Siapa Diktator Mahathir Atau Muhyiddin


 


Pagi ini dalam satu temubual dalam temu bual bersama stesen radio BFM, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Diktator.
Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa.
Kata Dr Mahathir, meskipun sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun Muhyiddin tetap memilih untuk melaksanakan darurat kerana terdesak untuk mengekalkan kuasanya.
“Kita mengorbankan demokrasi untuk berikan beliau kuasa penuh... buat apa beliau suka. Beliau dalam erti kata sebegitu adalah seorang diktator.
“Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh,” katanya.
"Tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang tersendiri untuk mengawal pandemik malah keadaan negara ini juga bukanlah di luar kawalan seperti negara lain.
“Walaupun Muhyiddin ada kuasa mutlak, beliau tidak melakukan secukupnya untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan pandemik ini.
“Beliau tidak buat apa sangat dalam mentadbir negara. Ekonomi merosot dan rakyat merana akibat tindakan yang dilaksanakan. PKP menjejaskan rakyat dengan hilang pendapatan dan ramai yang tidak ada makanan,” ujarnya

Hmmm... Muhyiddin Diktator ya...?
Mungkin Tun sudah lupa beliau sendiri sendiri sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 ke tahun 2003 beliau sendiri lebih bersikap Diktator.. dan diakuinya sendiri
Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia 
Beliau juga berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat..
Baca apa yang Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff tulis ni..

DIKTATOR: DEMI KUASA, TUN DR MAHATHIR LUPA SEGALA
Tun Dr Mahathir telah menulis catatan bagi menafikan perkara ini, di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Ogos 2017 dan beliau telah sekali lagi menulis satu catatan yang jauh lebih panjang bagi menafikan perkara ini, juga di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Januari 2018 jelas menunjukkan usaha beliau bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah seorang diktator menemui kegagalan.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator bukan sahaja dinyatakan oleh para pemimpin parti pembangkang yang menerima layanan teruk daripada beliau sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga oleh para pemimpin yang pernah berdamping rapat dengan beliau di dalam UMNO dan di dalam kerajaan, termasuklah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di dalam buku beliau bertajuk “Frankly Speaking” terbitan Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd pada 2016 contohnya, Tun Musa menulis mengenai corak pemerintahan authoritarian Tun Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu kegagalan yang amat sangat (“an abject failure”), di mana Tun Dr Mahathir dikatakan mengelilingkan diri dengan “yes men”, mempunyai pandangan tetap mengenai sesuatu serta membenci perbincangan dan perdebatan.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga disebut oleh pelbagai tokoh lain seperti bekas Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, Tommy Thomas, di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” terbitan SIRD pada 2016 yang menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”, begitu juga dengan Barry Wain yang, di dalam buku beliau bertajuk “Malaysian Maverick” terbitan Palgrave MacMillan pada 2009, malah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “an uncrowned king”.
Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga telah dihuraikan secara panjang lebar di dalam beberapa buah tesis kedoktoran yang dihasilkan oleh cendekiawan rakyat Malaysia bahkan oleh cendekiawan bukan rakyat Malaysia dari beberapa buah universiti ternama di dunia sekali gus menyebabkan dakwaan bahawa beliau bukanlah seorang diktator perlu dikemukakan oleh cendekiawan lain melalui tesis kedoktoran lain untuk dilihat berwibawa.
Antara tesis kedoktoran tersebut adalah tesis Tan Sri Dr Rais Yatim bertajuk “The Rule Of Law And Executive Power In Malaysia: A Study Of Executive Supremacy” dari King’s College, London, pada 1994 dan tesis In-Won Hwang bertajuk “Changing Conflict Configurations And Regime Maintenance In Malaysian Politics: From Consociational Bargaining To Mahathir’s Dominance” dari Australian National University, Canberra, pada 2001.
Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia kononnya tidak berdemonstrasi terhadap beliau. Beliau sebelumnya mengakui pada 18 Oktober 2010 bahawa beliau “enjoyed” dengan dakwaan bahawa Malaysia telah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun kerana sekurang-kurangnya beliau fikir Malaysia telah mencapai kemajuan.
Bagaimanapun, berbanding memperkatakan segala rekod pemerintahan beliau yang sudah sedia diketahui umum, mungkin adalah lebih baik untuk kita meneliti kembali segala ucapan, kenyataan dan tulisan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang menunjukkan bahawa, bagi beliau, sistem authoritarian adalah lebih baik berbanding sistem demokrasi, sekali gus menyebabkan beliau sepatutnya berbangga dengan gelaran diktator kerana ia selari dengan pemikiran beliau.
Di dalam ucapan beliau di “The Second Lecture Of The Ho Rih Hwa Public Lecture Series” di Singapura pada 11 Oktober 2004, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak akan menghasilkan kerajaan yang kuat dan memuji para pemimpin authoritarian Asia terdahulu, iaitu “The Meiji Emperor of Japan, the Kings of Siam, Chiang Kai Shek of Taiwan, Deng Xiao Peng of China, Park Chung Hee of South Korea”, kerana memajukan negara mereka.
Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan bertajuk “Political Stability And Sustainability As A Key Success Factor In Developing Malaysia” di Putrajaya pada 12 April 2006, Tun Dr Mahathir mendakwa seorang diktator yang baik (“a benevolent dictator”) adalah jalan penyelesaian untuk mengembalikan kestabilan di negara Iraq. Kata beliau, demokrasi gagal kerana ia membawa ketidakstabilan dan memperlahankan pembangunan ekonomi.
Di dalam ucapan beliau di forum “The Creation Of The Global Citizen: Media Liberalisation And The New Political Realities” di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2010, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi adalah satu ideologi yang gagal dan memuji sistem authoritarian yang diguna pakai oleh negara China yang telah membawa kemajuan sehingga menjadikan negara itu antara negara terkaya di dunia walaupun tanpa kewujudan “freedom, liberty and equality”.
Di dalam buku beliau bertajuk “A Doctor In The House” terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd pada 2011, Tun Dr Mahathir menyebut tidak boleh berlaku pemisahan kuasa penuh antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman dalam demokrasi kerana ia akan menyebabkan negara dibawa ke pelbagai arah. Kata beliau, mesti wujud persefahaman dan penyelarasan antara ketiga-tiga badan ini di mana setiap badan mesti tahu batasan kepada domain mereka.
Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan pada “HT Leadership Summit 2011” di New Delhi pada 3 Disember 2011, Tun Dr Mahathir mendakwa negara India boleh menjadi setanding dengan negara China dari segi pembangunan jika ia menjadi “kurang demokratik”. Kata beliau, demokrasi tidak sentiasa menjamin kestabilan dan kemakmuran kerana ada waktunya demokrasi boleh melumpuhkan proses pembuatan keputusan.
Di dalam ucapan beliau di “The University Santo Tomas’ Special Convocation And Conferment Of Honorary Professorship And The Neo-Centennial Lecture” di Manila pada 11 Jun 2012, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak menyebabkan rakyat menikmati satu kehidupan yang lebih baik berbanding waktu mereka berada di bawah pemerintahan autokratik kerana demokrasi akan menghasilkan satu kebuntuan (“would result in a stalemate”).
Malah, di dalam tulisan beliau di blog beliau pada 29 April 2014 sekalipun, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi selalu gagal untuk membekalkan negara-negara dengan tadbir-urus baik (“has often failed to provide countries with good governance”) dan bahawa kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti disekat pada kadar yang tertentu (“free speech, free press, demonstrations and strikes must be circumscribed to some degree”).
Oleh itu tidak sepatutnyalah Tun Dr Mahathir membuat sesuatu perkara yang sia-sia dengan cuba menepis dakwaan bahawa beliau adalah seorang diktator yang mungkin akan menjadi seorang diktator kembali jika beliau diberi peluang untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia semula kerana, selain daripada segala rekod pemerintahan beliau, segala ucapan, kenyataan dan tulisan beliau sebelum ini menunjukkan bahawa, bagi beliau, seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat.
Bila Tun Dr Mahathir sendiri berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat, maka sepatutnya tiada sebablah untuk beliau marah-marah bila beliau dipanggil sebagai seorang diktator/autokrat malah beliau sepatutnya kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi di samping sepatutnya berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat.


** Untuk makluman Dr. Kamarul Zaman telah dimaklumkan pihak pengurusan universiti untuk tidak lagi menulis berkaitan pemikiran politik di media sosial miliknya... jadi dia pun dah tak menulis laa..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/siapa-diktator-mahathir-atau-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 194 hits
Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator kerana kononnya demokrasi tidak lagi wujud dan rakyat tidak lagi boleh bersuara setelah Proklamasi Darurat memberi beliau ...
Terdesak Kekalkan Kuasa Dr Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator

Terdesak Kekalkan Kuasa Dr Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 161 hits
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator Menurut Dr Mahathir penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa Kata Dr Mahathir meskipun sud...
Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 166 hits
PETALING JAYA Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dala...
Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 277 hits
Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dalam keadaan tida...
Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 260 hits
Pengumuman PKP 2 0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Meskipun PKP 2 0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid 19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat Saya tid...
Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 213 hits
Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat terse...
Dulu Muhyiddin Kecam Najib Sekarang Diapun Buat Sama Kecam Mahathir

Dulu Muhyiddin Kecam Najib Sekarang Diapun Buat Sama Kecam Mahathir

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 188 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dengan kuasa darurat yang dimiliki Putrajaya bermakna tidak ada jalan keluar untuk Parti Pejuang Tanah Air yang ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Dengan keadaan darurat kuasa perdana menteri...
Siri 93 Muhyiddin Seorang Diktator

Siri 93 Muhyiddin Seorang Diktator

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 187 hits
BICARA YB KHALID SAMAD TAJUK MUHYIDDIN SEORANG DIKTATOR TARIKH 21 JANUARI 2021 MASA 8 30 MLM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara