Dilema Ph Mahathir Atau Anwar




PETALING JAYA: Kemampuan Pakatan Harapan (PH) bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno, sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad, meninggalkan Anwar Ibrahim dalam keadaan tidak menentu, menurut penganalisis dan sumber dalam parti.
Sumber dalaman PH berkata, Anwar hanya boleh menyatukan pembangkang sekiranya Mahathir berundur daripada politik.
Beliau berkata, buat masa ini, beberapa pemimpin DAP mahu bekerjasama dengan Mahathir, sementara yang lain menyokong Anwar.
Oleh itu, katanya, ada gerakan menyingkirkan dua Lim – veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng – daripada jawatan tertinggi.
“Mereka mahukan darah baru untuk memimpin parti itu dan bekerjasama dengan Anwar, sementara anak-beranak Lim boleh menjadi penasihat parti,” katanya.
Pemimpin itu berkata, memandangkan wujud perpecahan dalam DAP, pemimpin Amanah juga berbelah bagi antara Anwar dan Mahathir.
Gabungan PH terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Anwar perlu betulkan keutamaannya
Kartini Aboo Talib Khalid.Penganalisis politik, Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, terdapat perpecahan dalam hampir semua parti pembangkang.
Katanya, DAP masih tidak dapat “tango” dengan pengundi Melayu, walaupun keahlian parti itu terbuka kepada semua, mereka masih tidak dapat menarik pengundi Melayu di kawasan bandar atau luar bandar.
Oleh itu, beliau berkata, veteran parti perlu membenarkan pemimpin muda dengan pendekatan berbilang kaum memimpin parti itu.
“DAP memerlukan kepimpinan lebih bersemangat dan segar untuk meremajakan dan berhubung semula dengan semua (kaum),” katanya kepada FMT, sambil menambah penolakan beberapa pemimpin parti untuk meletak jawatan boleh menyebabkan perpecahan dalam parti itu.
Katanya, perkara sama juga berlaku dengan Anwar yang perlu mempersiapkan pemimpin muda untuk mengambil alih PKR sebagai kaedah untuk menarik kelompak lebih muda dan meremajakan parti itu.
Kenneth Cheng.Penganalisis politik, Kenneth Cheng berkata, tiada calon alternatif ketika ini kerana Anwar adalah ketua pembangkang.
Katanya, Anwar perlu memfokuskan isu yang mempengaruhi rakyat dan bersuara menentang segala ketidakadilan serta impak ekonomi yang semakin lemah kerana rakyat bimbang mengenai pekerjaan dan kestabilan.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu memastikan barisan pembangkang bersatu untuk dihormati dan dipercayai rakyat.
“Di bawah darurat, tidak ada Parlimen, jadi Ahli Parlimen pembangkang perlu kembali ke kawasan mereka dan memenangi hati mereka.
“Semua orang begitu muak dengan politik,” katanya merujuk perbalahan berbulan-bulan antara PPBM dan Umno yang bermula hanya empat bulan selepas mereka mengambil alih Putrajaya daripada Pakatan Harapan pada Mac 2020.
Cheng, yang juga ahli Agora Society, jaringan longgar intelektual, menasihati Anwar tidak tergesa-gesa bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya mungkin diadakan selepas darurat berakhir Ogos ini.
“Lihatlah bagaimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ditekan untuk mencadangkan darurat, beliau ditekan oleh pemberontak Umno (yang tidak mahu bekerjasama dengan Muhyiddin),” katanya.
Walaupun jika Anwar berganding bahu dengan Umno sekarang, Cheng berkata, Parlimen secara automatik akan dibubarkan dalam dua tahun. Oleh itu, katanya, lebih baik memperjuangkan hak rakyat sekarang dan menjadikan pakatan pembangkang lebih kuat.
“Saya betul-betul tidak nampak kelebihan mengambil alih kerajaan sekarang.”
Awang Azman Pawi.Penganalisis politik, Awang Azman Pawi berkata, darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan menyebabkan ekonomi menjadi perlahan.
Ini katanya, memberi ruang kepada Anwar untuk membuat dasar alternatif bagi memastikan rakyat tidak menerima hasil dasar sebelah pihak.
“Beliau boleh menjadi semak dan imbang kerana Parlimen tidak bersidang,” katanya.
Bagaimanapun, Awang Azman berkata, tidak mustahil bagi PH untuk menjadi barisan bersatu, kecuali Mahathir memberi laluan.
“Sekiranya Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri untuk kali ketiga, mungkin berlaku perpecahan dalam pembangkang kerana Anwar adalah ketua pembangkang.” - FMT

MR : UMNO pun kini ada dilema sama ada Zahid atau Mat Hassan





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/dilema-ph-mahathir-atau-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 320 hits
Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dalam keadaan tida...
Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 674 hits
A Kadir Jasin Antara jawapan yang pastinya dinanti nanti oleh ahli Umno bukan ahli Umno rakan Umno dan musuh Umno daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini adalah 1 Keluar kerajaan Perikatan Nasional atau tidak 2 Bekerjasama dengan...
Proklamasi Darurat Menyesalkah Datuk Seri Anwar Dan Tun Dr Mahathir

Proklamasi Darurat Menyesalkah Datuk Seri Anwar Dan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 357 hits
by1Media my January 23 2021Dr Kamarul Zaman Yusoff UUM 22 Januari 2021 Pada 9 Mei 1994 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri telah membentangkan satu rang undang undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal ke ...
Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 186 hits
Kita lawan bila lawan mampu melawan SENI POLITIK KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR NORMAN RADZUAN Bukan saya ingin menunjuk nunjuk atas doa kebaikan kpd Hamzah Zainuddin Ia ikhlas dari hati saya walaupun pengkhianatan dilakukan kpd rakyat itu sg...
Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 232 hits
Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator kerana kononnya demokrasi tidak lagi wujud dan rakyat tidak lagi boleh bersuara setelah Proklamasi Darurat memberi beliau ...
114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 238 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parli...
Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 402 hits
freemalaysiatoday com January 17 2021 8 20 AMNaib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu PETALING JAYA Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ib...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas