lebih stabil dan berwibawa.

“Kita perlu fikir hari ini, kita mempunyai asas yang kukuh untuk mendapatkan kerajaan baharu di Malaysia, apabila ternyata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah tidak cukup bilangan sokongan Ahli Parlimen,” kata Mahfuz.

Mahathir adalah pengasas Pejuang yang mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk beliau, namun pengaruhnya merentasi politik kepartian.

Perbalahan berterusan antara beliau dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dikatakan punca utama pembangkang berpecah dan tidak dapat menjatuhkan Muhyiddin, meskipun kerajaan pimpinan beliau mempunyai majoriti rapuh di Parlimen.

Bagaimanapun Jumaat lalu, Mahathir dipetik berkata, beliau tiada bantahan terhadap Anwar dilantik sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan presiden PKR itu perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/mahathir-sedia-terima-anwar-sebagai-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Positif Tawan Putrajaya Sebelum Pru 15

Anwar Positif Tawan Putrajaya Sebelum Pru 15

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 201 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi positif dan yakin dapat menawan Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata pihaknya masih lagi melakukan kerja kerja bagi mencapai matlamat t...
Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

Sebagai Perdana Menteri Waras Bertanggungjawab Muhyiddin Patut Letak Jawatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 290 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan bukannya mencadangkan pelaksanaan darurat Katanya letak jawatan i...
Anwar Kemaruk Kuasa Kata Wan Saiful

Anwar Kemaruk Kuasa Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 483 hits
PETALING JAYA Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan membidas hasrat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar perisytiharan darurat Beliau berkata tindakan Anwar yang juga presiden PKR itu bukan dibuat ata...
Bentuk Kerajaan Perpaduan Yang Dapat Mandat Rakyat Selesai Krisis Kata Mahfuz

Bentuk Kerajaan Perpaduan Yang Dapat Mandat Rakyat Selesai Krisis Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 359 hits
malaysiakini com Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berpendapat pembentukan kerajaan perpaduan baharu penting bagi menyelesaikan krisis politik negara Menurutnya Pakatan Harapan harus diberikan peluang mengetuai kerajaan perpaduan bahar...
Tun Beri Laluan Anwar Sebagai Pm

Tun Beri Laluan Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 356 hits
Tun gesa Muhyiddin letak jawatan APA LAGI alasan Anwar
Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

Anwar Sedia Kerjasama Semua Pihak Kongsi Agenda Sama

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 386 hits
Anwar PH sedia kerjasama semua pihak kongsi agenda sama Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja baik daripada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan dengan syarat pihak berkenaan menerima prinsi...
Tidak Ada Yang Baru Dalam Pakej Rangsangan Putrajaya Kata Guan Eng

Tidak Ada Yang Baru Dalam Pakej Rangsangan Putrajaya Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 273 hits
PAKEJ rangsangan terbaru Putrajaya merupakan kitar semula dari apa yang ditawarkan dalam Belanjawan 2021 dan tidak ada apa yang baru untuk rakyat Malaysia kata Lim Guan Eng Dalam satu kenyataan media bekas menteri kewangan itu berkata bahaw...
Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging