Anak Teringin Main Salji Snow House Lah Jawapannya


Assalamualaikum...


Akhir tahun lepas papa bebudak ni pergi Jepun. Musim salji pulak tu. Zafirah tengok gambar² papa main salji dia pun teringin lah nak pi Jepun jugak. Sebab nak main salji! Kalau lah pergi Jepun tu macam pergi balik Kodiang je lama dah mama papa bawak bercuti kat situ 

Selalu jugak lah dia berzikir nak main salji, nak main salji. Syukur lah dalam Malaysia pun ada salji. kahkah~

alaa kat I-City, Shah Alam tu lahh. Kan ada Snow House dalam tu


Bulan 9 hari tu, laki cakap jom lah bawak bebudak pi Snow House. Pergi during office hour sebab nak hantar adik baby pi rumah BS. Idak la aku bawak baby pi sini oii. Mana ada baju sejuk yang muat untuk baby. Paling kecik pun saiz 3/4 tahun. Kesian budak tu beku dalam tu kang


Kitorang pi minggu yang Family Day GBSB tu lahh. Pergi hari Rabu. Pukul 9am++ gitu keluar rumah. Hantar baby pi rumah BS then pi breakfast kat Hentian Serdang. Makan nasi lemak sedap. nyum nyum


Abang Zafran ni buat perangai pulak pepagi tu. Tantrum sebab tak dapat main game dalam fon aku. Time makan memang aku larang tengok fon. Well, akhlak melalui teladan kan? Makpak pun kena la letak fon tepi jugak time makan kalau nak anak ikut. Tapi mama pegang fon untuk amek gambar and update IGS je nakkk. Kasi can laa. Mama buat duit tau dengan socmed. Belanja korang jugak duit tu. mihmih

Masa dia tantrum tu aku tengah kebulur sesangat. So aku boolayan kan aje. Nangis lah sensorang situ. Mama lapar


TAPI...lepas mama dah kenyang, zuupppp! 5 minit je kaooo nak pujuk bang ngah niii. kahh


See, betapa penting nya emosi mama. Kalau tengah lapar baik makan dulu bagi kenyang or at least alas perut bagi selesa. Baru senang layan anak. Kalau mak berlapar, lagi teruk emosi. Yang penting jiwa kena kental. Orang keliling pandang? Don't care! Anak kau, kau sorang je tahu macam mana nak handle. Biasa yang kecam² ni dorang TAK KAHWIN LAGI. Tapi sibuk nak komen lebih² macam dia lagi expert bab parenting. Sila mereput golongan begini ye. Sekian tips parenting dari mak anak tiga


Lepas breakfast, terus gerak pi I-City. Sampai I-City sebelum pukul 11am. So round² dulu kawasan I-City sementara tunggu Snow House bukak pukul 11am tu. Waktu ni kawasan I-City lengang je. Theme park luar tu mana bukak lagi. Mainan luar tu semua bukak pukul 5 ke atas. Waktu malam meriah la tempat ni. Aku saja pi awal sebab motif utama memang nak pi Snow House je. Tips jimat dari kena paw. mihmih

FYI, entrance fee. Mahal kan? Kalau kena paw mainan luar tu lagi haru poket bocor


Kids below 90cm FREE entrance! halahh halahh bang ngah. Hobit pulak awak ni. Dah 3 tahun pun tak sampai 90cm lagi. hahaha~  Ibu mengandung TIDAK dibenarkan masuk ye. Takut tergelincir sebab dalam tu licin.


Sebelum masuk, kita kena pakai kelengkapan nak masuk salji. Kasut boot, ear glove and jaket FOC je dia bagi. Gloves and stokin, kena bawak sendiri. Kitorang beli kat Daiso je gloves.


Masa ni bang ngah tu buat perangai lagi. Dia mogok apa tah taknak pakai boot, taknak pakai winter jaket. grrr! Last² aku geram paksa je sarung. Yang jaket tu papa pegang je dulu, bagi dia masuk kawasan salji tanpa jaket. Bagi dia rasa sendiri sejukkkk! Bila dia dah rasa sejuk baru dia nak pakai. Lepas 5 minit baru dia oke sebab tengok salji² kot. Urut dada perangai anak nombor dua ni.

Dalam Snow House. Suhu -5 ye dalam ni. Bila masuk kan aku rasa, laaa kocik jee tempat niiii. Tapi kenapa macam lain dari blog blog yang aku baca sebelum ni?? 

Slides. Ada lagi satu slides tepi tu. Macam extreme sikit. Kitorang tak  naik pun. Sebab bila sampai bawah habis segala ais masuk dalam booth. Beku kaki oii! Tak efficient betul boot tu. And aku tak faham kenapa kena longgokkan salji kat bawah slides tu? Memang sengaja bagi jatuh atas salji ke macam mana? Sebab tengok video kawan aku takde pulak salji berlonggok² bawah tu. So takde lah masuk salji dalam boots. 

Pastu main tarik² cart ni. haa tu je lah aktiviti boleh buat dalam ni. Aku tengok blog lain cerita kemain banyak games boleh main. Tak puas hati jugak lah kan dah la bayar mahal


Lepas selidik² baru lahhh paham rupanyaaa snow house yang lama tu UNDER RENOVATION. Huk alohh. Masalahnya kenapa harga tiket masih sama sedangkan ruang dalam tu dah jadi kecik?? choii


Aku siap inform semua kawan² aku kat IG & FB, JANGAN DATANG sampai yang renovate tu siap!! Bazir je datang sekarang. And now aku nak inform readers aku pulak. kahkah! Laki aku dah emel management untuk komplen. Tak sure lah dorang dah respon ke belum. Kongasam betul cekik duit orang sukahati. 

Ni lahh ruang untuk pakai jaket and boots semua. Loker pun disediakan kat sini untuk simpan bag and personal belongings korang. Tak ingat kena bayar berapa RM untuk lokar tu. Tiap 10-15 minit kitorang akan lepak kawasan ni. Sebab tak tahan sangat sejuk beku dalam tu. Kulit Asia lah pulak kan. hahahaha

Time nak balik dia buat perangai lagiiii. Dia takmo bukak pulak jaket dengan boot tu. Duk keluar masuk kawasan salji je kerja. Papa lah layan. Aku tak larat dah nak masuk dalam tu. Mampu bertahan 30 minit je kot. hahaha


Lepas sejam lepak sini, kitorang balik. Sejam je wakk. Memang tak tahan oke duk lama² dalam tu   Lagipun takde benda sangat boleh buat. Ulang² main slides boring jugak oii




Overall aku rasa oke je tempat ni. Takat nak bagi anak² experienced masuk salji oke laa. Harga tiket tu je aku rasa tak baloi langsung. Korang tunggu je lah kawasan lama tu siap renovate baru pi. Jangan dia up lagi harga tiket udah lahh 


"Amacam kaklong, best tak main salji? Nak pergi Jepun tak?"

"Taknak lahh. Salji tak best!"


Selamat fulus mama papa nakkk! hahahahaha


k tu je nak cerita. bye





Terima kasih sudi membaca!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ctliyana86.blogspot.com/2018/10/anak-teringin-main-salji-snow-house-lah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena Faham

Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena Faham

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 442 hits
Biasanya bila di rumah ajar anak membaca menulis mak ayah rasa sedikit tercabar Ramai yang selalu suarakan Saya tak boleh nak ajar anak rasa nak marah je lagi lagi sekejap fokus sekejap nak main Kenapa kita rasa macam ni Sebab utama kita ta...
Teringin Anak Kembar Tak Semestinya Ada Baka Kembar Dr Hamid Arshat Kongsikan Tipnya

Teringin Anak Kembar Tak Semestinya Ada Baka Kembar Dr Hamid Arshat Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 583 hits
Pasti ada terdetik di hati pasangan suami isteri nak memiliki anak kembar Bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya Jika kita berusaha dan ikut apa yang dinasihatkan doktor pasti ada hasi...
Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 425 hits
Cara sekat anak daripada main game seusia kecil Beberapa hari yang lalu Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon Saya tahu dia berminat Berulang kali bertanya Game apa ayah Pandai ayah main game Saya sedar dia menant...
Sedih Tengok Kanak Kanak Main Handphone Masa Khutbah Mak Ayah Perlu Jadi Leader Anak Anak

Sedih Tengok Kanak Kanak Main Handphone Masa Khutbah Mak Ayah Perlu Jadi Leader Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 390 hits
Memang menjadi trend ibu bapa memberikan anak anak gadget sebagai hiburan dan peneman namun kesan gadget jika tidak dikawal akan memberikan kesan buruk kepada anak anak yang masih kecil Ketagih kepada gadget sesuatu yang amat membinmbangkan...
Dampak Negatif Main Ponsel Terlalu Lama Terhadap Otak Anak

Dampak Negatif Main Ponsel Terlalu Lama Terhadap Otak Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 419 hits
Dampak negatif main ponsel terlalu lama terhadap otak anak Nantinya akan berkembang tanda tanda kurangnya perhatian dari si Kecil impulsivitas dan memori jangka pendek yang buruk yang menyebabkan kesulitan perilaku dan belajar
Texas Chicken Untuk Anak Selepas Teman Mummy Pos Barang

Texas Chicken Untuk Anak Selepas Teman Mummy Pos Barang

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 501 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Amacam mood arini Mesti cool and steady kan Fefeling FRIYAY gituuu hehe me too almaklumlah kita cuti kerja Sabtu dan Ahad Walau pagi tadi jem yakmat erm erm lori pun sama keluar waktu pagi Udah 3x lampu merah ka...
Baca Ni Di Khemah Merah Kecil Itu Ada Anak Muridku

Baca Ni Di Khemah Merah Kecil Itu Ada Anak Muridku

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 367 hits
Dikhemah merah kecil itulah tempat muridku tidur enak diulik mimpi Sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah Arini kami terjah melalui jln onak duri lumpur utk sapai kedestinasi yg dituju Allahuakbar Sedih Sayu innshaa Allah kami pihak yg ...
Balita Dan Anak Penderita Ispa Di Palembang Tinggi Akibat Kebakaran Hutan

Balita Dan Anak Penderita Ispa Di Palembang Tinggi Akibat Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 284 hits
Balita menjadi pengidap terbanyak penyakit itu karena pengaruh daya tahan tubuh Anak anak di usia itu sangat rentan terhadap berbagai penyakit termasuk saluran pernapasan
Alasan Tak Suka Ayah Dan Anak Bunuh Seorang Santri Di Bogor

Alasan Tak Suka Ayah Dan Anak Bunuh Seorang Santri Di Bogor

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 278 hits
Korban diketahui menjalin hubungan dengan gadis berinisial L anak dari HS Otak dari pembunuhan itu adalah HS Sementara pelaku lainnya berperan membantu HS menghabisi nyawa korban
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner